Bab 48🔒
🌻
“Auch!”
Taehyung meringis sakit bila ubat sapu yang Aurora letakkan pada pipinya yang lebam itu sedikit menyengat. Hilang macho dia sebab itu tahu?
“Ahh, I'm sorry..” bisik Aurora, meminta maaf kerana berfikir yang dia sudah terkasar dengan Taehyung. Lelaki itu menggeleng perlahan, mahu menjelaskan bahawa itu bukan salahnya.
Sejak dari Aurora menyapu ubat pada pipinya hinggalah selesai, pandangan Taehyung terkunci pada wajah Aurora yang dirasakan sangat rapat dengannya. Jantungnya berdebar kuat.
“What?” soal Aurora. Pelik dengan pandangan Taehyung terhadap dirinya. Taehyung mengalihkan pandangan, sedar yang dia sudah melebihi batas.
“Kenapa buat macam tu dekat Jungkook?”
“Tak- tak ada apa- apa.” jawab Taehyung, laju. Dia cuma mahu mengelak dari membahas topik tersebut.
Kalau ikutkan hati, dia memang tidak mahu bertengkar dengan Jungkook hari ini. Namun dia terlalu mengikut perasaan sampai dia melepaskan satu tumbukan pada Jungkook.
“Apa yang tak ada?”
“Erk. Em, a- aniya..” Taehyung mengalihkan pandangan. Dia sedaya upaya mahu mengelak dari berpandangan empat mata dengan Aurora walaupun hakikatnya dia tahu dia akan kalah. Mata Aurora terlalu menggoda, mata birunya itu. Terlalu cantik untuk dilihat dan rugi jika dilihat sekali saja.
“Em. Kalau macam tu, sa-saya pergi dululah. Nak balik hotel dulu sebab nak mandi.” kata Aurora jujur. Susah payah dia belitkan lidah mahu memperbetulkan perkataannya dalam bahasa korea.
Taehyung mengetap bibir, baru saja Aurora hendak berdiri. Dia sudah menarik lengan Aurora membuatkan gadis itu kembali terduduk. Bila Aurora sudah jongket kening, Taehyung mula gelabah lepaskan pegangan.
“What's wrong?”
“I- I like you.”
Aurora terdiam. Taehyung menundukkan kepala, malu. Didalam fikirannya sekarang dia berharap agar Aurora membalasnya dengan perkataan yang sama.
“Taehyung, how old are you actually?”
“I'm 23-”
“Then, I'm 3 years older than you!” kata Aurora, sedikit terkejut. Bercinta dengan lelaki lebih muda dari dirinya bukanlah perkara yang pernah dia bayangkan. Dia bukan tak mahu tapi bukankah lelaki muda lebih manja sedangkan dia seorang yang sensitif?
“Em, I'll think about it. B- bye.” laju saja Aurora mengangkat punggung sebelum melangkah pergi dari situ. Taehyung mengeluh perlahan.
Walaupun dia nampak terlalu cepat sekarang, namun dia memang tidak mahu menunggu lama lagi. Jika cintanya dengan si adik tidak berjaya, biarlah cintanya dengan si kakak berterusan sampai ke jinjang pelamin.
Harap- haraplah..
...
“Home sweet home, sayang!” kat Jungkook sebaik pintu rumah villa tersebut dia bukak luas. Ariel dipersilahkan masuk lagak seperti seorang puteri iaitu Jungkook sanggup menundukkan tubuhnya, demi Ariel-lah katakan. Ariel ketawa kecil, dia tepuk lengan Jungkook perlahan.
“Jomlah masuk” lengan Jungkook ditarik bila lelaki itu masih kekal berdiri diluar walhal Ariel sudah dua langkah masuk kedalam. Jungkook sengih kekok, dia hanya menurut. Ariel melabuhkan punggung diatas sofa manakala Jungkook naik ke tingkat atas untuk meletak beg pakaian.
Drt drt!
Telefon pintar Ariel bergetar menandakan ada mesej masuk. Ariel menggesel butang hijau. Mesej dari Hana, kawannya yang mengatakan bahawa dia tidak dapat datang nak lawat aku hari ini, flight dia ontime ke Jerman hari ni. Ariel hanya membalas bahawa dia faham.
“Sayang..” lembut saja panggilan Jungkook pada Ariel saat itu. Gadis itu mendongak, Jungkook yang sedang berdiri ditepi kerusi dia pandang sambil tersenyum.
“Kenapa, hubby?”
“Em..” teragak- agak Jungkook mahu mengatakan hasratnya. Ariel menarik lengan Jungkook agar duduk disisinya. Lelaki itu cuma akur, namun belum ada tanda- tanda dia ingin mengucapkan sesuatu.
“Kenapa?”
“Saya.. nak jadi suami awak betul- betul” pinta Jungkook, dia tundukkan wajah, malu. Ariel jongket kening, apa selama ni dia jadi suami Ariel main- main ke? Ariel memeluk lengan Jungkook sebelum dia rehatkan kepalanya dia bahu Jungkook.
“Awak memang dah jadi suami saya pun Jungkook..” bisik Ariel. Jungkook menggeleng kecil.
“Bukan, sa- saya tak nak jadi suami sewaan awak lagi. Saya nak jadi suami yang betul, suami yang dapat jaga isteri dia dengan baik. Makan dan minum serta beri kebahagian. Sa- saya pun nak jadi suami dan ayah yang baik untuk anak kita kelak. Saya nak jaga awak betul- betul, tak main- main dah..” terang Jungkook seraya menarik lengan Ariel lalu mengecupnya perlahan.
Gadis itu tersenyum, pipi Jungkook dia tekup. Dia suka Jungkook berkata seperti itu, dia cuma suka.
“Baiklah, hubby-ya. Saya izinkan awak jadi suami saya, suami yang paling terbaik dari yang terbaik. Awak jagalah saya, Jungkook. saya hanya milik awak seorang..” kata Ariel. Dia mengecup dahi Jungkook buatkan lelaki itu mengemam bibir. Terharu.
Dia diberi peluang untuk mencintai dan dicintai untuk kedua kalinya. Kerana kali ini, cintanya itu utuh didalam sebuah ikatan perkahwinan. Kalau dia tidak menemui Ariel, atau gadis itu tidak menyewanya. Dia tidak mungkin akan berada disini, dihadapan gadis itu, kan?
“Saya akan jaga awak baik- baik, kali ini. Sebagai seorang suami, bukan sebagai pelayan.”
Ariel tersenyum, dia kecup bibir Jungkook lembut.
Thank you, sayang, bisik Jungkook didalam hati.
.
Sikit lagi ni. Sabar ye?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro