Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24

"Hajjima!"

Dia menjerit. Kakinya berlari laju ke arah anaknya yang dibawa pergi oleh seseorang.

"Hajjima....Ara jangan tinggalkan mama sayang.."

"Mama penipu!".

Seulbi lantas bangun dari tidurnya. Sudah berminggu dia tidur nyenyak namun kini mimpi demi mimpi buruk datang. Dan kini dia melihat sendiri gambaran anaknya meninggalkan dia.

"Ara cakap aku penipu..."

Mata dipejamkan dan kepala digeleng, jika difikir bukan-bukan nanti makin kusut dan serabut kepalanya.

Jam dinding yang bising mengeluarkan bunyi 'tik tok' dilihat. Seulbi menjeling ke atas apabila jarum jam menunjukkan bahawa dia terjaga pada pukul 1.30 pagi.

Tekak tiba-tiba terasa dahaga dan menyukarkan dia untuk lena semula. Selimut tebal putih yang berbalut dibadan ditolak ketepi. Kasut yang mempunyai kepala arnab disebelah katil disarung dengan malas.

"Nana..nanana..eh? Kenapa bilik tu bercahaya?".

Pintu bilik berwarna hijau di hujung rumah dilihat dengan rasa sangsi. Dia teringat kembali warning yang diberikan oleh suaminya sewaktu berpindah ke situ.

'Jangan sesekali kau masuk dalam bilik pintu hijau tu faham?'

Tapi disebabkan Cho Seulbi adalah salah seorang pelajar sekolah tinggi yang agak selalu tidak mematuhi peraturan sekolah dan seorang yang selalu ingin tahu tentang semua perkara, dengan selamba dia mem 'flip' kan rambutnya dan melangkah ke bilik tersebut.

"Lagi pun aku kan isteri dia..kenapa pula dia nak halang aku kan?".

Bisik Seulbi sendiri sebelum tiba di tepi bilik tersebut. Kakinya terhenti dikala di mendengar suara Taehyung dari dalam.

"Hyung...lama kita tak jumpa kan.. Tae rindu dekat hyung. Hyung semalam Tae confess dekat dia, my only wife Cho Seulbi yang Tae cerita hari tu. Luckily she loves me too".

Senyuman semanis strawberry yang dimakan bersama coklat cair terukir di bibir Seulbi. Dia yakin bahawa suaminya itu sedang berbual bersama gambar mendiang abangnya.

'Abang...aku teringin nak tengok rupa abang ipar aku..emm ngendap sikit takpe kan?'.

Seulbi tersengih kecil sambil tanganya berpaut pada tepi 'frame' pintu bilik untuk mengintai. Dia melihat dahulu susuk tubuh belakang Taehyung sebelum matanya lari ke arah potret lelaki yang bersaiz besar tergantung di hadapan suaminya.

Senyuman Seulbi luntur dan matanya terasa hangat dan berair. Mulutnya terketar- ketar dan tangannya berpeluh. Dia berlari kembali ke dalam biliknya. Laci yang disimpan barang-barang Hyojung dikeluarkan dengan rentapan.

'Tak..tak mungkin itu dia...'

Diari bercorak daun maple kering yang menyimpan seribu satu memori dan coretan adiknya diambil. Sehelai demi sehelai muka surat diselak.

'No....nooooo'.

Tubir matanya mula menakung air.

'L...L tu...Kim..Myung Soo...Kim! Kim Taehyung dan Kim Myungsoo. Ya Tuhan apa semua ni? Kenapa Kim Myungsoo yang aku cari selama ni adalah abang suami aku sendiri?!'.

Gambar adiknya bersama seorang lelaki yang serupa dengan lelaki di dalam potret tadi terlepas dari pegangan.

'Jadi...Ara adalah anak abang ipar aku...orang yang buat adik aku merana...dan tinggalkan aku sendirian.'.

Deruan air jernih tidak putus-putus keluar dari matanya.

'Macam mana aku nak teruskan hidup dengan Taehyung.. aku cintakan dia..cinta sangat..tapi dia takkan terima semua ni.. aku dah tipu dia dan keluarga dia. Ara pula..kalau dia tahu yang aku bukan mama dia yang sebenar mesti dia sedih. Awak...saya minta maaf...Mama minta maaf Ara'.

>SKIP<

"Ermmm..ahjusshi, kenapa mama tak turun-turun lagi? Dia tak nak sarapan ke? Nak Ara pergi panggil?".

"Ye tak ye kan? Selalu mama la yang paling awal bangun tapi hari ni tak keluar pun dari bilik dia".

"Yah yah yah. Aishh jjinjayo? Dia mama Ara sorang je faham?"

"But she is my wife"

Taehyung memberikan 'wink' kepada Ara sebelum meninggalkan ruang makan untuk memanggil isterinya.

"Seulbi...can i come in?"

Disebabkan tiada jawapan dari Seulbi dari dalam, Taehyung memulaskan tombol pintu dan menolaknya perlahan-lahan. Segenap ruang kamar dilihat dan matanya lari ke atas katil.

Kosong.

"Seulbi? Seulbi?"

Pintu bilik air dibuka namun tiada sesiapa pun didalam. Cemas kelihatan diwajahnya.

"Air..."

"Seulbi?"

"Panas...."

Taehyung pergi ke tepi katil sebelah kanan dan jantungkan bagai kaca terhempas ke tanah melihat Seulbi terbaring di atas lantai, memeluk tubuh dan bermandikan peluh.

"Seulbi...awak kenapa ni hah? Ouch! Panasnya..Awak demam ni..jom saya bawa awak pergi hospital okay?".

Dia mengangkat Seulbi yang masih lagi berbaju tidur itu gaya 'bridal style' dan bergegas keluar dari bilik.

"Mama?! Mama kenapa? Ahjusshi!"

"Mama demam panas. Ahjusshi nak bawa mama pergi hospital jadi Ara duduk rumah okay? Jangan lupa kunci pintu dan kalau ada orang datang ke jangan buka pintu".

"Tapi..tapi Ara nak ikut mama".

"Duduk rumah okay? Sekejap je. Kalau lama sangat nanti ahjusshi datang ambil Ara".

"Promise me you will take care of her".

"Yes i will".

TAEHYUNG POV

"Aw..ak...."

"Sabar awak...kita dah nak sampai".

"S..ay..a ok..ay.."

"Okay? Awak cakap awak okay macam ni? Awak tahu tak badan awak tu panas dia macam mana? Bahaya tahu tak? Saya sayangkan awak..."

Laju sahaja kereta aku meluncur ke tempat parking. Mujur orang masih tak ramai kalau tidak susah nanti. Aku keluar dari kereta dan pergi membuka pintu penumpang disebelah.

Seulbi yang masih tidak henti berpeluh disebelah aku tatap wajahnya. Bibirnya yang lembap merah jambu dan selalu terukir senyuman kini kering dan mengelupas. Wajahnya yang dulu mulus dan selalu 'blush' dengan sendiri kini pucat bagaikan tidak bernyawa.

Aku tidak mahu membuang masa, badannya segera diangkat.

"Doktor, nurse! Help me!"

Jeritan aku membuatkan beberapa orang nurse berlari ke arah aku dengan membawa katil. Seulbi yang menggigil ini aku letakkan diatasnya. Dahinya yang hangat itu aku kucup dengan penuh kasih dan cinta.

"Sayang..please be save...saranghae"

Aku melihat dia dibawa ke bilik rawatan. Kaki aku lemah dan melihat keadaanya tadi membuat denyutan nadi aku semakin lemah.

Dunia terasa berputar dengan laju. Aku cuba untuk berpaut pada kerusi menunggu.Tanpa disangka aku rebah dan sekeliling aku menjadi gelap. Sempat lagi aku mendengar jeritan yang penuh dengan kejutan.

"Encik?! Bring the wheeled stretchers! Someone is faint here".





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro