Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 13

"Mana Ara?"
Taehyung meletakkan sehelai kertas berwarna hitam yang agak tebal, satu marker berwarna silver dan satu lagi yang berwarna keemasan di depan Seulbi.

Seulbi melihat apa yang diletakkan oleh Taehyung.
"Uh? Dia tido kenapa?".

"Kau bagi dia tido petang?"

Seulbi hanya mengangkat kedua bahunya dan cuba untuk tidak melihat pandangan Taehyung.

"Ummm..apa perjanjian yang kau cakap tu?"

"Well...we need to put some rules between us..kau tak tengok drama ke?"

Seulbi melihat Taehyung dengan riak muka tidak percaya.
'Seriously? Pengaruh drama betul...tapi...yah...whatever'

Dia melihat Taehyung sedang menulis sesuatu di atas kertas hitam tersebut menggunakan marker berwarna silver tadi.
Belum sempat Seulbi hendak mengambil telefonnya, sehelai kertas hinggap dimuka nya.

"Okay...nah rules number 1"

'Omai...mamat ni memang tak ada perasaan betul..nasib baik kertas kalau dia -'

"Adoii!!"

Kini marker tadi muka dibaling tepat kedahi. Nafas Seulbi sudah turun naik macam seekor lembu jantan. Nasib baik dia mampu mengawal kemarahan kalau tak memang jadi kimchi lah makhluk didepannya. Seulbi mengambil kertas yang terjatuh ke atas lantai dan melihat isi yang tertulis.

Taehyung ketawa sinis. "Yang kedua kau tambah..lepas tu aku.."

Seulbi mengambil marker dan mula menulis.

>SKIP<

Seulbi mengambil menutup suis dapur gas. Mukanya kelihatan tidak berpuas hati dengan sesuatu. Sesuatu diantara perkara yang paling dia tak suka.

'As a woman..aku memang tak sangka dapur dia cuma ada makanan segera...bertin...masak 3 minit semua ni. Aku ingat lelaki yang kaya ceo macam dia tu makan sedap-sedap tapi..hmm'
Tiba sahaja satu idea timbul di benak fikirannya. Senyuman sinis tergantung dibibir.

"Mama!!!!!!!"

"MAMA!!!"
Ara hampir sahaja tergelincir sewaktu berlari ke dapur.Rambutnya kusut dan matanya merah kerana baru sahaja bangun dari tidur.

"Ya? Kenapa ni?"
Seulbi melutut didepan anaknya yang sudah hendak menangis. Tangannya mencapai rambut Ara dan diusap dengan perlahan.

"Mama!! Chi...chi..chichi...hilanggg...hik! Hik!"

"Shhh..shh...macam mana boleh hilang? Bukan Ara bawak chichi masuk bilik ke masa nak tido tadi? Dah cari betul betul ke sayang....ada ni...jom mama teman Ara cari"

Ara menggelengkan kepala berulang kali dan tangisannya semakin kuat.

"Ani...Ara...ar..a dah cari hik! Dah!! Tak jumpa!! Ma...ma hik!"

Taehyung muncul dengan memegang satu tin botol air bergas. Dia dengan teragak-agak berjalan kearah mereka berdua. Air tin tadi diletakkan diatas meja makan.

"Awak..awak nampak kucing dia? Awak dari mana dengan.. berpeluh ni?"

"Jogging?"

Mata Seulbi membulat. Dia segera berlari kearah pintu rumah yang terbuka luas. Selepas beberapa saat, Taehyung datang dengan memegang Ara yang masih menangis.

"Awak!! Awak tak tutup pintu ni ke tadi? Aishhhh mesti kucing dia dah lari keluar. Kucing kalau baru lagi dekat kawasan lain mesti dia tak dapat cari jalan balik awak tahu tak? Awak ni teruk laaa"
Seulbi menarik tangan Ara dari genggaman Taehyung.

"Errr...aku..kenapa kau nak marah aku pula? Siapa suruh kucing tu keluar? Rumah aku suka hati la aku nak tutup pintu ke tak..."

Belum sempat Seulbi hendak memprotes, Ara terlebih dahulu berganjak dan menumbuk-tumbuk tangan Taehyung dengan tangan kecilnya.

"Haaa!!! Pakcik eyeliner jahat!!! Chichi hilang!! *tumbuk* pakcik jahat!!! *tumbuk* hik! Ma..maa!!"

Seulbi merangkul anaknya kedalam pelukkan. Dia sempat memberikan jelingan maut kepada Taehyung yang kelihatan serba salah.

"Ara..Ara..pakcik..pakcik minta maaf okay? Pakcik akan cari Chichi sampai jumpa"
____________________________________________________________________

SEULBI POV

"Ara..Ara..pakcik..pakcik minta maaf okay? Pakcik akan cari Chichi sampai jumpa"

Seulbi mencebik mengingati apa yang dicakap oleh suaminya. Seekor udang disumbat kedalam mulut.

"Pukul 7.30 petang dah ni..mana diorang ni"

Tiba-tiba sahaja matanya terlihat 'surat perjanjian' yang dibuat oleh mereka.

"Rules konon...heh! Rules la sangat.."

RULES#1 by KTH:  Mind your own business

RULES#2 by CSB: NO KISS at lips anymore.

RULES#3 by KTH:  NO KISS  anymore kecuali di pipi. Cuma depan orang lain.

RULES#4 by CSB:  Jangan babitkan saya dengan publisiti murahan

RULES#5 by KTH: Buat macam kita ni lovely couple depan semua orang.

RULES#6 by CSB: Be a good father to Ara

RULES#7 by KTH:  NO LOVE

RULES#8 by CSB: NO LOVE

"Yeah...no love"

FLASHBACK

"Kenapa kau tulis balik rules yang ketujuh tu?"

Seulbi menutuk semula marker pen dan senyum kepada Taehyung.

"Well...untuk kepastian."

Taehyung merampas kertas yang sedang dipegang oleh Seulbi. Hampir sahaja perjanjian mereka dijadikan kipas kertas oleh Seulbi.

"Kepastian?"

"Kepastian yang...benda tu takkan berlaku" 

Taehyung berjaya menelan semula ketawa yang sudah hampir tersembur.

"Kau..kau fikir aku akan jatuh cinta dekat kau ke? Lawak jugak kau ni rupanya. You're not my taste Cho Seulbi"

"You're not not not not ever ever ever everrrrrr be my taste Kim Tae-"

Taehyung bangun dan duduk disebelah Seulbi. Dia merapatkan dirinya dengan dekat dan semakin dekat sehingga Seulbi tersandar dihujung sofa. Jarak wajah mereka kini tinggal hanya beberapa inchi sahaja.

"Kau...yakin ke yang kau...tak ada apa-apa perasaan dekat aku?"

Geleng.

"Kau..yakin yang kau lansung tak terpikat dengan aku" 

Geleng.

Taehyung menjauhkan dirinya dari Seulbi dan bangun dari sofa.

"Kau jangan risau. Aku akan pastikan yang perkahwinan ni cuma sebab mama dan papa aku dan Ara.. oh..aku nak ingatkan kau jangan masuk bilik yang pintu warna hijau tu."

Seulbi hanya mengangguk setuju. Wajahnya masih kelihatan pucat kerana terkejut dengan tindakkan Taehyung tadi.

"Aku takkan lepaskan kau kalau perasaan tu ada"

END OF FLASHBACK

"Apa maksud dia?"

"Seulbi?"

"Takkan lepaskan aku?"

"Mama"

"Aku tak faham"

"SEULBI"

"MAMA?"

Lamunan aku terhenti setelah satu suara yang agak tegas tapi kedengaran risau memanggil nama aku. Sebaik sahaja aku menolehkan kepalanya kekanan,

ZAPP

Hidung aku dengan tidak sengajanya terkena hidung si Taehyung ni. Dengan automatiknya aku melompat jauh darinya. Muka aku mesti macam cengkerang udang galah sekarang. Aduh macam mana ni. Aku mengangkat muka untuk melihat reaksi Taehyung.

Dia menyisir rambutnya dengan tangan dan anak mata kami saling berpandangan. 

"Ssor..ry..err..." 

Akibat kerana aku rasa macam jantung ni nak meletup, aku terus meminta maaf dan masuk kedalam bilik dan menguncinya. Kepala terus diletakkan keatas bantal dan aku menarik selimut sehingga menutup seluruh badan termasuk kepala. Aku cuba untuk menenang degupan jantung yang semakin rancak berdegup.

"Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok".

____________________________________________________________________

SORRY bab ni agak random dan boring. Thanks for reading ^~^


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro