Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 29

"Good morning boss"

"Selamat pagi Tuan"

"Annyeonghaseyo.. .erkk"

Setiap seorang staff yang memberikan ucapan selamat pagi diendahkan dan dia meluru masuk ke dalam bilik yang tertera CEO tersebut. Rayban yang dipakai sejak keluar dari rumah dibuka sejurus melihat tiada siapa yang lalu lalang di depan bilik.

Dia melihat refleksi wajah di depan cermin yang terdapat didalam biliknya. Matanya kemerahan dan bengkak. Sekilo eyebag menghiasi bawah mata.

"Auuu...shit..".

Langkah diambil dimejanya dan punat telefon ditekan.

"Lee Dani sila cancelkan semua meeting dan appointment saya hari ni. Saya rasa tak sihat".

Tipunya kepada P.A yang berada di corong telefon.

"Errr tapi boss hari ni kita ada meeting penting dengan syarikat dari Russia untuk projek--"

"I SAID CANCEL ALL OF MEETING AND MY APPOINTMENT. GET IT?".

"Yes...saya minta maaf boss".

"It's okay..saya pun sebab tinggikan suara tadi".

"Boss?".

"Yes?"

"Ada orang nak jumpa dengan boss. Encik Jeon Jungkook".

Taehyung diam untuk seketika. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu sejak parti harijadi Ara. Mungkin dia boleh luahkan masalahnya pada Jungkook.

"Tak apa. Benarkan dia masuk".

Selepas beberapa minit, Jungkook membuka pintu sambil tersenyum kecil ke arah Taehyung namun senyum itu tidak terbalas.

"Are you okay?".

Jungkook mengambil tempat di kerusi sofa empuk dan meletakkan kunci keretanya.

"Jungkook...Seulbi dan Ara..."

Dengar sahaja nama Seulbi, Jungkook bangun dari sofa tersebut dan duduk di kerusi depan meja Taehyung. Dia mengangkat sebelah keningnya menyuruh Taehyung untuk menyambung.

"...diorang tinggalkan aku.."

"What? Apa maksud kau? Kenapa diorang tinggalkan kau?".

"Salah aku...semuanya salah aku..."
______________________________________________________

SEULBI POV

Aku melihat Ara yang sedang nyenyak tidur disebelah. Seronok je tengok dia tidur. Mungkin penat sebab dari petang semalam kami tidak sampai ke destinasi yang hendak kami tuju.

Aku melihat sekeliling bas. Cuma tinggal beberapa penumpang sahaja termasuk kami. Aku tersenyum tawar.

"Mungkin..ini yang terbaik...".

Bas berhenti menandakan kami sudah sampai. Semalaman aku dan Ara menunggu tiket bas kerana habis. Syukur penantian kami tidak lama. Akhirnya kami sampai ke tempat yang jauh daripada mereka.

"Ara..bangun sayang.. kita dah sampai".

Ara menggosok kedua mata dengan tangannya yang kecil dan membuat bibir pout. Dialah harta aku yang paling berharga. Aku taknak kehilangan dia.

"Jom?".

Selepas turun dari bas, aku memegang erat tangan kanan Ara dan sebelah lagi mengheret bagasi dan mengandungi pakaian seharian. Ara juga, mengheret beg roda Frozennya

Sambil berjalan, aku melihat alamat yang diberikan oleh Appa sebelum dia meninggal.

"Ni alamat dia...kalau perlukan pertolongan atau Seulbi rasa nak cari ketenangan pergi lah sana "

Aku fikir selepas semua ahli keluarga aku pergi, aku dah tak punya sesiap selain Ara. Aku terlupa yang aku ada seorang makcik iaitu sepupu kepada Appa yang tinggal disini.

"Pakcik!"

Seorang pakcik yang sedang mengayuh basikal aku tahan. Mungkin dia boleh tolong aku cari rumah ini.

"Pakcik..maaf menganggu. Pakcik tahu tak alamat ni dekat mana?".

"Ouhh pakcik kenal dia ni. Rumah dia tak jauh pun dari rumah pakcik. Kebetulan pakcik nak balik ni..jom la ikut pakcik nanti pakcik tunjukkan rumah dia".

Aku tersenyum lega selepas mendegar pelawaan dari pakcik ni. Badan aku ditundukkan dan mengucapkan terima kasih.

"Anak kamu ke? Comel".

"Aaaa..ya anak saya".

"Patutlah muka sama...berdua je? Ayah dia mana?".

"Ermmm...kerja.."

"Ouh...datang sini bercuti ke?".

"Boleh dikatakan macam tu...ni kali pertama saya datang. Rumah yang saya cari ni rumah makcik saya".

"Haaa kita dah sampai..ni lah rumah dia. Hujung sana rumah yang ada gerai tu rumah pakcik. Nanti jemputlah datang makan dekat situ".

"Ah..nae..kamsahamnida".

Aku melihat keadaan rumah tradisional dihadapan aku sekarang. Cantik. Ada pelbagai jenis tanaman yang ditanam. Rajin betul makcik aku sorang ni. Siap dengan batu kerikil penuh laman rumah. Rasa macam dekat Jepun pula. Aku mengetuk pintu rumah dan suara wanita kedengaran dari dalam.

"Coming!! Haihh...orang nak memasak pun tak senang".

Sebaik sahaja pintu dibuka, muncul seorang wanita tua berusia 50 lebih berbadan yang agak berisi dan rambut pendek mencecah bahu.

"Anak ni....."

"Saya Cho Seulbi..."

"Anak Kimbum dengan Jiyeong?! Ya Tuhan...lama kita tak jumpa. Hampir terlupa makcik yang makcik ada sorang anak buah...lama kita tak jumpa".

"Dah 10 tahun...sejak Hyojung meninggal".

"Hmm..jemputlah masuk.."

Ara menarik baju aku dari belakang. Aku hanya ketawa kecil melihat dia yang malu-malu.

"Makcik Narae.. ni Cho Ara. Anak Hyojung..."

"Omo! Kyeopta! Memang ikut muka kamu la Seulbi.."

Makcik Narae mencubit pipi Ara yang baru aku perasan dia semakin tembam sekarang. Kami berdua masuk selepas makcik Minrae menarik tangan aku ke dalam.

"Datang nak bercuti ya? Ke tinggal terus?".

"Ermmmm"

"Mama datang sebab bergaduh dengan Ahjusshi".

Aku terkejut mendengar suara Ara yang membatalkan hasrat aku untuk berbohong. Dahi makcik Narae berkerut sehingga keningnya seperti hendak bercantum.

"Ahjusshi? Siapa Seulbi?".

"Suami...Seulbi..."

Menyebut perkataan "suami" itu mengimbas kembali kejadian semalam. Pertama kali aku dilayan sebegitu rupa dan hati aku terasa sakit. Sekali lagi air mata mencurah keluar.

"Seulbi dah kahwin? Apa jadi sebenarnya? Seulbi? Cerita dengan makcik..."

Selepas segalanya diceritakan dari awal pengenal kami sehingga semalam, makcik Narae turut mengalirkan air matanya. Dia memeluk erat tubuh ku dan mengusap belakang aku yang terhinjut-hinjut menangis.

"Sejak appa dengan omma kamu meninggal..sejak kematian Hyojung...kamu sorang-sorang besarkan Ara...tanggung beban tanpa pertolongan...dan sekarang ditabur dengan fitnah orang yang dengki dengan kamu...makcik..makcik tak mampu buat apa-apa...tak pernah sangka ada wanita setabah kamu.. Seulbi...makcik yakin kamu kuat. Kamu dah lalui macam-macam dari dulu....sabar Seulbi...ada hikmah semua ni jadi..semua orang layak bahagia termasuk kamu...shushhh....kamu kuat".

Aku mengangguk dan  tangisanku beransur ansur hilang. Ya aku kuat. Aku boleh tempuhi semua.

"Bila makcik tengok Ara...makcik yakin yang punca kekuatan kamu sekarang disebabkan ada Ara disamping kamu Seulbi... jangan sia-siakan dia....dan Ara sayang...jangan pernah tinggalkan mama ya?".

"Nae haelmoni..."
______________________________________________________

JUNGKOOK POV

Aku memberikan renungan tajam kepada Taehyung yang kini tertunduk dihadapan aku. Buku lima digenggam rapi dan aku cuba untuk mengusir rasa marah yang kian membuak-buak.

"Jadi lepas dia mengaku yang Ara tu anak luar nikah adik dia...kau terus percaya benda lain yang si Moonbyul tak guna tu cakap?".

Dia diam.

"Kau dah lupa apa yang aku cakap dan pesan dekat kau masa parti Ara tu? Perempuan sebaik Seulbi tu susah nak dapat..kau beruntung Taehyung...aku pesan dekat kau jaga dia baik-baik. Tapi...aku tak sangka kau buat macam ni dekat dia. Percayakan orang luar lebih dari isteri kau sendiri. Kau tak fikir sebelum bertindak. Macam orang bo--"

"OKAY!!!! MEMANG!!!! MEMANG AKU BODOH SEBAB AKU TAK PERCAYAKAN DIA TAPI AKU PERCAYAKAN ORANG LUAR LEBIH DARI DIA!!! AKU BODOH SEBAB AKU TAK HARGAI DIA!!!! AKU BODOH SEBAB AKU TAK BAGI DIA PELUANG UNTUK JELASKAN SEMUANYA DEKAT AKU!! DAN..DAN AKU MENYESAL! AKU MENYESAL!!! PUAS KAU SEKARANG HAH?!!! BETUL LA AKU BODOH!!!"

Segala fail di atas meja dilempar. Aku bangkit dari kerusi dan menahan dia dari mengamuk dan mengelakkan perkara lebih buruk berlaku. Mata aku terasa hangat melihat situasi yang merentap jiwa dan raga ini.

"Kau dah kenapa?! Aku nak isteri dengan anak aku balik! Aku...."

Dia menangis.

"Aku tak boleh hidup tanpa diorang.... kenapa...kenapa dia..dia tinggalkan aku...."

"Tae....dia maksudkan bila dia cakap dia nak bagi ruang dekat kau dan dia nak cari ketenangan..tapi aku yakin dia tak maksudkan nak tinggalkan kau.. dia sendiri cakap dia cintakan kau kan? Kau tak nak cari dia? Kau nak nangis setiap hari sampai dia balik? Do something...search her and Ara..."

"Tapi aku nak cari dia dekat mana? Aku try call dia tapi dia tak angkat...mesej aku..dia tak balas....mungkin dia dah taknak aku..Dekat mana dia sekarang..."

Soalan cepumas Taehyung tidak mampu aku jawab. Aku mengutip kembali fail-fail tadi dan menunggu sehingga dia reda dari menangis.

"Tae....aku kena balik office...kau nak stay sini sorang-sorang ke? Aku risau..."

"Aku okay...maybe...tak payah risau...kau pergilah balik...aku nak bersendirian".

Selepas semuanya kembali tenang, aku meminta diri untuk pergi. Setiba sahaja di kereta, aku mengeluarkan telefon bimbit dan mencari nombor seseorang.

Seulbi

Button call ditekan. Aku mendengar deringan untuk seketika dan panggilanku dijawab. Thank God.

"Seulbi..ni saya Jungkook".

"Awak? Awak nak apa? Kalau Taehyung suruh awak call dan tanya saya dekat mana sekarang sorry saya tak boleh bagi tau..."

"Eh eh..tunggu. Tak Taehyung tak suruh saya cari awak pun....dia cerita dekat saya apa yang jadi dan saya risau dekat awak dan Ara sekarang..."

Aku mendengar keluhan kecewa dari Seulbi. Mungkin dia berharap yang Taehyung sedang mencari dia.

"Awak dekat mana sekarang? Saya nak jumpa awak...please.."

"Saya...saya dekat...Busan"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro