Bab 4🔒
🌻
Jungkook berguling- guling diatas katilnya, dia tidak dapat tidur dengan lena sejak berjumpa dengan gadis itu. Dia akui yang bakal isterinya kali ini memang benar- benar mempersonakan. Dia ingin mengenal gadis itu lebih lagi.
"Ariel.."
Jungkook mengeluh berat. Dia tahu, jatuh hati pada pelanggannya merupakan satu hal yang salah. Tapi ini bukan soal hati, ini soal mengapa gadis itu tampak terdesak memerlukan khidmatnya sebagai suami sementara walhal dia masih boleh mencari lelaki lain, yang kaya, bahkan kacak.
Sudah 2 hari sejak kejadian itu, tiada sebarang makluman lagi dari gadis itu. Kata nak kahwin, tapi tak pernah nak calling- calling lagi. Haih.
Ting tong!
Bel banglo kecil Jungkook berbunyi menandakan ada orang datang. Dengan langkah yang malas, Jungkook bangun lalu melangkah ke pintu utama. Dia terkebil- kebil sebaik melihat gerangan orang yang ada didepannya ini. 2 orang lelaki bersut hitam dengan kaca mata.
"Maafkan saya, Tuan Jungkook. Cik Ariel mengarahkan kami untuk membawa Tuan Jungkook ke butik hari ini. Baju tempahan perkahwinan Tuan perlu dicuba dan dibaiki kalau- kalau ada sebarang kecacatan. Saya harap Tuan faham dengan kehendak Cik Ariel" kata lelaki bertubuh tegap tersebut. Jungkook termangu seketika.
Ohh wow, selalunya, watak perempuan yang akan dijemput macam ni. Tapi kali ini, terbalik pula.
"Ohh, kejap ya. Saya bersiap dulu" laju saja Jungkook berlari ke tingkat atas untuk menukar baju. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan pakaian kasual lalu bergerak masuk kedalam kereta hitam tersebut. Ketiga mereka bergerak ke destinasi yang dituju.
Butik NR Collection menjadi butik yang terpilih untuk Ariel menempah pakaian kahwin mereka. Jungkook melangkah turun dari kereta dan diiringi oleh lelaki bersut hitam tadi. Jungkook menjadi kekok bila dia disapa pula dengan pekerja wanita yang menunduk kearahnya sebaik pintu butik terbuka.
Jungkook menggosok lehernya, sungguh dia tak biasa.
"Tuan Jungkook, sila ikut sini" kata pekerja wanita tersebut lalu membawa Jungkook ke fitting room yang berukuran besar. Sebesar bilik hotel 5 bintang. 6 helai tuxedo berwarna hitam berlainan rekaan dihidang didepan matanya. Jungkook menelan liur. Nampak mahal dan kualitinya sangat tinggi.
"Tuan, ini rekaan pertama saya. It's black and white for sure cause you can see it from the way I design the pocket. This fabric is high quality, it from Turkey-"
"Maaf, em. Ariel kat mana?" Soal Jungkook bila tidak ada kelibat bakal isterinya didalam butik tersebut.
"Ouh, I'm sorry, Tuan Jungkook. Miss Ariel tak dapat datang hari ini sebab ada hal dan kerja yang patut Miss buat. Jadi Miss minta saya layan Tuan Jungkook, dan try baju yang Tuan nak" terang pekerja wanita yang menerangkan perihal rekaannya kepada Jungkook tadi. Riak kecewa terpancar di wajah Jungkook.
"Ohh, tak apalah. Awak boleh teruskan"
"Terima kasih Tuan. Okay, seterusnya.."
Jungkook mengeluh perlahan, rasanya kehidupannya selepas ini akan kosong kerana isterinya sendiri seorang yang sangat sibuk.
Haih.
...
"Bagus, layan dia baik- baik"
Ariel mematikan panggilan telefon sebaik papanya mulai bergerak masuk ke dalam dewan mesyuarat. Hanya mereka berdua saja yang akan ber- meeting hari ini. Sebab apa? Sebab itulah!
Tuan Lee hanya melirik ke anak gadisnya sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi khas untuk CEO itu. Ariel melangkah merapati meja lalu duduk di salah satu kerusi, selang 2 kerusi dari papanya.
"Jadi, macam mana persiapan kahwin?"
"Almost done. 70%" jawab aku lalu meletakkan phone diatas meja. Lelaki itu tersengih. Dia sandarkan tubuh pada kerusi. Keningnya terjongket.
"Kamu tak benarkan papa masuk campur dalam perkahwinan kamu, kenapa?"
"Bukan saya tak benarkan, papa yang sendiri sibuk. Ariel tak boleh cari jalan lagi untuk papa luangkan masa sama- sama uruskan wedding Ariel. Yang papa boleh buat hanyalah, datang ke majlis tu, sebagai papa Ariel. Boleh?" Kata aku. Aku sebenarnya sedih, ayah aku bukan seperti ayah orang lain. Dia selfish.
"Ya, itupun kalau papa tak sibuk"
Jawapan selamba papa buatkan aku mengetap bibir. Geram. Huh! Tidak bolehkah dia ketepikan hal kerjanya sementara?
"Ariel tak nak jadi macam Kak Aurora. Papa tak pergi wedding dia langsung. Ariel tak nak macam tu.."
"Dia sendiri yang cari masalah, papa pun ikut sajalah kepala dia" jawab papa. Aku mengeluh, memang dari dulu Papa dan Kak Aurora tak sekepala. Mereka sering kali bergaduh entahlah sebab apa.
"Papa nak berkenalan dengan bakal menantu papa-"
"Tunggu kahwin nanti"
Tuan Lee menyinis.
"Kenapa? Kamu takut dia akan bongkarkan apa yang kamu buat di belakang papa? Ariel, segala apa yang kamu buat, papa tahu semuanya." Kata Papa buatkan aku mengetap bibir lalu menelan liur paksa. Betullah, Papa yang aku kenal, dah banyak berubah.
"Papa tahu apa je?"
"Ariel, ini papa. Papa tahu semua yang kamu tak tahu.."
Aku mulai rasa seram sejuk. Jadi sebab inilah Kak Aurora lari ke US?
.
.
Papa jahat?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro