BAB 5
Moonbyul mengambil handbag yang berada di atas meja Taehyung dan berlari keluar sambil menangis. Seulbi melihat Taehyung dengan muka tidak percaya apa yang sedang berlaku.
"Awak sedar tak apa yang dah awak buat tadi?!" Tengking Seulbi selepas melihat Taehyung bersahaja duduk dikerusinya.
Taehyung membuat muka tak bersalah. "Apa yang aku buat?"
"Awak...awak soal balik apa?!!!" Seulbi mengeluarkan kasut dari kaki kanannya, bersedia untuk melempar ke arah dahi Taehyung yang lincin gebu.
Lelaki yang tak berperasaan tersebut hanya mengangkat sebelah keningnya kepada Seulbi dan kasutnya. Darah perempuan didepannya kini mencecah kepanasan lahar gunung berapi yang bersedia untuk meletus.
"Apa?" Soal Taehyung masih dengan muka innocent.
"Aaaaaaaa!!!! Kenapa awak buat macam ni!!!!" Seulbi mengenggam kasutnya sekuat hati.
RING...RING...
Seulbi meletakkan jari dimulutnya sebaik sahaja melihat Taehyung hendak membuka mulut.
"Shh...Hello baby~~" Seulbi tersenyum lebar mendenfar suara anaknya di corong telefon.
'Baby???' Taehyung merasa ingin tahu siapa yang menelefon Seulbi.
'Haaa!! Suami dia ke?! Aduh kalau dia report yang aku pergi kiss dia tadi...how?!'
"Ye..mama half day hari ni so nanti mama pergi ambil Ara dekat sekolah okay?"
Taehyung mengangguk faham selepas mendengar perkataan "mama pergi ambil Ara" dari mulut Seulbi.
'Dia ni...'
"Okay bye..." Seulbi menjeling Taehyung yang sedang memerhatikan dirinya.
"Apa tengok-tengok? Ada hutang?"
Taehyung tersenyum sinis. "Eh sorry sikit. Kau yang berhutang dengan aku... Anak kau ke tadi?"
"Ehh tak lah anak kita" Sindir Seulbi sehingga Taehyung terbatuk-batuk macam tercekik makanan.
"Huh...aku pikir suami kau tadi..kang kau report yang aku kiss kau pulak"
Muka Seulbi kemerahan menahan malu kerana insiden tadi terlintas didepan mata. Dia segera menggelengkan kepala.
"Kalau suami saya masih ada, lepas awak kiss tadi tu saya dah call tau tak? Yang awak pergi kiss saya tu kenapa? Buang tebiat nak mampus ke? Nasib baik saya tak buka judo ke taekwando ke tadi kalau nak memang awak terbaring dekat hospital tu..".
Taehyung mencebik. Banyak cakap betul makcik selekeh depan dia ni. "Kau ni kalau cakap memang boleh buat novel kan? Buat drama atau karangan rasanya. Mulut murai betul....emm tadi kau cakap pasal suami tu...dia dah..."
Taehyung memberhentikan ayatnya disitu takut ada yang menangis sampai banjir office dia pulak nanti. Lagipun ni soal hidup mati dan perasaan orang.
"Hmm...yup... masa saya mengandungkan Ara 5 bulan"
"Sebab?"
"I don't wanna talk about it...sorry". Seulbi menundukkan badannya tanda meminta maaf.
"Ouhh okay..hak kau kan..". Taehyung berfikir sejenak.
'Patutlah dia ni susah nak ganti duit aku...husband dah meninggal rupanya'.
SEMENTARA ITU...
Moonbyul mengelap hidungnya sambil berjalan ke pintu keluar. Dia ternampak Encik Kim iaitu papa kepada Taehyung. Dia mendapat satu idea yang difikirkan bernas. Eyemo dikeluarkan dari handbag dan dititiskan kedalam mata. Fake cry.
'Nasib baik tadi aku nangis..so nampak sikit kesan macam real'
Moonbyul berlari kearah Mr Lee dan memeluknya. Mr Lee terkejut dan cuba untuk menolak kerana rasa tak selesa.
"Appaaaaa....Taehyung curang dengan Moonbyul...dia ada perempuan lain" Moonbyul menfakekan tangisannya dengan penuh dramatik.
"Perempuan??"
Moonbyul mengganguk dan mengeratkan lagi pelukkannya. "Yaaaa dia cakap tu girlfriend dia lepas tu...dia..dia kiss perempuan tu depan Moon.."
Mr Lee tersenyum lebar dan mukanya berseri-seri. Dia membuka tangan Moonbyul dibadannya dan segera kebilik Taehyung.
>SKIP<
"So...bila kau nak bayar duit aku?"
Muka Seulbi terus berubah dan muram mendengar Taehyung bercakap topik 'Bila kau nak bayar duit aku'.
"Awak ni sabarlah nanti saya akan bayar full bagi saya masa lagi. Dah la tadi kiss saya depan orang lepas tu cakap pasal kahwin apa kebenda tah..such a bastard".
Bisik Seulbi pelak di ayat terakhir namun telinga kuali Taehyung dapat menangkap dengan jelas.
"Apa? Kau cakap aku bastard?! Tu kau lah! Kalau kau pakai mata dengan otak kau masa tu sah-sah la benda ni takkan jadi. Kau takkan langgar kereta aku dan aku takkan hadap muka kau sekarang ni tahu tak?"
Seulbi mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari handbagnya dan melemparkannya di atas meja.
"Tu...tu separuh...lagi separuh aku bayar kalau kau bagi aku masa...".
Taehyung mengambil sampul tersebut dan melempar semula ke atas meja.
"Aha..ahaahaa kau ni kelakar duh...okay aku bagi kau lagi 2 minggu...aku tak kisah lah kau nak cari duit tu dekat mana pun macam mana pun janji lepas 2 minggu aku nak duit tu faham?".
Seulbi menjegil Taehyung dan baru sahaja hendak keluar dari bilik neraka yang semakin panas namun Taehyung memanggilnya.
"Oi makcik...dengar sini...kau dekat mata aku dan orang macam aku ni cuma orang bawahan je tau tak? Status kau rendah...aku? Aku kaya dan mampu buat apa saja dan kau cuma hamba dekat mata aku...now get out from my room".
Seulbi merasakan seperti sampah dan begitu terhina dengan kata-kata Taehyung. Air mata yang baru mengalir dipipi dilap dengan lengan baju dan segera beredar sambil menangis.
'Tak guna betul...dia fikir hebat sangat ke kalau kaya...kaya, handsome tapi perangai macam devil!'
Seulbi terus mengutuk Taehyung didalam hati sambil menghabiskan sisa-sisa tangis sehingga berlanggar dengan seseorang.
"Sorry.." Dia menundukkan badan berkali-kali dihadapan orang tersebut dan berlari keluar dari situ. Lelaki yang bercermin mata tersebut hanya memerhatikan Seulbi dan sesuatu bermain difikirannya.
'Perempuan tu ke yang Moonbyul cakap tadi?'.
____________________________________________________________________
SEULBI POV
"Mama!!!". Aku tersenyum melihat Ara yang berlari keluar dari sekolah dengan menggalas beg yang baru aku belikan minggu lepas.
"Yeayy...seronok hari ni sekolah?". Ara mengganguk. Kami berdua masuk kedalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.
"Mama.."
"Ya sayang?"
Ara mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya dan aku pelik melihat dia menundukkan mukanya.
"Waeyo?"
"Umm...sebenarnya surat ni dah lama cikgu bagi tapi Ara tak sempat nak tunjuk dekat mama. Ara lupa dan baru je teringat tadi yang Ara belum bagitau mama".
"Bagi tau apa?"
"Ummm...minggu depan ada perjumpaan ibu bapa dan guru untuk mesyuarat tahunan".
Aku mengganguk. Minggu depan? Aku dahlah banyak kerja hari ni pun aku skip. Memanglah boss dengan aku tu macam saudara tapi apa pulak kata dia nanti.
"Okay...mama akan cuba pergi ya sayang?".
Muka Ara mencuka. Haih memang perangai aku lah kalau senang merajuk ni.
"Kan best kalau ada papa".
Pedal brek aku tekan dengan mengejut. Papa? Aku ada masalah telinga ke memang dia cakap macam tu?".
" Mama, Ara nak papa".
Okay..sure aku tak ada masalah telinga. Ara memang cakap pasal 'PAPA' dan dia minta 'PAPA'.
"Ara...kenapa tiba-tiba cakap pasal papa ni?". Aku cuba untuk mengusap kepalanya namun ditepis.
"Ara cakap Ara nak papa!!! Papa! Ara nak papa".
"Ara...jom mama belanja pizza?".
"Jangan cakap dengan Ara". Aku melihat anakku yang melompat ke tempat duduk belakang dengan mukannya tak ubah semasa aku sedang marah.
Apa yang perlu aku buat ni...
____________________________________________________________________
Done update! Leave comment please >< dont be a silent readers dan thank you so much sebab support my story yang entah apa-apa ni XD
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro