Bab 42🔒
🌻
Jungkook mengeluh berat, hari ini dia merasakan kekosongan sekali lagi. Dua hari tanpa Ariel disisi buatkan Jungkook seperti lelaki yang kehilangan isteri walhal dia sendiri yang memilih untuk menjarakkan diri dari Ariel buat sementara waktu. Ianya adalah untuk memadam perasaannya terhadap gadis itu.
Keputusan yang tak bijak, desis Jungkook dalam hati kerana dia tahu. Makin dia cuba jarakkan diri dari Ariel, makin menebal rasa cinta, sayang dan rindunya untuk gadis itu.
Jungkook mengeluh berat. Dia bangun dari pembaringannya sebelum rambutnya yang kusut masai dia raup kebelakang. Jungkook merancang untuk bertahan selama seminggu dan kalau dia masih tidak boleh melupakan Ariel, dia akan cari jalan lain.
“Hubby- yaa”
Panggilan itu buatkan bibir Jungkook tak semena- mena mengukir senyum lebar. Ariel memang pandai mengambil hatinya.
Jungkook melangkah longlai menuju ke dapur, peti sejuk dibuka. Banana uyu dicapai dan dituang kedalam cawan. Matanya digosok. Kenapa dia asyik nampak bayangan Ariel sedangkan gadis itu tidak ada disini?
“Argh! Tak boleh jadi ni!” dengus Jungkook, banana uyu diteguk sekali.
“Kena lupakan dia, sekejap je. Jebal, jebal, jebal..” Jungkook melangkah ke ruang tamu lalu merebahkan tubuhnya diatas sofa empuk. Kusyen dicapai lalu dipeluk.
“Ariel sayang, why is it so hard for me to forgets you?” bisik Jungkook, lengan diletakkan diatas dahi.
Dia betul- betul merindukan Ariel..
Sangat..
Jungkook mengiring ke tepi, dia memandang dinding yang berwarna putih tersebut. Tanpa diduga, satu frame gambar yang digantung berhampiran dengan televisyen terlepas dari tempatnya dan pecah berderai diatas lantai.
Bingkas Jungkook bangun, kawasan pecahan frame gambar dia dekati. Jarinya menyentuh kaca tersebut dengan berhati- hati namun tak sangka jarinya mulai berdarah kerana terhiris pecahan kaca. Jungkook meringis sakit. Dan disaat itu dia berasa tidak sedap hati.
“Awak tak risau ke kalau ada apa-apa yang berlaku pada saya, Jungkook?” kata- kata yang diucap Ariel padanya berputar dikepala. Dia tidak sedap hati.
Sayang, you'll be okay, right?
...
“Em, Puan..” Yumi, selaku assistance Ariel takut- takut hendak memberitahu bahawa ada tetamu yang tak diundang sedang menunggu Ariel di luar.
“What's wrong, Yumi?”
“Em Puan, Ada Cik Nadine kat luar. Katanya dia nak jumpa Puan. Mustahak. Em, Puan nak saya panggil sekuriti untuk halau dia ke atau..”
“No, don't do it. Just let her in.” arah Ariel, laporan kewangan yang baru dihantar tadi pagi dia letakkan ditepi. Yumi mengangguk faham lalu keluar. Perhatian Ariel tertumpu pada pintu pejabatnya yang terbuka, muncul Nadine disana.
Kali ini gadis itu cukup sopan mengetuk pintu bilik kerja Ariel bukan seperti kali pertama mereka berjumpa, main redah je pejabat orang macam syarikat ni bapak dia punya.
“Nadine, kenapa datang jumpa saya ni?” soal Ariel lembut sebelum berdiri dari duduknya. Nadine mengetap bibir, tapak tangannya digenggam.
“Saya datang nak berbaik- baik..” ucap Nadine.
“Saya minta maaf sebab layan awak teruk hari tu. Saya tahu saya tak patut dan awak boleh ambil Jungkook kalau awak nak. Maaflah kalau buat macam Jungkook tu barang..” kata Nadine seraya menundukkan wajah. Jari jemarinya bermain dengan tapak tangannya.
Ariel tersenyum. Dia melangkah merapatkan diri dengan Nadine sebelum berdiri betul- betul dihadapan gadis itu. Nadine dongakkan wajah.
“Tak apa, saya faham. Lagipun, kita berdua ni sama- sama perempuan. Awak pun tahu kan perasaan tak suka berkongsi kasih tu? Saya bukannya tamak Nadine, kalau awak minta berkongsi apa- apa dengan saya. Saya akan berikan, but not Jungkook.” terang Ariel. Nadine mengangguk faham. Ariel tersenyum, dia menarik Nadine kedalam pelukan.
Teragak- agak Nadine mahu membalas pelukan Ariel kerana hatinya masih penuh dengan kebencian dan tak puas hati terhadap Ariel. Namun, dia perlulah menggunakan istilah setan bertopengkan manusia, tak ke fun, tu?
Ariel meleraikan pelukan. Nadine senyum fake.
“Kita bercakap dekat luar, boleh?” ajak Ariel, Nadine hanya mengangguk menyetujuinya.
Ketika mereka beriringan mahu menuruni tangga kecil yang terletak diluar pejabat, Nadine tanpa diduga menolak Ariel yang ketika itu berada dihadapannya. Staf- staf yang berada disitu terkejut besar dan serentak mendapatkan Ariel. Nadine berlari keluar setelah berpuas hati dengan kerjanya.
“Cik Ariel!”
“Call ambulans sekarang!” jerit Yumi yang menyaksikan kejadian tersebut. Ariel sudah pengsan dipangkuannya.
Tangga yang kecil dan rendah nampak tidak memberikan efek yang besar untuk gadis itu namun Ariel mengalami pendarahan teruk, dan ada darah mengalir
pada celah kangkangnya..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro