Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔒Special Chapter🔓

🌻

Satu tahun kemudian..

“Mama!” Jeon Stephanie yang merupakan anak sulung Ariel terus berlari mendapatkan mamanya sebaik kelibat itu terlihat memasuki rumah. Terus saja Ariel tundukkan badan lalu mengendong anaknya itu.

“Sayang mama. Maaflah lambat balik..” lembut saja Ariel berkata sebelum mencium pipi Stephanie. Kanak- kanak kecil itu menggeleng kecil tanda tidak apa- apa sebelum mencium pipi Ariel.

Mata Ariel meliar memandang ke ruang tamu dan mendapati Jungkook sedang duduk diatas sofa tanpa memandang atau menegurnya, langsung. Ariel sudah tarik sengih. Majuklah tu.

“Kenapa dengan papa, sayang?”

“Papa kata nak tunggu mama balik. Ma, tadi papa bising. Dia bebel sebab mama balik lambat hari ni..” adu Stephanie dengan bibir yang muncung sambil dia berbisik- bisik. Ariel cuma tersenyum. Dia menjeling pada jam didinding, jarum pendek 30 minit lagi nak masuk jam 10:15 malam.

“Tak apalah, sayang naik atas dulu. Nanti mama tidurkan lepas pujuk baby beshar ni.” kata Ariel merujuk kepada Jungkook. Lelaki itu memuncungkan bibirnya, gedik sikit. Stephanie cuma menurut, dia turun dari gendongan Ariel sebelum berlari untuk mencium Jungkook disofa.

Lelaki itu hanya akur dan ciuman di pipi diberikan pada Stephanie, anak perempuannya. Stephanie melangkah naik ke tingkat atas selepas mengenyitkan mata pada mamanya.

Ketika Ariel melabuhkan punggung di tempat kosong disamping Jungkook, lelaki itu alihkan pandangan memandang ke kaca televisyen yang sedang memaparkan Movie Iron Man itu. Wajahnya masih masam seperti tadi. Haih.

“Kenapa ni, hubby?” soal Ariel. Jungkook tidak merespon, dia tetap kaku memandang televisyen.

“Cakaplah sesuatu, hubby. Kalau awak diam macam ni, macam mana masalah nak selesai-”

“Kenapa balik lambat?” soal Jungkook, mendatar. Langsung wajah Ariel ditepi dia tak pandang. Hem, merajuk betul dia ni. Lengan Jungkook dicuit perlahan.

“Kan saya dah cakap waktu kerja saya tak menentu? Hari ni memang saya nak balik awal, but ada meeting yang perlu saya hadiri. Dua kali meeting sebab Yumi tertindih jadual saya. Nak tak nak saya terpaksa buat. Awak janganlah macam ni..” pujuk Ariel, tapak tangan Jungkook dia sentuh perlahan. Lelaki itu mengeluh.

Kali ini dia tidak boleh mengelak lagi, dia hadapkan wajahnya pada Ariel namun masih dengan ekspresi wajah masamnya.

“Sayang tahu tak kenapa saya minta sayang balik awal?” soal Jungkook dan Ariel menggeleng. Sumpah dia tak tahu!

“Tak apalah, sayang naik ataslah dulu. Tukar baju, mandi. Nanti kita bincang..” perlahan, Jungkook menuturkan ayat tersebut. Ariel buat muka pelik, entahlah Jungkook kebelakangan ni asyik nak moody je. Tak fahamlah.

“Saya naik atas dululah. Lepas saya tidurkan Hanie, baru saya pujuk awak semula.” kata Ariel. Jungkook tidak membalas. Ariel keluh perlahan sebelum mengangkat punggung naik ke tingkat atas.

Sebaik pintu bilik mereka terbuka, hidungnya disapa dengan wangian bunga rose serta kelopak bunga rose yang diatur kemas dari pintu menuju ke katil.

Dua batang lilin dipasang pada meja lampu dan katil mereka dihiasi dengan kelopak bunga rose yang dikemaskan menjadi bentuk hati. Ariel tarik senyum, tahulah dia bahawa Jungkook mahu berdua dengan dia malam ini.

Ariel geleng kepala, dia lepaskan baju pejabat sebelum mandi dan memakai nightgown berwarna putih. Rambut hitamnya yang panjang dilepaskan. Ariel cuma senyum sebaik melihat penampilannya di pantulan cermin. Dia menapak keluar dari bilik sebelum masuk kedalam bilik Stephanie.

“Hanie, sayang?” panggil Ariel. Kanak- kanak itu bingkas bangun dan sedikit terpana melihat mamanya.

“Mama..”

“Hem?” Ariel melangkah masuk kedalam bilik lalu duduk dibirai katil. Kanak- kanak itu tersenyum, pipi Ariel dia sentuh menggunakan tapak tangan kecilnya.

“Mama nampak cantik malam ni.” puji kanak- kanak kecil itu. Ariel senyum sebelum mengangguk kecil. Dia baringkan stephanie perlahan sebelum mendodoi perlahan kanak- kanak itu hingga tertidur. Bila Stephanie sudah tidur, dia keluar dari bilik kanak- kanak itu dengan langkah yang kecil agar tidak menganggu lenanya. Langkah diatur pula ke ruang tamu.

“Jungkook?”

Jungkook masih lagi sama, tidak merespon. Matanya difokuskan pada televisyen, namun bila Ariel duduk ditepinya. Hidungnya terbau minyak wangi lavender yang buatkan Jungkook melirik Ariel dari ekor mata. Dia menelan liur, jantungnya berdegup kencang.

Best tak movie ni, Jungkook?” soal Ariel, rambut diselitkan pada telinga.

“Ha, be- best jugaklah.” tergagap Jungkook menjawab. Tak sangka Ariel boleh secantik itu malam ini. Dengan nightgown putih yang labuh dan longgar namun dimata Jungkook Ariel nampak sangat anggun malam ini.

“Sa- sayang..” panggil Jungkook, Ariel toleh ketepi, wajah Jungkook yang mulai merah dipandangnya. Pipi lelaki itu dia sentuh menggunakan satu tapak tangan sebelum dia senyum.

“Kenapa?”

“Eung.” Jungkook tarik tapak tangan Ariel, lalu pandangannya dikunci untuk memandang anak mata coklat cair milik isterinya itu. Bibirnya diketap.

“Sayang em.. tadi.. tadi Hanie cakap nak a- adik baru.” kata Jungkook tersekat- sekat. Melihatkan senyuman manis yang terukir pada bibir Ariel buatkan degupan jantung Jungkook bertambah kencang.

“Hanie yang nak ke, awak yang nak?” soal Ariel mengusik. Merah muka Jungkook jadinya.

“Hanie-lah yang nak. Betul apa..” kata Jungkook perlahan. Ariel ketawa kecil, comel lah Jungkook ni.

“Awak decorate bilik?”

“Em..”

“Pandai awak buat. Cantik.” puji Ariel, Jungkook diamkan diri. Ariel menyandarkan kepalanya pada kepala sofa seraya matanya tak lepas memandang Jungkook. Lama mereka berpandangan sesama sendiri sampai Ariel mengangguk perlahan, tanda memberi green light pada Jungkook.

“Saya janji lepas ni saya akan jaga sayang, Hanie dan future baby kita ni baik- baik.” bisik Jungkook sebelum dahi Ariel dia kecup lembut dan penuh kasih sayang. Ariel cuma mengangguk. Kecupan Jungkook turun dari dahi, kelopak mata, pipi hingga dia berhenti di bibir merah milik Ariel.

I love you, sayang..” bisiknya sebelum bibir Ariel dipagut lembut.

Jeon Jungkook, lelaki sewaan itu kini menjadi milik aku seorang, hanya milik Ariel Lee seorang.

Thank you for having me in your life, Jungkook. Thank you so much, hubby.





Bye!

Cast;

Jeon Jungkook

Jeon Stephanie

Ariel Lee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro