Bab 27🔒
🌻
Selepas selesai rehatkan diri, mandi dan makan malam, ketiga- tiga mereka berkumpul diruang tamu untuk menonton televisyen.
Halmonie memang seorang yang peramah, dari A sampai Z dia tanya, latar belakang sampailah dari keluarga.
"Sabarlah Ariel, cucu halmoni ni memang manja sangat. Macam ulat bulu je halmoni tengok. Hisy, hisy" tegur halmoni bila Jungkook tidak berenggang langsung dengan aku. Kalau duduk pun, mesti lengan dia melingkar dekat bahu, kalau pergi dapur mesti dia ada kat belakang juga. Hem. Ariel cuma senyum.
"Tapi, bila halmoni teliti, muka kamu ni Ariel, macam sama dengan gadis yang Jungkook pernah bawa dulu, tapi dia bukan siapa- siapa kan Jungkook? Cuma chingu kamu.." kata Halmoni, serentak buatkan Jungkook terkaku sekejap. Ariel menghela nafas, dia sudah mengagak perkara seperti itu akan berlaku.
"Halmoni tak ingat pula namanya siapa, tapi dia hampir serupa dengan kamu, kawan sekerja Jungkook, kan?" ucap Halmoni lagi. Ariel alihkan pandangan seraya menghirup teh susu yang baru dituang kedalam cawan.
"Ahh itu cerita lamalah, halmoni.." jawab Jungkook seraya menggosok lehernya, sedikit kekok. Halmoni cuma senyum. Jungkook sudah rasa serba salah, yalah, menyesal pula dia tak terangkan perkara tu tersebut pada Halmoninya. Hem, halmoni manalah tahu apa- apa.
"Ariel sayang, kerja apa?" soal Halmoni, lembut saja pertanyaannya buatkan sesiapa yang mendengar rasa tertarik untuk mengenalnya lebih rapat.
"Ariel kerja kat pejabat, halmoni. Handle syarikat papa.." jawab Ariel. Halmoni tersenyum. Dia melirikkan matanya pada jam besar di dinding sebelum meletakkan cawan tehnya diatas meja.
"Halmoni naik kejap, siapkan bilik untuk kamu berdua. Berbuallah, ya?" kata Halmoni sebelum melangkah mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Kedua mereka membisu, hanya suara televisyen sahaja yang memecah kesunyian tersebut.
"There's something you want to say?" soal Ariel seraya menghirup teh yang masih berbaki setengah didalam cawan. Mendengarkan itu, Jungkook cepat- cepat berpaling, wajah gadis itu dipandang dari tepi.
"I'm sorry, okay?"
"Siapa perempuan tu?"
"My first wife, maksud saya, my ex first wife" jawab Jungkook bila Ariel mengecilkan anak matanya sebelum menghembuskan nafasnya, berat. Dia letakkan cawan diatas meja lalu mulai mengemas pinggan berisi biskut. Jungkook hanya memerhati.
"I'm going to explain it more to you if you want, but not here.." jelas Jungkook seraya mengikuti Ariel masuk kedalam dapur. Gadis itu tidak menjawab, dia letakkan cawan atas sinki sebelum mula membasuh cawan- cawan yang digunakan. Jungkook menahan lengan Ariel sedikit menggenggamnya.
"Jungkook.. I admit that I'm a jealous person, how can you deal with that? Bercakap pasal benda ni, mungkin tak asing bagi awak, tapi bagi saya ianya menyakitkan."
"Halmoni saya tak tahu apa- apa.."
"Mian.." balas Ariel sebelum menyedari bahawa sudah ada Halmoni disitu. Cepat- cepat dia beredar selepas mengucapkan selamat malam kepada wanita itu lalu naik ke tingkat atas. Jungkook menghela nafas, dia muncungkan bibir bila terpandangkan halmoni.
"Aigoo, kamu berdua bergaduh?"
"Aniya.."
Jungkook menuntun halmoninya ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung diatas sofa.
"Isteri Jungkook tu sensitif, halmoni."
"Pergilah pujuk.." balas Halmoni. Jungkook memandang ke atas seperti berfikir sebelum dia tersenyum. Dia berdiri kemudian melangkah naik ke tingkat atas selepas mengucapkan selamat malam.
Tok! Tok!
"Sayang, boleh saya masuk?" tanya Jungkook. Tidak ada sahutan dari Ariel. Tanpa banyak ragam, dia menolak daun pintu dan mendapati Ariel sedang duduk di birai katil dan mereka berpandangan seketika sebelum Jungkook perlahan- lahan melangkah masuk kedalam bilik lalu berdiri dihadapan pintu. Stastik.
"I'm sorry about being too sensitive about this.."
"Ahh, tak apa sebenarnya.." jawab Jungkook seraya tersenyum menampakkan bunny teethnya. Dia melangkah ke katil lalu duduk disamping gadis itu. Kekok rasanya. Mereka tak pernah tidur sebilik sebelum lagi ini, yang adapun hanya sekali, itupun di hotel. Tapi waktu tu, Ariel tak ada. Hem.
"So, sayang tak nak tidur?"
"Awak tidurlah dulu, saya kena siapkan laporan untuk esok. Good night.." ucap Ariel lalu mengangkat punggung. Tindakan gadis itu buatkan Jungkook sedikit berasa kecewa, dengan sepantas kilat dia menarik lengan Ariel buatkan gadis itu berdiri tepat dihadapannya.
"Em.. t- tak boleh buat esok, ke?"
"Esok, saya kena buat benda lain." jawab Ariel sekali lagi Jungkook muncungkan bibir, dia lingkarkan lengannya pada pinggang gadis itu. Ariel menyentuh pipi Jungkook sebelum merapatkan wajahnya. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.
"Okay, okay. I'll let you go now.." kata Jungkook, sedikit terkejut dengan perbuatan Ariel yang pada bila- bila masa sahaja boleh buat jantungnya berdegup tak berentak tanpa tidak diduga.
"Hug me when you done.." usik Jungkook sebelum ketawa. Ariel cuma tersenyum.
"Sure.." jawab Ariel. Jungkook terjeda seketika, melihatkan bibir Ariel yang sudah senyum kecil buatkan Jungkook resah. Dia rebahkan badannya atas katil.
Duh! Kau jangan main- main Jungkook!
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro