Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26🔒

🌻

"Ta daa! Kita dah sampai pun sayang!" ceria saja nada suara Jungkook ketika kereta berhenti didalam halaman rumah kayu yang berukuran saiz sederhana. Rumah kampung yang luas dan cantik luarannya.

Ariel mendiamkan diri, dia meneliti kawasan luar rumah tersebut, kemudian senyum kecil. Dia rindu nak balik kampung, tapi kampung dia bukanlah kampung macam ni, dia orang bandar, jadi mestilah keturunan dia semua tinggal dibandar, kan?

"Jom, keluar. Awak greet halmonie saya dulu sementara saya bawa beg pakaian masuk" ucap Jungkook sebelum melangkah keluar. Tanpa diminta dia membukakan pintu kereta untuk Ariel seraya tersenyum lebar. Gadis itu melangkah turun, dia tahan lengan Jungkook.

"Kita greet sama- samalah.." ucap Ariel seraya menundukkan wajah. Jungkook senyum kecil.

"Malu eah?" usik Jungkook, hidung Ariel dia cuit perlahan. Ariel membalas dengan muncungkan bibir. Tepat ketika mereka ingin memanggil empunya rumah, seorang wanita paruh baya keluar dari rumah tersebut. Wanita tersebut terdiam sebelum dia melangkah laju merapati kami.

"Jungkook! Cucu halmonie!" ucapnya lalu menarik Jungkook kedalam pelukan. Aku dapat lihat Jungkook tersenyum bahagia dari tepi.

"Kamu pergi mana, hah? Tak balik Busan setahun lebih? Tahu tak halmonie terlalu rindukan kamu?" katanya sebaik pelukan terlerai lalu memukul punggung Jungkook. Lelaki itu hanya ketawa, dia kesat air matanya yang mengalir perlahan.

"Jungkook kerjalah halmonie, sekarang Jungkook dah balik, kan? Halmonie patut senyum, happy tak?" soal Jungkook. Wanita itu mengesat pipinya, dia tersenyum. Matanya melihat kearah Ariel serentak buatkan gadis itu menunduk tanda menyapanya.

"Siapa dia, Jungkook?" soal Halmonie, dia sudah tersenyum- senyum sendiri seakan tahu jawapan apa yang akan diberikan Jungkook padanya nanti.

"Ini isteri Jungkook, Halmonie. Ariel lee, kenalkan.." bisik Jungkook. Halmonie senyum lebar sebelum menarik Ariel kedalam dakapannya sekejap lalu pelukan dileraikan.

"Cantik orangnya, Jungkook. Pandai kamu pilih isteri, dahlah mari kita masuk, kita makan dulu. Kamu berdua tentu belum makan, kan? Halmonie masak kejap, masuklah ye? Buat macam rumah sendiri" katanya lalu melangkah masuk kedalam rumah, meninggalkan Jungkook dan Ariel di halaman rumah.

"Comel, kan halmonie saya?" soal Jungkook seraya menjongketkan keningnya pada Ariel. Gadis itu tersenyum lalu mengangguk kecil, menyetujuinya.

"Sayang okay, tak?"

"Apa yang tak okay-nya?"

"Manalah tahu, sayang tak biasa dengan enviroment kampung yang macam ni.." kata Jungkook buatkan riak wajah Ariel berubah. Gadis itu berpeluk tubuh, dia pandang arah lain. Jungkook tepuk dahi, salah cakap lagi!

"Sayang, i'm sorry.."

"Awak buat lagi"

"Tak boleh ke kalau awak jangan cakap pasal benda ni didepan saya lagi? Kita sama- sama manusia, berpijak pada bumi yang nyata, kalau awak nak cakap pasal pangkat dan darjat, cakap dengan orang lain, jangan cakap dengan saya" ujar Ariel sebelum melangkah masuk kedalam rumah.

Jungkook mengeluh berat, apalah masalah kau ni Jungkook? Sikit- sikit nak cakap pasal selesa ke tak. Hisy!

"Sayang, wait for me!"

Jungkook mengejar langkah kaki Ariel yang sudah masuk kedalam rumah.

Di satu sudut, Ariel sedang berdiri di almari yang tersimpan banyak gambar yang disematkan di bingkai- bingkai gambar yang pelbagai saiz. Tekun dia meneliti gambar sampai matanya terhenti pada satu keping gambar berukuran kecil, gambar kanak- kanak lelaki sedang tersenyum sambil memakai topi cowboy. Ariel tersenyum, comel.

"Saya tak pernah berubah, kan sayang?" tegur Jungkook dari belakang. Ariel hanya memandang dari ekor mata.

"Apa yang tak pernah berubah?" soal Ariel. Jungkook tersenyum bila Ariel masih mahu berbicara dengannya.

"Saya kacak dari dulu sampai sekarang, kan sayang?" ucap Jungkook seraya mengenyitkan matanya. Ariel menjeling refleks Jungkook memegang dadanya. Auch menusuk ke jantung hati.

"Sayang.. I'm sorry, saya tarik balik apa yang saya cakap tadi. Saya janji tak cakap pasal tu lagi dan pasal yang semalam. Awak boleh terus sayangkan saya, kalau itu yang awak nak" ucap Jungkook perlahan, dia sentuh lengan Ariel lalu menarik tapak tangan gadis itu.

"Sayang.."

"Kalau awak ungkit pasal ni lagi, saya tak nak layan awak!" ucap Ariel. Jungkook tersenyum, dia angkat tapak tangan.

"Saya janji tak ungkit dah, i'm promise" Jungkook jongket kening. Ariel tersenyum.

"Macam nilah isteri saya, bertambah cantik kalau senyum." usik Jungkook, Ariel siku perut Jungkook buatkan lelaki itu ketawa.

.

.

Hem..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro