BAB 45 : FINAL
"Yeay!!! Jeju! Jeju! Jeju!"
Sorakkan Ara membuatkan Seulbi, Taehyung ketawa tak henti-henti. Sejak bertolak daripada Seoul, Ara lah yang paling teruja dan hyperactive. Memang tak reti duduk diam langsung.
"Papa! Lambat lagi ke nak sampai? Kawan Ara cerita dekat sana ada macam-macam...makanan pun sedap pastu banyak pulak tu. Nanti kita pergi tengok tau! Ara nak beli ole-ole untuk kawan Ara. Boleh kan pa?"
"Eleh...kawan ke budak lelaki yang Ara kawan tu? Apa tah nama dia...papa lupa. Dah pandai dah anak papa sekarang nih"
"What?! Kim Ara tell me what i did not know....now.."
"Aishhh mana ada! Mama jangan percaya cakap papa nih. Malas lah kawan. Nak kawan dengan ahjusshi Kookie"
"Ahjusshi pun tak nak kawan dengan Ara. Blekk!!"
Jungkook menjelirkan lidahnya dan melihat ke arah tingkap. Dia merajuk lepas kalah main batu gunting kertas dengan budak yang berusia 10 tahun. Merah dahi dia kena jentik dengan Ara tu.
"Emmmm eleh...merajuk konon....tu lah terima lagi dare Ara main batu gunting kertas lepas tu kalah nak merajuk".
"Kau dengan budak-budak pun nak merajuk ke Kook? Kau dulu main dengan aku pun selalu kalah kan?"
"Diam ah kau...sejarah hitam usah dikenang. Aku selalu menang kot dulu bila lawan dengan abang kau".
"Tu pun sebab abang aku pun dua kali lima sama dengan kau hehehehhe aduh!"
Seulbi menampar lengan Taehyung yang sedang memandu kereta.
"Apa sayang ni?"
"Fokus lah...haih dia pun sama childlish nak mengata orang...."
Muka Taehyung merah kerana malu diketawakan oleh Jungkook dan Ara. Dia mendekatkan kepalanya ke telinga Seulbi untuk membisikkan sesuatu.
"Malam ni....siap sedia eh...kita main game...siapa kalah kena punish..."
"Yah! Taehyung! Aku dengar lah...aduh kau ni ..ada budak kecik kot. Tolak tepi la perangai kera kau tu kejap. Sabar ye encik Kim Taehyung?"
"Kan hubby nih! Ada Ara tu...nasib baik dia tak dengar...haihhh".
Ara yang mendengar perbualan mereka cuma melihat dengan wajah blank. Tidak hairanlah kalau dia selalu dipanggil Mong Ara oleh rakan sekelas disebabkan perangainya yang selalu lambat loading.
"Assa!!! Dah sampai! Okay semua turun-turun".
"Really papa?! Yeay!!!!"
Kereta mereka berhenti disebuah villa yang 80% diperbuat daripada kayu yang diukir dengan motif bunga timbul dan tingkapnya pula tingkap kaca. Memang ada cita rasa betullah pemilik villa ni.
Siapa lagi kalau bukan Jungkook yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang kerana kagum melihat villanya yang tersergam indah.
"Oi cik abang! Eleh mentang-mentanglah ada villa sendiri, boleh pula dia jadi patung hiasan dekat depan tu".
"YE LAHHHHH~ aku ni owner syarikat guaman je pun. Satu villa ni apalah sangat. Kau tu presiden syarikat. 10 biji villa pun kau mampu beli kan? Cuma tu lah...tahi hidung kau lagi masin dari pak haji bakhil....kan Seulbi?"
Seulbi yang kebetulan lalu sambil membawa bagasi untuk dibawa masuk ke dalam villa hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Jungkook dan Ara membantu Taehyung untuk mengambil barang-barang yang diperlukan semasa percutian mereka.
"Kau nak cakap aku kedekut lah ni? Aku memang nak ada villa tapi kau tahu kan aku ni sibuk memanjang...kalau beli pun mesti berhabuk je sebab tak dijaga".
"Haih yela yelah...banyak betul alasan kau. Aku bukannya baru kenal kau weh. Dari kita pakai drypers lagi aku kenal kau...kau tu memang kedekut"
"Yaaaahhh bising betul papa dengan ahjusshi nih. Pok pek pok pek. Papa...papa tak lupakan esok? Jangan cakap papa lupa kalau tak kesian mama..."
"Ouh? Esok? Pasal tu....papa ingat lah. Mana boleh tak ingat. Papa kan Super Daddy hehehe"
Ara mencebik dan membawa beg galasnya , meninggalkan mereka.
"Esok? Esok ada apa? Anniversary kau dengan Seulbi ke? Tapi aku rasa tak...esok ada apa eh?"
"Shushhh. Kau ni kalau cakap tu nak bagi satu dunia dengar ke? Esok birthday Seulbi...so aku dengan Ara nak buat suprise dekat dia".
" Serious ah? Kau ni bagi tahu lah awal-awal boleh aku beli hadiah dekat dia".
"Kau pun baru tanya...jom lah masuk dalam"
"Ah...okay..jom"
Jungkook mengikut langkah Taehyung dengan perlahan sambil memikirkan hari esok. Hari jadi Seulbi.
'Harap.....esok masih ada untuk aku...'
Selepas semua orang masuk ke dalam rumah, mereka semua pergi ke bilik masing-masing untuk mengemas baju. Seulbi pula menyusun barang di dapur. Dan ada seorang yang sedang baring di sofa sambil menonton tv.
Kim Ara ;-;
Selang beberapa jam mereka merehatkan diri kerana penat akan perjalanan yang panjang dari Seoul hingga ke pulau Jeju, mereka mengambil keputusan untuk mencari tempat-tempat menarik di pulau yang menjadi tarikkan pelancong dunia tersebut.
Puas menikmati juadah di sebuah restoran, Ara mengaja mereka untuk ke pantai. Memang suka betul dia dengan tempat macam tu. Sebab boleh tenangkan fikiran katanya.
Kecik-kecik dah pandai cakap. Aku dulu main masak-masak pakai tanah buat kek je. Lol.
Seulbi dan Taehyung duduk di atas butiran pasir putih yang disinari sinar suria sambil melihat Jungkook yang tengah membantu Ara membuat istana pasir.
"Sayang....hubby lapar aiskrim lah....sayang tunggu kejap tau hubby pergi beli untuk semua"
"Okay....be careful..."
Jungkook dan Ara perasan akan Taehyung yang bangkit dan hendak pergi. Ara melemparkan baldi kecil berwarna hijau ditangan dan mengejar papanya. Jungkook pula hanya mencebik setelah ditinggalkan Ara dan melangkah ke arah Seulbi.
"Pergi mana tu?"
"Tae...dia lapar aiskrim...sejak dua tiga hari ni suka makan benda manis...semalam satu mangkuk strawberri dia habiskan".
"Mengidam lah tu..."
"Apa dia?"
"Apa? Saya cakap apa-apa ke tadi? Cantikkan pemandangan dekat sini? Teringat masa dekat Busan tu....tapi kalau bandingkan Jeju dengan Busan, Jeju lagi cantik....kan?"
"Hmmmm...mesti best kalau dapat tengok matahari terbenam dekat sini...mesti cantik...."
"Tak secantik awak...."
Seulbi dan Jungkook saling berpandangan dan situasi menjadi kekok. Jungkook melarikan matanya dari melihat mata Seulbi dan mengeluarkan sebentuk cincin daripada poketnya.
"Nah....saengil chuka hamnida..."
"Eh? Awak...awak...apa ni? Hahaha tak perlulah...."
Tangan Jungkook yang sedang memegang cincin tadi ditolak. Namun Jungkook tidak mengalah. Ditariknya tangan Seulbi dan cincin tadi disarung ke jarinya.
"Tu hadiah saya jadi awak kena ambil faham? Jangan tanggalkan. Saya nak jadi orang pertama yang ucap dan berikan hadiah dekat awak".
Seulbi tidak sampai hati untuk menerima tapi kalau ditolak lagi pasti Jungkook akan kecewa.
'Ini....hadiah terakhir yang boleh saya bagi dekat awak Seulbi....lepas saya dah tak ada...saya harap awak akan sentiasa senyum...saya akan perhatikan awak biarpun awak tak nampak saya.....'
"Gomawo Jungkook yah....cantik...thanks again...."
Senyuman manis daripada Seulbi membuatkan jantung Jungkook berdetak laju. Dia memandang sisi wanita yang sedia meneliti cincin di jari manisnya.
Jungkook merasakan nafasnya semakin berat. Air mata terasa bergenang dan dia mengalihkan pandangan ke arah laut yang tidak berpenghujung tersebut.
'Adakah....sudah tiba waktu nya......'
Wanita disebelahnya langsung tidak perasan akan Jungkook yang sedang menangis tanpa bersuara.
'Saranghae, mianhe....Cho...Seulbi....annyeong....'
Bukk!
Badan Jungkook rebah di atas Seulbi, membuatkan Seulbi terkejut dan panik. Dia mengangkat kepala Jungkook dan menampar perlahan pipi lelaki itu berulang kali
"Jungkook? Jungkook?! Jungkook bangun Jungkook!"
Tiada respon yang diterima. Seulbi panik. Dia memerhati sekelilingnya. Kelihatan Taehyung dan Ara datang sambil membawa satu plastik besar berisi aiskrim.
"Hubby!!!! Tolong hubby! Jungkook!"
Plastik terlepas dari tangan, Taehyung dan Ara berlari ke arah mereka.
"Jungkook! Yah! Wake up! Jungkook!"
"Ahjusshi! Ahjusshi Kookie! Papa!!! Bawa lah ahjusshi pergi hospital ppalli!!"
Mendengar arahan bernas daripada Ara, Taehyung mengumpul kudratnya dan memapah Jungkook ke kereta.
>SKIP<
JEON JUNGKOOK
Itu yang terukir pada kepingan hitam di atas sebuah kubur. Orang ramai yang hadir berpakaian serba hitam dan putih hadir pada hari yang dituruni hujan lebat.
Meratapi permergiannya.
Dan tiga orang daripada mereka tidak lain tidak bukan Seulbi, Taehyung dan Ara yang berteduh dengan dua kaki payung.
Ara berdiri di hadapan mereka sambil memegang sekutum bunga ros putih sambil mengangis teresak-esak hingga pipi dan hidungnya merah.
"Wae...ahjusshi ..wae...Ara nak kawan dengan siapa lepas ni...Ara nak nak main candy crush dengan siapa lepas ni? Ahjusshi kan candy buddy Ara....kenapa tinggalkan...Ara....wae....yo..."
Mendengar kata-kata daripada mulut Ara itu membuatkan Taehyung dan Seulbi bertambah sebak. Mereka menangis dengan pelbagai sebab. Dan salah satunya kecewa kerana selama ini Jungkook menyembunyikan penyakitnya.
"Pesakit...menghidap tumor hati tahap 4....."
Itu yang diberitahu oleh doktor setelah mereka tiba di hospital. Seulbi melangkah keluar dari bawah payung dan meletakkan sejambak bunga di atas nama Jungkook.
Dia memandang ke arah kubur bersebelahan.
Cho Hyojung
Cho Kimbum
Cho Jinyeong
Orang-orang yang istimewa dan pernah membahagiakan dia berada di satu tempat yang sama. Seulbi tersenyum kelat sambil air mata masih lagi mengalir.
"Saya akan bahagia Jungkook...awak jangan risau lagi..."
"Dan aku akan bahagiakan keluarga aku...jadi kau bersemadilah dengan tenang dekat sana Jungkook....ini janji aku...sampai aku mati...."
Tiba-tiba Seulbi terasa kepalanya pusing. Badannya mula longlai dan dia sempat disambut oleh suaminya sebelum jatuh ke tanah.
"Sayang?! Sayang?!!"
5 Tahun kemudian....
"Mamaaaaaaaaa....papa!!!!!!!!!!!"
Hampir bergegar satu rumah akibat jeritan batin seorang gadis berusia 15 tahun yang kelam kabut mengikat rambutnya.
Di dalam sebuah bilik pula, pasangan suami isteri ini sibuk melayan mimpi indah sambil berpelukkan
"Mama!!!!!!!!!!!!! Papa!!!!!!!!!!"
Dan mata mereka berdua terbuka luas. Saling berpandangan. Si isteri mengapai jam loceng dan melihat digit yang tertera dengan lampu l.e.d berwarna hijau.
8.30 minit pagi.
"Hubby! Bangun! Ara dah lambat pergi sekolah tu! Hubby tak kerja ke hari ni? Haishh kan sayang dah cakap jangan tengok movie sampai lewat malam kan sekolah hari ni..."
Badan suaminya ditolak sehingga lelaki itu hampir jatuh terlentang dari katil. Dengam pantasnya dia keluar dari bilik untuk menyiapkan sarapan.
Tanpa sedar yang dia kelihatan macam mak Lampir dengan rambut berserabai macam lepas bergusti.
Si suami hanya menggelengkan kepala dan mula menyiapkam diri.
Sementara di ruang makan, Seulbi kelam kabut menyiapkan sarapan buat ahli keluarganya. Dia menjeling Ara yang sedang menikmati roti bersama jam strawberri.
"Ma.....ma?"
Seulbi melihat seorang kanak-kanak yang muncul di tangga sambil mengusap mata dan berjalan ke arahnya macam anak penguin.
Kim Jungmin. 4 tahun 9 bulan.
"Eh dah bangun anak mama ni...mesti sebab suara noona yang macam kena histeria tadi kan? Duduk sini diam-diam okay?"
"Okie....mama..nanak loti..."
Ara mencebik dan menarik pipi adik lelakinya dengam rasa geram akan pipi pau yang gebu tersebut.
"Maaaaaaa...nuna cubitttttt"
"Araaaaa...kan papa dah cakap jangan tarik pipi adik....dah siap makan? Jom? Nanti kena duduk dekat luar kelas lagi macam semalam".
"Nae! Mama Ara pergi dulu! Bye adik comel noona!"
Pipi adik dan mamanya dikucup. Taehyung juga tidak lupa juga ciuman kasih sayang daripada isterinya yang tercinta sebelum ke tempat kerja.
Selepas kereta milik Taehyung meluncur keluar dari perkarangan rumah, Seulbi memandang langit dan tersenyum sendiri. Dia melihat Jungmin di dalam dukungannya yang sedang menguap. Nama Jungmin ialah nama pilihan Jungkook yang dipesan kepada Taehyung agar berikan nama tu dekat anak mereka kalau lelaki.
Seulbi mengeluh dan tersenyum. Jungmin sudah lena semula sambil menghisap ibu jari. Pintu rumah ditutup dan dia melangkah ke bilik Jungmin untuk mendodoikan anaknya itu.
•TAMAT•
Berdirinya author di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada readers yang support author dari awal sampai akhir.
Akhirnya Seulbi bahagia juga macam yang diharapkan oleh Jungkook.
Author harap bab ni tak kecewakan korang semua. Teruskan support author okeh?! I really need it! Lepas ni author akan fokus dekat ff Destiny pula. See yaaa~~~ 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro