BAB 40
JUNGKOOK POV
Aku mengusap lembut kepala Seulbi yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Rambut yang menutup mata kirinya ditolak ketepi agar aku dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas.
Dia memang cantik.
"Emm..."
Ops nampaknya tuan puteri kita dah bangun.
"Hi...good morning"
Gummy smile aku berikan kepadanya namun dia kelihatan terkejut dan menarik selimut hingga ke hidungnya.
Comel....
"Hahahaha sorry sorry awak terkejut eh? Saya tak sengaja, sebenarnya saya nak kejutkan awak breakfast tapi..."
Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Dia hanya melihat aku dengan sepasang mata hazel gelap yang besar dan bulat macam mata kucing. Malulah nak cakap.
"Tapi..a..pa?"
"Ermmmm awak terlalu cantik macam puteri tengah tidur dan saya tak sampai hati nak kejutkan awak bangun?"
Situasi bertukar menjadi kekok dan sepi namun selepas itu matanya tertutup rapat membentuk seperti bulan sabit. Dia senyum ke?
Seulbi melepaskan selimut tadi dan menghadiahkan aku satu eyesmile yang sungguh bermakna buat diri aku. Akhirnya dia tersenyum. Selepas 3 hari dia dekat sini dan dah 3 hari aku cuba buat dia senyum akhirnya dia senyum juga.
Bahagianya...
"Pandai awak buat lawak pagi-pagi ni kan?"
"Tapi saya serious"
Shit. Terlepas cakap pula. Mulut ni aku kerat jugak nanti kot.
"Errr...awak...awak pergilah mandi dulu..saya tunggu dekat bawah..."
Baru sahaja kaki aku mendarat ke lantai, dia menghalang dengan menarik belakang baju aku.
"Kenapa?"
"Saya...terima kasih Jungkook.."
Aku hanya mengangguk dan senyum kepadanya.
SEULBI POV
"Awak..."
"Ya?"
"Awak..tak kerja ke hari ni?"
Penampilannya dilihat dari atas ke bawah. Sangat kasual dan tak nampak macam nak pergi office pun.
"Ouh? Sebenarnya saya nak..ajak awak keluar ...tapi! Tapi kalau awak taknak saya tak kisah. Saya faham keadaan awak dan saya cuma nak awak selesa tinggal dekat sini..."
Keluar? Macam best. Aku dah lama tak keluar. Okay baru 3 hari tapi lama lah tu sebab terperuk dalam bilik. Rasanya aku dah cukup kuat nak hadap keadaan dekat luar tu.
Walaupun aku masih terlalu lemah untuk hadap apa yang berlaku dekat diri aku sekarang.
"Seulbi...awak fikir apa tu?"
"Uh...emmm"
Dia memegang kedua bahu aku dan kami berdua saling berpandangan.
"Awak fikir pasal benda tu lagi ke? Seulbi...listen here, forget about it for a while please..hari ni kita keluar dan enjoy okay? Saya tak bolehlah tengok awak sedih macam ni...awak kena kuat...untuk saya please?"
"Tapi saya rasa saya tak boleh..."
"Hmm takpe lah...biar saya sorang-sorang je keluar sebab orang tu tak nak kan...hmm"
Alamak.Merajuk ke?
"Kook! Tunggu saya"
"Apa awak panggil saya tadi?"
"Kook? Sorry...awak tak suka ke kalau orang panggil awak by nickname? Mianhe...."
Jungkook hanya mendiamkan diri dan tidak melarikan mata dia dari memandang aku. Serius.
"Tak..saya tak suka".
CRAP. Seulbi you're dead meat.
" Tapi disebabkan awak yang panggil so saya tak kisah. Kalau Kookie pun sedap jugak macam biskut".
Okay Seulbi jangan gelak. Nanti dia merajuk balik baru kau tahu.
"Kookie? Baiklah. Annyeong Kookie".
Aku menahan ketawa dan menundukkan sedikit badan aku tanda hormat. Jungkook tergelak kecil dan kami berdua keluar dari rumah.
" Kejap!"
"Ya? Kenapa?"
"Hari ni berapa hari bulan?"
"Ermmm hari ni 12 haribulan kenapa? Birthday awak ke hehehe"
12? Ara pergi sekolah balik 18 haribulan ni. Kalau dia cari aku macam mana? Kalau dia tahu yang Taehyung nak kahwin lain macam mana?.
"Seulbi...kenapa berkerut semacam je muka tu? Awak fikir apa?"
"Tak...tak ada apa-apa pun...jom lah".
"Kalau ada yang menganggu awak bagi tahulah...saya sudi dengar. Kalau pasal Tae--"
"Tak! Bukan..jom lah kata nak keluar nanti. Kalau saya cancel-- "
"Okay! Okay!"
>SKIP<
"Mall? Datang mall je? Beli tie pun nak ajak saya?"
Jungkook hanya bersiul dan mengendahkan soalan daripada Seulbi yang mengembungkan kedua pipinya dan tertunduk.
'Alahai aku cubit jugak pipi pau tu nanti'.
"Hehehe saya nak beli tie baru je lagipun tak best lah datang sorang-sorang. Apa kata sekarang kita pergi bahagian barang-barang dapur? "
"Okay.....tapi awak memang shopping barang rumah sendiri ke?"
"Selalunya saya bagi duit dekat maid-maid saya lepas tu diorang sendiri yang datang beli".
Jungkook menunjukkan lagi gummy smilenya kepada Seulbi.
'Lagipun saya nak merasa shopping dengan orang yang saya cinta...macam husband...and wife'
Troli yang disusun di pintu masuk bahagian barang-barang dapur ditarik. Seulbi hanya mengekorinya dari belakang. Dia hanya memerhati gelagat Jungkook yang menggaru kepala sambil cuba untuk mencari barang.
"Em...bagi saya list tu awak tolak je troli ni. Lagipun saya tengok awak macam...tak tahu nak cari barang je..."
Troli tadi bertukar tuan dan dengan tidak sengajanya tangan mereka berdua bersentuhan, jantung Jungkook berdetak pantas biarpun Seulbi seperti tidak kisah.
"Okay...yang ni dah ada..okay sekarang lobak merah...maid awak selalu beli yang timbang ke yang dah dipaket?"
Dia mencucuk bahu Jungkook yang tengah mengelamun. Lelaki tersebut terkejut dan tersengih malu.
"Lobak? Yang mana pun okay...hehehe saya tak pandai lah pasal ni.."
Seulbi menggelengkan kepala dan menarik plastik lutsinar yang disediakan.
"Awak ni kena cepat-cepat kahwin lah...nanti senang lah bila shopping dengan isteri hahaha tapi kena lah pilih yang pandai pasal ni juga. Saya selalu pilih lobak yang belum paket sebab takut yang dipaket tu ada yang dah rosak"
Jungkook hanya memandang Seulbi yang sibuk memilih lobak merah.
'Kalau boleh Seulbi....kalau boleh saya miliki awak...'
Satu lobak merah diletakkan dihidungnya. Seulbi ketawa tak henti-henti melihat reaksi daripada Jungkook.
"Do you wanna build a snow man~~~ ahhh kyeopta. Kalau ada gam dah lama saya lekat hahahaha"
Gelak ketawa Seulbi membuatkan Jungkook rasa ada berjuta bunga ditaburkan ke atas diri dia. Dia memegang tangan Seulbi, membuatkan wanita tersebut berhenti ketawa dengan mengejut.
"Sorry...saya..tak sengaja. Saya selalu buat masa adik saya masih ada dulu ....dan saya teringatkan Ara..dia suka sangat Frozen "
Jungkook mengangkat dagu Seulbi yang sedang tertunduk kerana takut Jungkook marah dengan tingkah lakunya tadi.
"Adik awak dengan parents awak sekarang dan Ara saya yakin dia okay sekarang...lagipun kan...kenapa saya perlu jadi Olaf snow man tu sedangkan saya boleh jadi Putera Hans?"
Muka Seulbi bertukar menjadi merah dan dia cepat-cepat melarikan pandangan, meletakkan plastik yang diisi dengan lobak ke dalam troli, menolaknya laju. Jungkook mengetuk kepalanya sendiri , melihat Seulbi meninggalkan dia.
"Aishhh Jungkook..pabo!"
Selepas selesai membayar, Jungkook membantu Seulbi untuk membawa beg-beg plastik dan menuju keluar.
"Bestnya shopping dengan awak. Nanti kalau saya nak shopping lagi saya ajak awak lah. Boleh?"
"Tengoklah dulu"
"Alah....pleaseeeeeeeeee"
"Hahahahaha okay okay tapi tolong jangan tunjuk gigi arnab tu. Annoying"
"Fuhhhh pedasnya ayat awak...menangis hati ini...."
"Ku turut bersimpati..hahahaha gurau je lah".
Seulbi dan Jungkook terlalu asyik ketawa sehingga mereka berdua bertembung dengan dua figura yang kebetulan datang dari arah bertentangan.
"Ouchh!! Tae...kenapa jalan cepat sangat...haishh tengok I dah terlanggar orang"
Dia kenal dengan suara tersebut. Kepalanya diangkat dan Seulbi merasakan seperi dunia sudah terbalik.
Taehyung bersama Moonbyul.
"Seulbi..awal okay ke?"
Jungkook membantu Seulbi untuk bangun dan dia turut melihat ke arah yang sama. Lebih tepat melihat dengan mata setajam pedang ke arah Taehyung.
"Seul....bi.."
Bisik Taehyung perlahan. Air mata yang mula bergenang di mata isterinya dipandang dengan rasa bersalah.
Moonbyul tersenyum sinis kecil dari belakangnya dan memeluk lengan Taehyung.
"Seulbi jom kita pergi..."
Seulbi ditarik pergi oleh Jungkook yang sedang menahan marah yang membuak-buak seperti gunung berapi hendak meletus.
____________________________________________________________________
Bab ni banyak banyak part SeulKook 💕 hehehehe drop your comment bebanyak okies?
Btw Super Daddy Taehyung ni dah nak habis. So lepas ni korang nak fanfic apa pulak?
Nini fikir nak buat macam2 jenis tapi takut tak ada yang nak baca hahahahaha
Antara yang jadi pilihan Nini
💕 Fanfic Yoonmin / TaeKook ( english fanfic)
💕 Bad Angel S2 ( kalau banyak idea lah)
Atau korang nak fanfic romantik macam selalu Nini buat ni! Kalau nak cadangkan Hero atau Heroin tau. Nini tunggu hahahaha
Kalau tak ada feedback pun tak apa 😅 sebab SPM pun dah nak dekat. Sebab next fanfic Nini akan buat habis exam ni~~~ 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro