BAB 33
Dia melihat dulu teks yang ditype sebelum menekan button send. Dia tersenyum sendiri ke arah sebuah keluarga yang sedang berseronok di pantai dari jauh.
"Erhh..Ahhh....shit..."
Bahagian pinggangnya terasa pedih dan perutnya tidak selesa.
"Umphhh".
Kakinya segera berlari ke tepi longkang berdekatan dan makanannya yang ditelan pagi tadi keluar kembali. Jungkook terduduk sambil menekan-nekan perutnya.
Nafas Jungkook tercungap-cungap. Kudrat dikumpul sepenuhnya dan dia mengheret dirinya ke arah kereta.
"Ubat..ubat...mana pulak ni...umphh!!"
Nasib baik tangannya segera mencapai satu beg plastik hitam semasa mencari ubat. Kalau tak habis kereta penuh dengan muntah.
Matanya dengan tidak sengaja mengeluarkan air mata. Perit dan sakit tidak tertahan. Bau muntah yang menusuk hidung membuatkan dia bertambah mual.
Beg plastik diikat dan diletakkan di bawah tempat duduk belakang. Tingkap kereta dibuka untuk mendapatkan udara segar.
"Kenapa....kenapa sakit sangat ni...."
Dia mengambil ubat tahan sakit dan menelan beberapa biji pil sekali gus. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya meluncur laju dari pantai tersebut.
......
"YAH JANGAN LAH! HABIS BASAH NIIIII"
Seulbi memarahi Taehyung dan Ara yang memercikkan air ke arah nya. Penutup periuk diambil dan posisinya kini seperti pemain softball. Mengacah untuk melemparnya kepada Taehyung yang ketawa tak henti-henti.
"Larrriiiiii Araaaaaaa".
Taehyung berlari semula ke dalam laut. Ara mengikutinya sambil memegang pelampung yang berada di pinggangnya.
"Haihhh macam budak-budak la makcik tengok suami Seulbi ni tapi untung la kan huhu handsome".
"Ehh makcik ni ke situ pulak dia".
Seulbi menyuap kek beras yang dibawa oleh makcik Narae ke dalam mulut. Tanpa amaran, badannya diangkat oleh seseorang.
"AHHHHH!!!! YAAAAAAHHHH"
Dada Taehyung yang berlapik singlet putih basah dipukul namun Taehyung tidak merasa sakit. Lagi kuat dia ketawa adalah.
"Yaaaahh hubby apa ni???? Turun kan sayang cepat orang nak makan ni".
"Emmm nak makan ke....malu? Muka merah habis dah tu".
"Papa!!! Bawa mama masuk sini!!!!"
Ara menjerit diikuti ketawa mengusik kepada mamanya. Seulbi menjegilkan mata namun dia sedikit tak rasa takut.
"Oraitt!!!"
"Makcik tolong Seulbi!!!!!"
Seulbi sudah tidak tahan malu kerana orang disekeliling memerhatikan mereka. Dia menggengam rapat penyepit yang masih berada ditangan. Senyum sinis dibibir menghentikan ketawa Taehyung.
"Why you are smir-- aduh"
Dengan skillnya yang mahir menggunakan penyepit, dia menyepit hidung mancung Taehyung sehingga merah seperti mukanya sekarang.
'Rasakan penangan juara makan ramen mangkuk gergasi 3 tahun berturut-turut'.
"Sakitlah sayang~~"
Suara Taehyung tak ubah seperti budak perempuan manja yang inginkan anak patung. MANJA.
"Ke.si.an. Mama ni juara makan ramen mangkuk gergasi 3 kali tau. Jangan cari pasal dengan dia".
Opss. Ara membuat teknik menghilangkan diri dan timbul di depan Makcik Narae.
"Siapa..siapa suruh hubby angkat sayang?. Malu tau tak? Ingat muka ni muka tembok ke?".
"Tapi hidung hubby ni sakit~~~".
Seulbi rasa semacam mendengar suara manja Taehyung.
RASA NAK PENGSAN.
"Mianhe....."
"Hilangkan sakit ni please...huhuhu"
"How? I'm not a doctor".
"Kiss".
Belum sempat Seulbi hendak membuka mulut, Ara memotong dengan cepat.
"Ewwwwww my earssssss~~~ haelmoni!! Mama dengan papa...ewwwww poor my ears".
Makcik Narae ketawa melihat Ara yang meniru cara Taehyung bercakap manja. Taehyung mengangkat Ara dan membawanya kembali ke laut.
"Mamaaaaa help mehhhhhh"
"Tak nak wekkk!!"
Fuh. Seulbi membetulkan rambut dan kembali duduk diatas tikar namun melarikan pandangan dari makcik Narae yang tersengih melihat dia dan Taehyung dari tadi.
"Sweet. Auch".
"Ada-ada je la makcik ni..."
Telefonnya yang diletakkan disebelah telefon suaminya tiba-tiba berdering lagu Imagination iaitu lagu kesukaannya.
"Hell--"
"Yah! CHO SEULBI WHERE THE FISH ARE YOU?! DARI PUKUL 8 AKU TUNGGU DEPAN RUMAH KAU. KAU PERGI MANA HAH???????"
Telefon dijarakkan dari telinga dan suara lelaki berlagak diva yang menelefon masih lagi kuat. Kim Seokjin.
"Aku dekat Bu--"
"BUSAN?! FOR REAL?! KAU PERGI HONEYMOON KE? SHIT KAU PATUTNYA BAGI TAU AKU DULU!! TAK PERLULAH AKU TUNGGU KAU BERJAM-JAM DEKAT SINI. Panas tau tak?! Terbakar kulit aku yang putih mulus ni...."
Seulbi menarik nafas sedalamnya. Perangai diva Jin memang sangat annoying. SANGAT ANNOYING.
"Kau....KAU KALAU TAK MENJERIT TAK BOLEH KE?! PERLU KE POTONG APA YANG AKU NAK CAKAP?! EH ADA AKU KISAH KULIT KAU NAK TERBAKAR KE NAK HANGUS KE...YA AKU DEKAT BUSAN DENGAN FAMILY AKU. KAU NAK APA? HAH?!"
Jin mengalah. Suara Seulbi berganda-ganda kuatnya dari suara dia yang bajet diva tu. Dan sememangnya menakutkan.
"Huwaaa berdarah telinga i nih....sorry babe tak sengaja jerit-jerit dekat kau tadi...fuhhh nasib baik ada lagi telinga ni. Pikir dah hilang tadi. Anyway aku datang rumah kau sebab nak minta tolong kau dan nak bagi tau kau sesuatu".
"Apa?"
"Aku dan Nayeon akan berkahwin dalam 5 hari lagi da--"
"Kau...kau nak KAHWIN LAGI 5 HARI BARU NAK BAGI TAU AKU?! kawan jenis apakah...sedih aku...sampai hati kau...sob sob".
"Haaaa jerit la lagi..jerit sampai kau puas. Eleh mentang-mentang ada suami tercinta aku ni kau tolak tepi macam sisa makanan. Saja nak suprisekan kau tapi tak sangka kau over suprise. Aku nak minta tolong kau tolong Nayeon....emmm kau tahu la yang aku ni tak tahu menahu pasal hal perempuan ni selain pink....dia pun tak ramai kawan perempuan...so....please?"
"Ohhhh boleh je..."
"FUHHH I LOVE YOU SEULBI!! KAU LAH KAWAN AKU FOREVER AND EVER. AKU ADA HAL NI..NANTI KITA BINCANG LAGI. BYE-BYE".
"Yeahh... whatever you said. Bye..."
Panggilan ditamatkan. Seulbi memusingkan diri untuk pergi semula ke tempat mereka berkelah tapi terbantut. Taehyung sedang berdiri dihadapan dengan kedua tangan memeluk tubuh.
"Siapa tu? Menjerit-jerit bagai...siap cakap "i love you seulbi" lagi..."
Oh. Nampaknya ada yang cemburu disini.
______________________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro