Bab 3🔒
🌻
Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celahan langsir buatkan Jungkook terbangun dari lenanya. Jungkook merenung siling beberapa saat sebelum duduk bersila diatas katil. Matanya digosok mengunakan jari. Kemudian dia menggeliat kecil.
"Huwaa"
Lega pulak rasanya bila dapat bangun pagi tanpa dengar suara- suara berteriak bingit membangunkannya dari tidur. Yalah, dah berminggu dia tak tidur lena disebabkan bekas isteri dia yang sedikit complicated tersebut. Silap hari bulan, tercabut telinga sebab asyik dibebel.
Jungkook menyelak selimut lalu bergerak duduk di birai katil, phonenya di buka. Ada satu pesanan dari SRD, mungkin jadual baru dirinya pula. Sekali lagi dia menggeliat kecil, lalu phone dia bawa turun ke lantai tingkat 2 menuju ke dapur.
Air mineral dikeluarkan dari peti sejuk lalu dituang kedalam gelas putih. Sedang elok Jungkook meneguk airnya, telefonnya pulak berdering. Laju saja tangannya menggesel butang hijau sebelum phone dilekapkan pada telinga.
"Ahh bos, ada apa?"
Jungkook bergerak ke sinki lalu mencuci wajah kemudian dia ke peti sejuk semula, banana uyu dicapai lalu dibuka.
"Kamu kena sewa sekali lagi"
"Cepatnya, selalunya nak dekat 4 bulan lebih baru ada yang sudi nak menyewa saya. Tak apalah, dia nak sewa saya berapa hari?" Soal Jungkook, dia mengambil tempat diatas kerusi meja makan.
"Bukan hari, Jungkook"
"Habis tu? Seminggu? Dua minggu?" Dahi Jungkook mulai berkerut hairan. Yalah, kaya sangat ke orang yang nak sewa dia tu? Sewaan paling lama pun dengan isteri ke- 2 selama 1 bulan. Yang ini berapa pulak?
"Dia nak sewa kamu lama sikit, 3 bulan"
Bersembur banana uyu dari mulut Jungkook bila mendengarnya. Gila! Tahu tak yang sewa yang diletakkan padanya ada 5 ribu? Kalau seminggu dah 35 ribu, sebulan dah 130 ribu. Kalau tiga bulan? Dah 450 ribu! Anak siapa yang terdesak sangat ni?! Seminggu dua dahlah!
"Jangan main- mainlah bos. Mana ada orang mampu nak sewa saya selama itu.." kata Jungkook lalu tergelak kecil. Bos ini, mentang- mentanglah dia baru habis tempoh sewaan dengan perempuan itu, dah loyar buruk pulak dah!
"Jungkook, saya tak main- main. Perempuan yang nak sewa kamu kali ini bukan orang biasa- biasa. Dia anak usahawan terkaya di Korea, Harold Lee, Pemilik Syarikat LE Holding's. Dia anak jutawan"
Jatuh rahang Jungkook jadinya. Nasiblah dia sempat menelan susunya tadi. Kalau tak, dah melimpah keluar dari mulut. Jungkook mulai diterpa rasa yang pelik. Macam mana anak jutawan itu tahu akan kewujudan dia?
"Bos, dia.. nak sewa saya atas alasan apa?"
"Itu saya tak tahu, kalau kamu nak tahu lebih lanjut, kamu kena jumpa dia hari ni. Jam 10, di R&B Restaurant di Seoul. Jangan lambat"
Titt!
Jungkook masih lagi memegang phonenya. Bibirnya diketap, apahalnya anak jutawan itu hendak menyewanya selama 3 bulan? Penting sangat ke? Selama ini, perempuan yang menyewanya hanya untuk mencuba mengalami alam perkahwinan dan cuba untuk membuatkan pihak lain cemburu.
Tapi yang ini?
Huh, tak tahulah apa masalah yang satu ini.
...
Jungkook mulai tidak senang duduk, dia melirik ke jam tangannya. Sudah lewat 30 minit ini, batang hidung gadis itu langsung tidak dia lihat sama sekali. Inilah sebabnya dia tak suka menunggu, penantian merupakan satu hal yang menyakitkan.
Baru saja Jungkook berura- ura mahu melangkah pergi, kelibat seorang gadis dengan pakaian kasual iaitu kemeja putih dengan seluar panjang hitam menarik perhatiannya. Gadis itu memandang kiri dan kanan restoran sebelum tersenyum kearahnya. Gadis itu dengan cepat melangkah kearahnya.
Jungkook sedikit terpesona, betulah apa yang bos cakap. Gadis ini bukan gadis yang biasa- biasa. Bila gadis itu sudah ada didepan mata pun, Jungkook tak berhenti- henti memandang. Wajah putih mulus dengan mekap tipis itu benar- benar membuatnya terpukau.
"Maaf sebab buat awak tertunggu- tunggu. Jalan jam tadi, tambahan lagi saya ada meeting kejap. Maafkan saya, ya?"
Jungkook tersentak. Dia menggeleng kecil sebelum meminta gadis itu untuk duduk.
"Jadi awak, pelanggan saya?"
Gadis itu hanya tersenyum lalu mengangguk kecil. Dia memandang kiri dan kanan sebelum mengatakan namanya.
"Saya Ariel Lee, selamat berkenalan!"
Jungkook menarik senyum. Nampaknya dia tak salah memilih pelanggan, gadis itu tidak nampak terlalu mengongkong.
"Dah lama tunggu?"
"Taklah lama mana pun" jawab Jungkook. Rasa tak puas hati sebab kehadiran lambat gadis itu sudah reda akhirnya.
"Sebenarnya saya lari tadi"
"Huh? Lari dari siapa? Ada orang nak culik awak ke?" Jungkook menyoal risau. Yalah, yang duduk didepannya ini merupakan anak jutawan, mustahil orang tak ada niat nak menculiknya. Dahlah cantik!
"Aniya, saya larikan diri dari bodyguard. Hehee" Ariel sengih kecil, cuba menghilangkan rasa janggalnya.
"Owh.."
"So, pasal perkara ni." Ariel membetulkan cara duduknya. Wajah lelaki itu dipandangnya.
"Saya akan siapkan semuanya, awak jangan risau. Tempahan baju, dewan kahwin, kad undangan dan hotel dah saya siapkan semuanya. Yang awak perlu buat adalah hadir ketika majlis tu dan jadi suami saya selama 3 bulan." Terang Ariel.
Ada riak keraguan dalam wajah Jungkook. Yalah, gadis didepannya ini nampak sangat muda, takkanlah dah desperate sangat nak kahwin?
"Tapi kenapa?"
"Kenapa apa?"
"Awak sewa saya selama itu? Saya mahal dan untuk apa?" Soal Jungkook. Wajah gadis itu dipandang, Ariel senyum segaris sebelum dia mengeluh.
"Awak akan tahu lepas kita kahwin nanti. Dan ya, pasal sewa awak, 450 ribu won saya dah bank in dalam akaun awak"
Hampir terlopong mulut Jungkook jadinya. Mana tidak, gadis itu tampak tenang seakan 450 ribu won bukanlah besar mana pun.
"Awak.."
"Saya harap awak faham saya. Saya betul- betul perlukan khidmat awak. Tolong saya, boleh?" Ujar Ariel separuh merayu. Jungkook mengeluh kecil. Akhirnya dia mengangguk.
"Yes! Thank you Jungkook, saya sayang awak!" Kata Ariel sebelum melirik ke jam tangan di pergelangan tangannya, matanya membulat sebelum gadis itu berdiri dari duduknya.
"Jungkook, saya kena pergi. Jumpa lagi!" Ariel melambaikan tangannya sebelum berlari keluar dari restoran Jungkook. Jungkook terpinga-pinga. Sibuk sangat bakal isteri dia kali ini.
Ting!
+08881212
- sebanyak 450 ribu won telah dimasukkan kedalam akaun anda hari ini.
"Ariel.. this is too much"
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro