Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

SEULBI POV

8.58 a.m!! Fuh nasib baik sempat jejak kaki dalam office ni klau tak apa yang aku nak jawab dekat boss yang superb garang tu. Aku berjalan menuju ke meja. Malasnyaaaa.

Tiba-tiba kejadian tadi bermain seperti movie dalam kepala aku.  "Huwaaaaaaahhh!!!".

Aku menghempaskan muka ke meja. Sakit la bodoh. Okay aku yang bodoh. Aku merasakan kehadiran seseorang dibelakang aku. Kepala aku dismack dengan fail.

"Hey..kau dah gila eh? Kau nak patahkan leher kau tu ke?". Okay biar aku kenalkan mamat yang panggil aku gila ni. Nama dia Jin. Bukan jin aladdin tu okay?.

Aku mengganggukkan kepala. "Ya...aku gila. Aku dalam masalah sekarang ni"

Dia menarik kerusi dari mejanya dan duduk dihadapan aku. "Okay okay..cer kau bagi tau apa masalah kau?".

"Pagi tadi sebelum aku datang office...aku tak SENGAJAAAA langgar kereta orang dan kereta tu bukannya murah encik abang oi...lamborghini..." .

Mata Jin membesar macam kucing. "What?! Really Seulbi? Macam mana kau boleh pergi 'tak sengaja' langgar kereta orang tu? Mesti orang kaya dia kan?".

Aku menjeling Jin bila sampai part 'tak sengaja' tu dan mengganguk. "Agaknyalah...dengan sut bagai".

"Wuuu...~~ sah mamat tu handsome ann?" Jin mengangkat kening berulang kali kearah aku. Tampar kang.

"Handsome la..agaknya..TAPI! perangai diaaaa ya ampun!!! Annoying gilos". Aku menarik rambut yang tadi disikat rapi sehingga menjadi kusut.

"Yeah..orang macam diorang tu memang semuanya annoying. Kau tahu nama dia?"

Aku mengeluarkan kad berwarna biru tadi dari handbag. So..dia ni CEO huh? CEO saja tapi nak repair kereta pun minta dari orang.

"Kim Taehyung".

____________________________________________________________________

"Yah Cho Ara. Siapa benarkan kau duduk dekat sini?".

Ara menghembuskan nafas denan perasaan menyampah. Kepala yang sebentar tadi diletakkan diatas meja kini diangkat.

"Tak ada siapa but...this is my place so apa masalah kau?". Dia kini berdepan dengan bekas kawan baiknya iaitu Im Nana.

"Hah..aku nak duduk sebelah Jinwoo jadi baik kau blah sekarang".

Ara tersenyum sinis dan mengangkat begnya. "Fikir aku nak sangat ke nak duduk dekat sini? Choii".

Jinwoo, pelajar lelaki yang duduk disebelah Ara terpinga-pinga melihat rakan semejanya duduk dibelakang.

"Baik pelajar..tolong duduk ditempat masing-masing. Ara kenapa kamu duduk belakang?".

"Saja"
Ara tersengih kepada gurunya dan dia membaling seketul pemadam tepat ke kepala Nana apabila gurunya mula menulis dipapan hitam.

"Hey!! Siapa baling?".

"Im Nana jangan jerit di dalam kelas. Okay hari ni cikgu akan edarkan kepada kamu surat perjumpaan waris dan guru. Sila berikan surat tersebut kepada waris kamu ya?".

"Nae!!" Jawab semua pelajar didalam kelas kecuali Ara yang sedang termenung seorang diri.

'Mesti mama tak dapat datang sebab busy...kan best kalau ada papa'.

____________________________________________________________________

"Errghh". Seulbi mengeliatkan badan ke kiri dan kanan. Kini semua perkerja sudah mula keluar untuk makan tengah hari.

BZZZ BZZZ.

Mata Seulbi beralih ke telefonnya tak bergetar diatas meja. Tanpa melihat id pemanggil, dia terus menjawab dengan malas.

"Seulbi here"

"Oh...puan Seulbi". Mata yang tadi kuyu kerana mengantuk kini terbuka luas setelah mendengar suara pemanggil tersebut.

"Aku pemilik kereta yang kau langgar tadi". Sambungnya dengan suara sombong tahap infiniti.

"Ouhh yaa..yaa.." Tergagap-gagap Seulbi bersuara.

' Tolong jangan letak harga tinggi...please..jangan..' Seulbi berdoa dalam diam.

"Siapa call?" Sampuk Jin yang lalu dengan segelas air. Seulbi menunjukkan kad sambil membuat muka menyampah.

"Pasal kereta tu...kau perlu bayar sebanyak 2369190.00 won "

Mulut Seulbi ternganga luas seperti rahangnya hendak jatuh.

"What the! Ba.. ban..nyak tu sekali? Yahh!!"

"Kalau kau tak bayar kau tahu kan apa yang aku akan buat?" Lelaki tersebut mengugut dan mematikan panggilan.

Seulbi menundukkan wajah sambil meletakkan telefon diatas meja dengan perlahan. Jin yang risau melihatnya mengudurkan kerusi dan memegang bahu Seulbi.

"Seulbi..kau okay tak? Kenapa dia-"

"ANNOYING BASTARD!" Jerit Seulbi. Dia menumbuk meja dan bangkit dari tempat duduk sehingga kerusinya terjatuh. Jin sudah bersedia untuk membuka langkah seribu namun Seulbi pantas menarik kolar baju Jin dari belakang.

"DIA SURUH AKU BAYAR KEROSAKAN KERETA DIA DENGAN HARGA SAMA MACAM GAJI AKU UNTUK  SETAHUN!!.

Hampir pekak Jin kerana Seulbi menjerit ditelinganya. Dia memejam rapat matanya kerana jeritan perempuan tersebut.

"Oh Seulbi telinga aku...aigoo.." .

"APA YANG AKU NAK BUAT NI?!!! MANA AKU NAK DAPATKAN DUIT SEBANYAK TU!!!!"

BZZ BZZ

"HAA!! TU MESTI DIA CALL LAGI! MESTI NAK UPKAN LAGI BAYARAN". Seperti Hulk dia berjalan ke mejanya.

"Hello?! Kau nak apa lagi?"

"Mama......".

"Ouhh sorry Ara..mama tengah panas ni. Fuhh hangit. Ara dah lunch?"

"Dah. Mama balik malam kan? Macam biasa kan? Malam ni kita jumpa dekat kedai pizza yang selalu kita pergi tu boleh?"

"Boleh. Lepas mama habis kerja, mama terus ke sana okay dear?"
"Nae mama..okay annyeong~~ take care mama".

"You too honey..". Sejuk sikit hati Seulbi selepas mendengar suara anak kesayangan.

"You too honey~~~" ejek Jin yang mencuri dengar perbualan mereka. 

"Sibuk jelah."

"Kau tak terfikir nak kahwin lagi ke Seulbi? I think Ara need a father why not you get marry again?"

Seulbi mengeluh dan bangun dari kerusi. "Kau dari dulu asyik tanya soalan yang sama je kan? Kau tahu kan aku ni-

"Kau rasa kau sorang je dah boleh jaga Ara kan? Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana? Siapa nak tengokkan anak kau? Dah lah Seul jom pergi lunch. Aku lapar ni".

Seulbi mengekori Jin dari belakang. Walaupun nampak tenang, dalam fikirannya hanya memainkan kata-kata Jin sebentar tadi.

'Betul juga...kalau jadi sesuatu dekat aku.. Ara macam mana?'
____________________________________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro