Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7🔒

🌻

Jungkook mencelikkan anak matanya perlahan- lahan. Benda pertama yang dia pandang adalah siling berwarna kelabu. Dia masih berada dalam bilik hotel rupanya. Jungkook menoleh ke kirinya, tak ada langsung kelibat Ariel, isterinya itu.

Perlahan- lahan Jungkook duduk bersila diatas katil.

"Ahh awak dah bangun?" Gemersik saja suara seorang gadis menyapa halwa telinganya. Siapa lagi kalau bukan Ariel, isterinya itu? Jungkook yang masih mamai hanya mampu buat muka pelik dengan dahi yang berkerut kecil.

Ariel senyum kecil, Jungkook nampak comel bila mamai macam tu. Dia bergerak ke Jungkook lalu meraup rambut hitam Jungkook yang sedikit serabai dengan tangannya lembut. Jungkook tetap diamkan diri.

"Bangun tau, lepas tu kemas barang awak. Kita akan ke ke rumah saya lepas ni. Make sure tak ada apa yang tinggal" ucap Ariel. Jungkook angguk kecil, Ariel melarikan tangannya pada rambut Jungkook lalu bergerak ke meja kecil. Fail berwarna merah dia masukkan kedalam begnya. Itu merupakan fail penting yang papa titipkan kepadanya semalam.

"Dah.. jam berapa?"

"Jam 7:27 pagi." Jawab Ariel, dia masih lagi ligat menyusun pakakiannya ke dalam beg pakaian. Jungkook mengeliat kecil. Figura Ariel dipandangnya dengan pandangan lembut.

"Maaf tau sebab tak temankan awak semalam, ada cousin saya dari amerika datang lambat, jadi saya terpaksa luangkan masa dengan mereka. Yalah, bukan selalu mereka datang sini. Bual punya bual sampai tak sedar dah nak pagi. Maaf ya, Jungkook?" Tutur Ariel perlahan. Dia benar- benar rasa bersalah.

Yalah, walaupun Jungkook hanya suami sementara-nya. Dia masih mempunyai peranan sebagai isteri dan Jungkook wajib untuk dihormati. Tidak wajar untuknya menidakkan kehendak Jungkook.

"Tak apalah, saya faham. Nasiblah saya tertidur, kalau tak habislah saya diserang rasa sakit"

"Eh, kenapa pulak?" Dahi Ariel berkerut, pelik.

"Yalah, sakit sebab rindukan awak"

Melebar senyuman Ariel jadinya. Dia menggelengkan kepalanya lalu sambung menyusun pakaian semula. Jungkook membetulkan rambutnya, dia duduk di birai katil sebelum berdiri menghampiri gadis itu.

"Awak minum kopi tak? Saya minta room service sediakan kopi dan teh panas. Awak minumlah"

"Err saya tak minum kopi, saya lebih suka banana uyu" ujar Jungkook buatkan Ariel menoleh kearahnya.

"Laa yeke? Tak apalah, saya call room service semula dan minta mereka hantarkan banana uyu untuk awak-"

"Ehh tak apa-"

"No excuse" kata Ariel. Jungkook hanya akur, dia memerhati gerak geri Ariel dari ekor matanya.

"Semalam berbual dengan cousin sampai pagi?"

"Ya.."

"Jadi tak tidurlah ni?" Soal Jungkook. Ariel mengangguk kecil, Jungkook buat muka tak suka. Dia bergerak merapati ke Ariel.

"Nanti awak tak cukup tidur, tak baik untuk kesihatan"

"Saya tahu-"

"Kalau tahu kenapa buat?" Pinggang Ariel ditariknya menjadikan jarak diantara mereka menjadi rapat. Gadis itu langsung tidak menolak, Ariel hanya tersengih sebelum posisinya dibetulkan.

"Risaulah ni pasal saya?"

"Mestilah saya risau, awakkan isteri saya-"

"Jungkook, tak ada apa yang perlu dirisaukan pada saya. Saya okay, sayang. Lagipun saya dah biasa, don't worry, okay?" Ujar Ariel seraya pipi Jungkook ditekupnya menggunakan kedua belah tapak tangan. Bibirnya membentuk sebuah senyuman.

"Betul ke dah biasa? Nanti jatuh sakit macam mana?"

"Awakkan ada, boleh jaga saya" bisik Ariel serentak buatkan bibir Jungkook melebar kerana senyuman. Mereka memandang satu sama lain sebelum akhirnya Jungkook memilih untuk menjarakkan diri kerana dia tak mahu benda lain terjadi.

"Em, saya mandi dululah."

"Okay"

...


"Wait a minute, awak memandu?" Soal Jungkook seraya melepaskan straw banana uyu dari mulutnya. Ariel mengangguk kecil. Dia ketawa kecil bila lelaki itu buat muka tak percaya seraya berkali- kali memandang kereta Marcedes Benz warna hitam dihadapannya itu.

"Yalah, kenapa?"

Ariel menekan punat kereta lalu pekerja hotel memasukkan beg pakaian mereka ke tempat duduk belakang. Jungkook menelan liur.

"Masuklah, tutup mulut tu, nanti masuk lalat" tegur Ariel buatkan Jungkook termalu sendiri. Dia melangkah masuk kedalam perut kereta dengan perasaan megah.

"Em, kita nak pergi rumah siapa sekarang?"

"Ke rumah sayalah. Mulai hari ini, saya akan jaga awak, lupakan segala diet dan penjagaan badan awak tu. Awak dibawah jagaan saya sekarang." Kata Ariel buatkan Jungkook rasa benar- benar dihargai. Yalah, selama ini yang lain hanya mengharapkan layanannya saja, tidak mahu tahu langsung perasaannya.

Em.

Ariel mulai menghidupkan enjin kereta lalu dengan megahnya, kereta Mercedes Benz berwarna hitam tersebut memandu keluar dari perkarangan hotel tersebut. Gerangan wartawan yang setia menunggu di luar hanya dapat mengambil gambar kereta saja, orangnya pula tak ada.

"Thank you"

"Untuk apa?"

"Sebab tak layan saya sekadar barang sewaan awak." Tutur Jungkook. Ariel membuat muka tak suka.

"Jangan cakap perkataan barang sewaan tu. Ianya tak wujud, bagi saya awak suami saya. Jadi jangan rasa kekok bila dengan saya. Boleh?" Kata Ariel sedikit sebal.

"Boleh aje, sayang"

Ariel menoleh sekilas sebelum menggelengkan kepalanya. Dia terus memandu ke destinasi yang ingin dituju. Iaitu rumahnya.

.

.

💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro