Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21🔒

🌻

"Tolong inform pada Encik William yang hari ni, saya tak dapat datang atas sebab masalah peribadi" ucap Ariel kepada PA-nya dalam talian, phone masih lagi melekap pada telinganya sementara satu lagi tangannya membelek- belek fail tender bewarna merah tersebut.

"Ya, cakap dengan Encik William saya akan berjumpa dengan dia lain hari untuk berbincang dengan lebih lagi pasal tender tu. Okay, terima kasih" kata Ariel sebelum menamatkan panggilan.

Ariel mengeluh berat. Hilang mood dia nak ke pejabat hari ni disebabkan kejadian pagi tadi. Haih.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu bilik kerjanya menyedarkan Ariel. Dia hanya 'masuklah' kepada Jungkook dan kemudian pintu dibuka luas. Muncul Jungkook dengan satu dulang berisi susu coklat.

"Em.. saya menganggu ke?"

"Aniya.." jawab Ariel sebelum rambut diraup kebelakang. Jungkook melangkah masuk kedalam, dulang minuman diletakkan atas meja sebelum Ariel dihampiri.

"Sayang tak kerja hari ni?"

"Tak, saya ambil cuti. Sakit kepala" jawab Ariel, pandangannya pada tumpukan fail sedikitpun tidak dilarikan, dia perlu memastikan fail tersebut tidak mempunyai sebarang kecacatan memandang PA- nya tidak ada disini.

Jungkook mengangguk kecil, sebuah rubik kecil yang berada atas meja Ariel dicapai lalu dibeleknya suka hati.

"Maaflah kalau sebab saya, awak tak pergi kerja hari ni" tutur Jungkook. Sejujurnya dari dalam kereta lagi dia sudah rasa bersalah sebab mood Ariel sudah lain macam. Buktinya, sepanjang perjalanan balik rumah, Ariel langsung tidak membuka mulut.

"Saya tak cakap itu salah awak,kan? So, chill. Bukan masalah besar pun, cuma menyakitkan hati" jawab Ariel, phonenya dibelek, dan memo dibuka. Dia perlu catatkan perkara yang dia tangguhkan hari ni supaya tak lupa esok- esoknya.

"Sayang.." panggil Jungkook lalu rapatkan diri dengan gadis itu hingga jaraknya menjadi sangat rapat buatkan Jungkook boleh menghidu wangian minyak wangi Lavender dari jenama terkenal didunia itu. Kembang kempis hidung dia. Jungkook kembali menjarakkan diri.

"Heum?"

"Kalau saya tanya, awak jangan marah tau?" ucap Jungkook sebelum bibirnya dikemam. Sedikit bimbang kalau- kalau soalannya boleh sakitkan hati Ariel. Ariel menjedakan aktivitinya seketika.

"Awak nak tanya apa?"

"Tentang awak dengan dia.." ucap Jungkook buatkan Ariel menghela nafas berat.

"Kenapa dengan dia?"

"Berapa lama dah awak dengan dia?" soal Jungkook. Ariel terdiam sejenak, dia berdiri dari tempat duduknya sebelum melangkah ke rak fail.

"About three years"

"Serapat apa awak dengan dia?" soal Jungkook sebelum mengetap bibir. Dia tahu yang soalan dia tu soalan yang sangat tak patut untuk ditanya. Ariel menghela nafas, fail yang dicapainya tadi diletakkan semula atas rak sebelum dia putarkan tubuh menghadap Jungkook.

"Awak nak tahu serapat mana saya dengan dia?" giliran Ariel pulak menyoal sambil perlahan- lahan kakinya melangkah merapati Jungkook. Lelaki itu menelan liurnya. Kini Ariel sudah berdiri tegak dihadapannya.

"Ariel.."

Jungkook terkesima bila Ariel menolak perlahan tubuhnya buatkan dia tersandar pada meja kerja gadisnya. Jantungnya sudah berdegup kencang, wajahnya mulai merah. Mahu menghalang, tapi lidahnya terasa kelu, dia seperti bersedia dengan apa yang Ariel akan lakukan padanya.

Ariel melingkarkan lengannya pada leher Jungkook, buatkan jarak wajah mereka bertambah rapat. Jungkook sudah tidak tentu arah, pelbagai perasaan yang dia rasakan ketika ini. Semuanya bercampur. Ariel adalah punca mengapa dia jadi sangat resah sekarang ini.

"Can you imagine how close we are? It's look this.." bisik Ariel sebelum dia tundukkan wajah. Pelukannya pada leher Jungkook mulai longgar.

".. but now, we've tear apart and far from each other. Jadi hubungan serapat ni, menjadi jarak yang macam ni.." Ariel jarakkan diri, namun belum pun sampai dua langkah Jungkook kembali menarik Ariel, lengannya melingkar pada pinggang Ariel dan kali ini Ariel pula yang terduduk diatas meja. Menganti posisi mereka.

"But.. that will never happen to us" balas Jungkook. Mereka saling merenung satu sama lain dan akhirnya buatkan Jungkook tersedar. Cepat- cepat dia jarakkan diri dari gadis itu.

"Ahh maafkan saya sebab terlepas laku, saya tak bermaksud-" belum sempat Jungkook habiskan kata- katanya, kolar bajunya kembali ditarik dan bibirnya dipagut lembut oleh Ariel. Jungkook terpegun untuk beberapa saat sebelum membalas ciuman Ariel.

Jungkook, kau tak silap orang, kan?

.

.

Eumomomom.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro