Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30

SEULBI POV

Perlahan-lahan aku letakkan telefon ke bawah.Orang lain yang aku harapkan untuk datang ke sini tapi orang lain pula yang datang sebab risaukan aku dengan Ara.

"Adakah....dia memang dah bencikan aku dan lupakan aku? Dan..Jungkook...kenapa dia? Kenapa bukan suami aku.."

Aku mengeluh dan meletakkan bagasi merah jambu di tepi katil. Tingkap yang ditutup aku buka. Pemandangan pantai dan laut biru begitu membuat hati aku tenang tapi tidak lama. Aku teringat...teringat kembali first date aku bersama dia dan sewaktu dia confess dekat aku yang...dia cintakan aku.

"Bogoshipo...Taehyung-ah..."

Tuala putih yang sudah dilipat diatas katil aku capai dan menuju ke bilik mandi.

>SKIP<

"Ara nak tambah lagi? Berselera sungguh dia makan kan?".

Ara tersenyum comel sambil mulutnya dipenuhi dengan nasi. Seulbi hanya mampu ketawa kecil kerana dia masih tertanya-tanya satu soalan.

'Betul ke Jungkook ni? Atau dia cuma ma--"

Bunyi ketukan di pintu kedengaran dan Seulbi meletakkan sudunya kebawah untuk melihat tetamu yang datang. Mungkin seseorang yang di tunggu dari tadi.

'Ya.....Jungkook..'

Jungkook melambaikan tangan dengan senyuman dibibir. Seulbi membalas kembali dengan kekok dan kepalanya meliar di sekitar rumah.

'Dia...tak ada...'

"Hai..Seulbi..."

"Huh? Emmm hai..awak sorang je ke?"

Seulbi rasa macam nak hempuk sahaja kepalanya ditepi pintu.

'Shiteu..Seulbi yah pabo! nampak sangat yang kau tunggu Taehyung tu! Just....forget it okay?!'

"Awak? Hello? Gwenchanayo? Awak cari..."

"What? cari apa? Saya pelik kenapa awak boleh datang cepat sangat saya naik bas pun berjam-jam".

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersengih. Sejambak bunga Daisy putih dihulurkan kearah Seulbi.

"Saya...saya sempat beli ni untuk awak tadi...lepas awak call emmm saya terus pecut datang sini".

"Dan awak tahu rumah makcik saya?".

"Ummm pasal tu..saya gunakan 'kemahiran' saya untuk detect dekat mana awak sekarang.."

Tiba-tiba muncul makcik Narae dari belakang dengan wajah risaunya. Dia melihat Jungkook dari atas hingga bawah. Kacak. Dia mendekatkan diri ke telinga Seulbi.

"Suami Seulbi ke?".

Seulbi menggelengkan kepalanya.

"Makcik kenalkan ini Jungkook. Kawan Seulbi sejak sekolah tinggi. Jungkook ni makcik saya...makcik Narae".

"Annyeonghaseyo...umm makcik..saya nak 'pinjam' Seulbi sekejap boleh? Ada hal sikit nak bincang".

Jungkook memegang pergelangan tangan Seulbi tanpa amaran. Seulbi melihat tangannya dan pipi terasa hangat. Dia berharap agar Jungkook tidak nampak mukanya yang kini merah padam seperti tomato. Makcik Narae turut memerhati tingkah laku Jungkook dan mengangguk senyum.

"Makcik..Ara nak lagi kimchi tu ehh? Pakcik handsome?"

Seulbi menjongketkan sebelah keningnya kepada Ara. Pakcik Handsome? Adakah dia tidak salah dengar? Atau maybe dia dah pekak?.

"Pakcik...handsome?".

"Ye la...mama tak perasan ke? Pakcik Jungkook ni handsome? Hehe".

"CHO ARA~"

Sedikit sahaja lagi jari jemari Seulbi hendak mencubit anaknya diatas kelakuannya tadi namun Ara lebih pantas memecut semula ke dapur. Makcik Narae ketawa dan mengekori Ara dari belakang.

"Err...awak...sorry saya tak tahu pula yang Ara tu perangai macam tu..sorry...emmm segan pula saya".

Jungkook ketawa kecil. Dia menatap seketika wajah mulus Seulbi yang kini agak kemerahan.

'Cantik..'

>SKIP<

"Jadi...kenapa awak datang sini dan apa yang awak nak bincangkan?".

Seulbi dan Jungkook kini berada di sebuah pantai yang terkenal di Busan iaitu Pantai Haeundae. Kawasan tersebut hanya memeperlihatkan beberapa keluarga sahaja yang berada disitu kerana hari minggu.

"Saya risaukan awak dan Ara. Saya tak sangka benda ni boleh jadi dan saya simpati dengan apa yang terjadi.."

"It's okay...saya dah biasa dan saya terima. Awak tengok sendiri sekarang. Saya okay kan?".

Jungkook menapak ke arah Seulbi dengan kedua tangannya berada didalam poket seluar. Angin pantai meniup deras ke arah mereka.

"Awak tak pandai menipu Seulbi. Saya kenal awak dari sekolah lagi walaupun kita tak rapat. Mungkin awak boleh tipu orang tapi bukan diri awak. Saya tahu awak tak okay.. Awak rindukan dia kan?".

Suara tangisan mengejutkan jantung Jungkook. Seulbi memalingkan wajahnya kearah lain dan mengelap pantas matanya.

"Saya okay lah. Buat apa saya nak rindukan di--"

"Cry..."

Jungkook menarik Seulbi didalam pelukan.

"Cry Seulbi...i'm here with you..lepaskan kesedihan awak dekat saya. Ini sebab sebenar saya datang....sebab saya hadir...untuk isi kesedihan awak ni dengan senyuman..untuk tenangkan awak dalam pelukkan...walaupun saya bukan dia...".

Kata-kata penenang jiwa dari Jungkook membuatkan Seulbi menangis lagi. Namun kini dia menangis dalam pelukkam seorang lelaki. Dan lelaki itu bukanlah Kim Taehyung namun Jeon Jungkook.

'Dimanakah dia saat aku mahu menangis dalam pelukannya...'.
______________________________________________________

TAEHYUNG POV

Air mata yang masih bersisa aku keringkan dengan tisu. Sekarang dekat mana aku nak cari dia? Seulbi....

'I miss you damn so much..'

Aku melihat kotak pink yang berkunci di tepi laptop. Diary Ara. Diari tersebut aku ambil dan dibelek depan dan belakang. Budak ni memang suka dengan Frozen agaknya.

Kunci kecil yang tergantung ditepi mangga kecil dicabut. Aku mencuba untuk membukanya dan

Pakk!

Buku yang bersaiz A5 dikeluarkan dari kotak tersebut dan aku membuka kulit buku Frozen itu. Tulisan yang menggunakan pen glitter merah menarik perhatian .

This diary is belong to Cho Ara.
Dont you dare to open and read it. Means..dont ever touch my diary get it?! I'll cut your hand off if you do. Muah!.

Okay...ayat budak ni memang boleh buat orang lain fikir diari ni milik seseorang yang sudah dewasa. Ayat dia. Seriously dia ni agak berbeza dari Seulbi. Walaupun memiliki kecomelan yang sama namun budak Ara ni agak 'gangster' berbanding Seulbi aku yang seperti gadis Korea terakhir.

Seulbi aku..

"Only mine..."

Aku menyelak helaian yang seterusnya. Semuanya berkaitan dengan daily life dia as a student. Banyaknya mengenai Im Nana yang dia panggil.

Ahli sihir

dan budak lelaki nama Jinwoo a.k.a crush dia. HeH! Macam mana aku tau? Well ada dalam diari ni dan aku perasan yang dia selalu tengok budak Jinwoo ni dekat sekolah bila aku hantar dia. Siap jalan sekali lagi masuk dalam sekolah.

"Kecik-kecik dah pandai bab cinta ni..."

Aku menyelak lagi ke halaman-halaman seterusnya. Dan tiba di satu muka surat yang ada lukisan. Seorang lelaki yang memakai eyeliner. Macam kenal. Aku tersentak melihat nama yang ditulis dibawah lukisan tersebut.

"Ahjusshi Kim Taelien a.k.a pakcik eyeliner"

This little brat....really...
Aku menjeling ke atas dan membaca satu halaman. Mengenai aku.

Dear my Elsa...
Hari ni mama terlanggar satu kereta ni. Kesian mama sebab kena marah 😞😞 dengan pakcik tu. Dah lah pakai eyeliner. Mama cakap tu makeup perempuan. Lol pakcik tu pakai makeup. Pikir handsome? 🙉

Excuse me...aku memang handsome dan lingkaran dekat mata ni menyerlahkan lagi wajah aku yang super hot ni.

Dear my Elsa...
What?! Mamaku tersayang 😚..mamaku kena kahwin dengan pakcik tu?! For real?! Aku taknaklaaaaaa~~~ 😵

Aku tersenyum sinis. Halaman demi halaman aku baca. Semuanya mencuit hati aku.

Dear Elsa...
Hari ni mama dengan ahjusshi pelik sangat. Diorang...Diorang bersweet?! 😱😨😤 Pedih mata aku tengok tangan diorang yang berlingkar bak ular ( hiperbola betul) 😒😒dan ahjusshi tu asyik nak berkepit dengan mama! Huaaaa tu mama aku sorang!!! 😭😭

Jealous! ( ̄∀ ̄)

Dear Elsa...
Hari makin hari mama dan ahjusshi dah macam belangkas😑. Pinang dibelah dua😐. Isi dengan kuku. Ramen dengan kimchi😋. Makaroni dengan cheese😒. Tapi aku seronok tengok mama sekarang sentiasa tersenyum 😄. Kalau dulu aku serba salah tengok mama siang malan kerja tak henti-henti sebab nak besarkan aku 😔aku nak tengok dia senyum pun susah tapi sekarang...Thanks to ahjusshi😇...i still dont like him.. 😌

Aku tersenyum dan ketawa sendiri. Tiba di helaian yang terakhir aku melihat tarikh yang tercoret. Sehari sebelum semua benda ni terjadi sehari sebelum aku bertindak seperti orang yang tak ada otak.

Dear Elsa... 😳😳
Aku rasa...ahjusshi memang sayang dekat mama sangat. Dia layan mama aku dengan baik...dia caring..sampai sanggup cancel semua meeting penting dia nak jaga mama masa mama demam panas. Dia sekarang dah banyak habiskan masa dengan kami.. Sekarang aku dah jumpa..jumpa seseorang yang mampu jaga kami...jaga aku...mama. Aku dah jumpa orang yang boleh bahagiakan mama dan gembirakan mama. Aku yakin dialah orang yang paling layak untuk mama walaupun ahjusshi Jungkook lagi encem bagi aku 😂. Dan aku harap ahjusshi...no no no..
PAPA...PAPA! Aku akan panggil dia papa esok 😳😳 (malunya!) Aku harap PAPA takkan buat mama sedih dan kecewa. Aku harap papa takkan tinggalkan kami... 👪💕

PAPA...SARANGHAE🙆

Deruan air mata menitis diatas kanvas putih yang aku tatap. Ara...papa pun sayangkan Ara...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro