BAB 41
Serious lagu dekat atas memang feeling gilos. Omg suara Kyuhyun 💕
-----------
Seulbi termenung seorang diri di balkoni rumah, selepas kejadian semalam dia terus mengurungkan diri di dalam bilik. Melihat suaminya bersama wanita lain? Itu mimpi paling negeri yang pernah dia alami.
"Seulbi?"
"Ya?"
Air mata segera diseka sebelum Jungkook dapat melihatnya. Seulbi melemparkam senyuman namun Jungkook terlebih dahulu perasan akan mata dan hidungnya yang kemerahan.
"Awak nangis kan? Jangan tipu saya....awak nak saya pergi jumpa Taehyung ke? Saya rasa dia mesti pelik nampak kita dua dekat mall semalam"
"Jangan..."
"Tapi kenapa? Saya nak tahu sebab dia nak kahwin dengan Moonbyul...dia tak boleh buat awak macam ni..."
"Saya rasa...saya nak balik...saya nak balik rumah saya. Tak elok lah saya tinggal dekat rumah awak lama-lama. Saya masih isteri orang dan kalau reporters tahu nanti habis reputasi awak dengan dia...."
"Kalau itu yang awak nak saya takkan halang. Cuma...awak okay ke tinggal sana sorang-sorang? Saya risau kalau apa-apa jadi dekat awak..."
Seulbi tersentuh dengan diri Jungkook yang risau tentang keselamatan dirinya sejak dulu lagi. Dirinya sentiasa tertanya-tanya kenapa Jungkook begitu baik terhadap dia sedangkam mereka tidak rapat pun.
"Boleh saya tanya awak satu soalan?"
"Apa dia?"
"Kenapa awal baik sangat dengan saya? Tak...tak salah pun buat baik dengan orang cuma....saya pelik, kita tak rapat pun tapi...em...i'm just asking..."
"Sebab awak istimewa buat saya"
Mata hitam Jungkook melihat tepat ke iris Seulbi yang masih menakung air mata.
"Saya cintakan awak Seulbi...sejak sekolah lagi"
Jantung Seulbi bagai terhenti sesaat namun dia tidak berganjak sedikitpun. Terus menatap wajah Jungkook
"Tapi saya tahu yang awak milik Taehyung....dan kita takkan boleh bersama pun...sebab masa langsung tak mengizinkan"
"Ap-apa...maksud awak..."
"Maksud saya..walaupun saya cintakan awak, saya lebih rela awak dengan orang lain...bukan saya....awak jangan risau....saya tak apa-apa...saya cuma nak awak bahagia..sementara saya masih ada..."
Air mata mula menitis di pipi Jungkook satu persatu. Akhirnya dia berjaya luahkan perasaan dia sejak sekian lama.
"Saya harap sebelum semua ni berakhir saya dapat lihat awak betul-betul bahagia...."
"Jung...Kook..."
"Forget it....kemas lah barang awak...petang nanti saya hantar awak balik rumah awak..."
---------------------
"Solar! Solar! Kau buka pintu ni cepat!! Moonbyul Yi!!!! buka pintu ni cepat sebelum aku terajang sampai pecah!!!!! Pekak ke hah?!!! Solar aku tahu kau ada dekat dalam!!!!
Solar yang tengah menjamah makanannya terus kecut perut mendengar amukkan lelaki yang dia kenal dari luar. Roti yang disapu jam strawberry terlepas dari tangan.
"Solar!!!! Mana Moonbyul?! Buka lah pintu ni!!!"
Perasaan takut mula menyelubungi diri Solar. Entah kenapa lelaki tersebut tiba-tiba sahaja datang serang dia pada hari yang indah macam ni.
"Aduh...apa dia nak ni...Moonbyul ni pun satu angkat lah telefon weh. Kawan kau ni boleh mati bila-bila masa je ni haaa...pleaseuuuu pick up the phone lah bitches.."
Nombor telefon Moonbyul terus didial berulang kali. Namun panggilannya tidak dijawab. Pintu rumahnya terus diketuk bertalu-talu. Lelaki di luar tidal main-main, bila-bila masa sahaja mahu pecah pintu tu.
"Aku sumpah Moonbyul, kalau aku mati sebab kau, aku jadi hantu lepas tu kacau hidup kau...sampai hati kau tak angkat phone...huaaaa"
"Solar!!! Aku kira sampai tiga! Kalau kau masih taknak buka pintu ni...nyawa kau melayang dalam tu...aku bakar rumah kau nak?"
Mata Solar membesar mendengar ugutannya. Kakinya diheret paksa ke pintu rumah. Selepas menelan air liur dengan kesat dan membetulkan rambutnya yang masih serabai macam Kak Limah, Solar memulas tombol pintu sambil tersenyum fake.
"Hai....sorry i baru bangun tidur. You..you datang sini kenapa?"
Namjoon terseyum sinis.
"Really? Then jam strawberry dengan pipi tu apa? Sambil tidur sambil makan jam?"
Solar sudah tidak senang duduk. Telapak tangan mula basah dengan peluh. Dan smirl dari Namjoon menambahkan lagi rasa gemuruh. Lelaki tersebut memang menakutkan.
"Ah??? Haaaa...tadi i nak makan then i dengar you jerit-jerit dekat luar...you nak apa?"
"Mana dia?"
"S..siapa? Moo-"
"Moonbyul Yi. Aku tak ada masa nak layan lakonan kau. Mana dia? Dah banyak hari aku pergi rumah dia tapi dia tak ada jadi dia mesti dengan kau kan? Mana dia?"
Tanpa keizinan, Namjoon terus masuk ke dalam dan mencari Moonbyul. Setiap pintu bilik dibuka namun orang yang dia cari tiada.
"Mana dia?!!!"
"Ak..aku tak tahu..."
"Tak tahu? Atau kau tahu tapi tak nak bagi tahu? Come on Solar aku bukan budak-budak kecil lah kau nak tipu aku. Aku tahu kau dengan dia plan sesuatu kan?"
'Tak....wehhh mati aku kalau dia tahu Moonbyul buat apa....'
"JAWABLAH!!!"
Hampir terlompat Solar akibat suara Namjoon yang menjerkahnya tadi. Mahu atau tak dia harus merahsiakan plan Moonbyul daripada diketahui oleh Namjoon.
"Plan apa? Wehh aku dah banyak hari tak jumpa dia kot. Kau kalau nak tuduh tu agak-agak ahh...selama ni...selama ni aku plan apa-apa dengan dia bukannya menjadi pun...dah lah...pergi baliklah".
Namjoon hanya mendiamkan diri. Dia pergi ke ara meja makan dan mengambil telefon Solar.
"Kau nak buat apa hah? Bagi balik phone aku! Ishhh bagi lah! Namjoon!"
"Ni apa?"
Gambar cincin yang dihantar oleh Moonbyul ditunjuk dekat ke muka Solar.
"My wedding ring. Cantik kan? Tak sabar weh nak kahwin dengan dia."
Cara Namjoon bercakap persis ketika Moonbyul dengan perangai gedik dia dan ianya langsung tidak lawak bagi Solar malahan bunyinya seperti psychopath.
Ya. Namjoon sudah psycho.
"Nam..nam..joon...sumpah aku tak tahu apa-apa pasal- wehhh apa ni?!!!"
Sebilah pisau muncul di pipinya. Tubuh Solar kaku seperti patung. Wajah Namjoon yang menakutkan bak penagih dadah membuatkan Solar hampir menangis.
"Kalau kau aku ukir nama aku dekat pipi kau yang halus mulus ni baik kau bagi tahu aku perkara sebenar. Cepat!!!!"
Tubuh Solar ditolak ke atas sofa berdekatan dan Namjoon tersengih seperti orang gila melihat Solar yang mengundurkan badannya ke belakang.
"Tolong...jangan apa-apakan aku...."
"Kau ni cantik jugak....kenapalah aku tak perasan? Hmmmmm..."
Baju tidur Solar yang amat menjolok mata itu membangkitkan nafsu Namjoon. Tangannya mula menyentuh betis Solar, membuatkan perempuan tersebut mula menangis.
"Kau gila Namjoon! Lepaslah!!!! Jangan kau berani sentuh aku dengan tangan kau yang jijik tu!"
PANGG!
Solar menyentuh mukanya yang baru sahaja ditampar oleh Namjoon. Tali baju tidurnya direntap dengan kuat, mendedahkan lagi badannya.
"OKAY!!! OKAY!!! AKU...AKU BAGI TAHU!!!!"
>SKIP<
"Mana Kim Taehyung?"
Lee Dani, setiausaha kepada Kim Taehyung meneliti lelaki yang tidak terurus di hadapannya sekarang. Cermin mata yang berbingkai tebal dibetulkan dan sekali lagi dia memandang lama lelaki tersebut.
"Encik ni siapa? Ada urusan apa ya nak jumpa dengan boss saya? Saya tak rasa encik ni client kami sebab dengan pakaian..encik...ni...emmm...."
"Eh minah nerd ni banyak soal pulak! Kau fikir aku ni miskin ke hah? Mana boss kau?! Aku nak jumpa dengan dia sekarang!"
"Tapi encik tak boleh jumpa dengan boss macam tu saja...kalau encik datang sini nak buat kecoh, pintu utama terbuka luas untuk encik keluar sekarang sebelum saya panggil security guard"
"Ada aku kisah ke kau nak panggil security guard ke bodyguard ke aku peduli apa?!"
"Tapi boss tak datang lagi!"
Dani menjegil kepada lelaki yang tak faham bahasa itu.
"Okay aku tunggu dia"
"Huh...tunggulah kau sampai berjanggut pun"
"Apa dia?"
"Apa dia apa?"
Selepas beberapa minit, muncul Taehyung di dalam bangunan Kim's Paradise Holdings. Namjoon segera bangun dari tempat menunggu dan menuju ke arah Taehyung. Dani turut mengekorinya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
"Encik!!"
"Ehh? Dani kenapa ni? Erm...mind to ask? Who are you mister?"
"Ni...encik ni dari tadi nak jumpa boss, tapi saya dah agak boss tak kenal mamat selekeh ni..."
"Aku Namjoon, aku nak jumpa kau....pasal kau dengan Moonbyul"
Dengar sahaja nama perempuan tersebut, Taehyung rasa seperti telingannya sudah berdarah tetapi dia merasakan yang lelaki ini amat mengenali Moonbyul.
"Okay...let's go to my room then...more private"
Namjoon hanya mengangguk dan menuruti langkah Taehyung. Sempat lagi dia memberikan senyuman sinis kepada Dani yang tidak berpuas hati.
"Duduk dulu...want some coffee or tea?"
"Coffee, less sugar"
"Okay....Dani, tolong suruhkan tea lady buatkan dua cawan coffee ya? Less sugar"
"Okay boss..."
Talian di telefon dimatikan dan Taehyung melihat lelaki bernama Namjoon didepannya sekarang.
"Jadi apa yang kau nak cakap pasal aku dan Moonbyul? Kau kenal dia ke?"
"Pasal wedding korang berdua...Kenal sangat...dia girlfriend aku"
"What?"
"Anak yang dia kandung tu anak aku. Aku cintakan Moonbyul jadi aku nak kau batalkam perkahwinan korang"
Mata Taehyung berkelip berulang kali. Betulkah apa yang dia dengar sekarang.
Namjoon bangun dan kebetulan tea lady juga masuk untuk meletakkan air.
"Aku harap kau batalkan perkahwinan korang ..."
Dan Namjoon mengatur diri keluar dari bilik Taehyung dengan riak wajah bengang, sementara Taehyung didalam bilik masih loading dengan apa yang dituturkan oleh Namjoon.
--------------------------------------
"Awak jaga diri tau...apa-apa call saya terus okay?"
Seulbi hanya mengangguk. Baru sekarang Jungkook bersuara sejak situasi di balkoni pagi tadi. Belum sempat dia hendak membuka pintu rumah, Jungkook memanggilnya.
"Seulbi!"
"Y...ya...?"
"Pasal pagi tadi...awak anggap je saya tak pernah cakap okay? Saya taknak ia jejaskan persahabatan kita..."
Seulbi baru sahaja hendak mengatakan sesuatu namun Jungkook sudah pun masuk ke dalam kereta dan meninggalkan dia.
Keluhan keluar dari bibirnya dan dia mencari nombor telefon seseorang, button call terus ditekan setelah dia menjumpainya.
"Hello mama....tolong datang rumah Seulbi....bawa Ara sekali ya..."
SKIP
"Mama!!!! Ara rindu mamaaaaaa~~ papa cakap mama busy la bla bla bla finally dapat jumpa mama juga!!!"
Seulbi ketawa kecil dan mencium kedua belah pipi Ara. Ciuman yang penuh dengan rasa rindu terhadap satu-satunya harta dia di muka bumi ni.
"Mama lagi rindu Ara. Ya mama sibuk sekarang...emm Ara pergilah main dulu, mama belikan psp baru untuk Ara. Ada dalam bilik "
"Really?!! Omigoshhh dah lama tak main!!!! Gomawo mama!!!"
Ara mencium pipi kanan Seulbi sebelum pergi ke biliknya. Seulbi mengalihkan pandangan ke arah mama mertuanya yang dari tadi melihat mereka berdua.
"Mama...Seulbi dah tak larat lah nak teruskan semua ni...Seulbi tak percaya yang Taehyun akan kahwin dengan dia...Seulbi tak patut setuju dengan rancangan ni sejak mula..."
(Part ni tak ada dalam bab2 ni jadi jangan pelik. Nini sengaja mainkan readers semua *evil laugh*)
Sedutan Bab 36
"Mama seriously? Mama nak Seulbi buat ni? Kalau jadi lagi teruk macam mana?"
Seulbi menggeleng laju kepalanya tidak menyetujui rancangan Puan Kim.
"Tak...mama nak Taehyung betul-betul berubah. Mama yakin yang Moonbyul tu ada rancangan lagi untuk hancurkan hubungan kamu berdua. Jadi, lepas ni kalau dia nak buat hal lagi...kamu ikut saja game dia..."
Sedutan Bab 37
Selepas memastikan yang Moonbyul betul-betul sudah pergi, Seulbi mengesat air mata dan tersenyum.
"Kau fikir aku ni bodoh sangat ke sampai tak boleh nak bandingkan gambar asli dengan edit? Huh...lagipun suami aku takkan buat perkara terkutuk tu...."
Nombor Puan Lee didail.
"Hello?"
"Hello mama....game dah start...."
Sedutan Bab 38
"Ni surat perceraian...mama sediakan awal-awal untuk plan ni...."
Seulbi rasa tidak sedap hati dengan tindakkan mama mertuanya.
"Mama yakin ke? Kalau dia setuju nak kahwin dengan Moonbyul macam mana?"
"Kalau dia setuju kita teruskan game ni....Taehyung pun tak bodoh lah nak setuju bulat-bulat kahwin dengan perempuan tu...."
"Tapi mama..."
"Shhh...jangan risau okay? Mama nak kamu berdua bahagia....mama nak Moonbyul tu terima akibatnya sebab main-main dengan keluarga kita....by the way mama dah upah orang untuk siasat pasal ni....spy mama cakap dia ada teman lelaki dan mama yakin 100% yang tu anak boyfriend dia"
Puan Kim tersenyum sinis.
"Mama nak semua ni berakhir....biarpun Moonbyul tu terpaksa dihapuskan dari pandangan mama...dia dah banyak kali buat pasal...jadi ni lah waktu nya kita balas balik".
"Mama...Taehyung dah sampai"
Tirai didalam bilik itu ditutup semula, Seulbi dan Puan Kim mengambil tempat mereka di kerusi.
"Mama...Seulbi takut..."
"Look here....mama buat ni untuk kamu sekeluarga..dia takkan berani ceraikan kamu sebab dia memang cintakan kamu...kalau dia setuju pun mesti ada sebab kan?"
Seulbi hanya mampu akur dan setuju dengan pendapat mama mertuanya itu biarpun dia tahu risikonya sangat tinggi.
---------------------
"Seulbi...."
Puan Kim memegang tangan menantunya.
"Seulbi sabar dulu okay? Minggu depan hari perkahwinan mereka...mama nak Seulbi ada...kita dedahkan semuanya...mama dah tak sabar tengok reporters semua tangkap gambar betina tak tahu malu tu"
Air mata yang hendak jatuh dari mata Seulbi diseka oleh Puan Kim kerana Ara sedang menuju ke arah mereka.
"Hael..mo..ni~~~"
"Ya cucuku yang comel kenapa tiba-tiba buat aegyo ni?"
"Malam ni Ara tidur sini boleh?"
"Tak boleh sayang..."
"Alaaaaaa mama ni...kenapa tak boleh? Peliklah...papa pun tak bagi Ara ikut dia balik...waeeeee~~~"
"Ara kena tinggal dengan haelmoni buat masa sekarang ya sayang? Mama dengan papa ada urusan yang perlu...diselesaikan....nanti kalau semua dah settle kita pergi holiday nak?"
"Ha?!! Nanakkkkk!!!! Yeayyy janji tau mama?"
"Janji....."
Seulbi takut. Takut yang dia tak boleh tunaikan janji tersebut kepada Ara.
-----------------------
Fuhhh!!! Double update!! Well maybe Nini akan stop update sekejap je sebab exam. Kalau korang tak faham dengan sedutan bab 36,37 dan 38 tu....emmm buat-buatlah faham.
Agagagahahagaga
Okay..adios 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro