Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19🔒

🌻

"Mana pulak isteri aku ni?"

Bisik Jungkook seraya memandang jam didinding, sudah hampir masuk pukul sepuluh, namun kereta gadis itu berserta batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Perkara itu mengundang keresahan dalam diri Jungkook. Dia tidak senang duduk sedari tadi.

Jungkook melangkah menuruni anak tangga lalu menuju ke tingkap kaca berhampiran dengan pintu utama. Dahinya berkerut bila kelihatan kereta Marcedes Benz Ariel berada di halaman rumah, namun kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Laju dia bergerak keluar dari rumah.

Jungkook bergerak mengelilingi halaman rumah dan mendapati Ariel, isterinya sedang duduk diatas kerusi batu di suatu sudut dihalaman rumah tersebut, seraya memandang keatas langit malam. Pelik dengan tingkah gadis itu, Jungkook melangkah merapatinya.

"Kenapa duduk sini? Tak sejuk ke? Tak takut?" soal Jungkook lalu mengambil tempat disamping gadis itu. Ariel hanya mendiamkan diri sebelum dia menoleh mamandang Jungkook. Bibirnya dikemam.

"Kenapa tak tidur lagi?" tanya Ariel, soalan Jungkook tidak dijawabnya lagi. Lelaki itu menggelengkan kepalanya perlahan.

"Macam mana saya nak tidur, kalau kesayangan saya ni belum balik? Tidur saya tak tenang tau, risau semacam je.." jawab Jungkook, dia renung wajah Ariel yang sedang memandangnya. Kenapa gadis itu nampak muram? Tak happy macam yang selalunya?

"Saya dah biasa.."

"Kerja banyak sangat ke hari ni? Sampai muka masam semacam je? Hem?" tegur Jungkook, rambut Ariel yang sedikit terurai dia selitkan pada telinga, Ariel tetap mendiamkan diri, kenapa ya? Walaupun Jungkook hanya suami sementaranya, namun bahagia yang dia rasakan sekarang memang tak dapat diungkapkan dengan kata- kata. Dia bahagia, bahagia yang sementara.

"Hey, kenapa ni sayang? Senyap je, selalunya menjawab, tak pun ada je rancangan nak tease saya.." kata Jungkook sebelum anak matanya mengamati segenap wajah Ariel.

"Tak adalah.. saya cuma penat, lately, some old memories has surround me and I'm tired" ucap Ariel, lalu alihkan pandangan memandang ke rumput. Jungkook kerutkan dahi, tak faham. Old memories?

"Maksud sayang?"

"Awak nak tahu suatu perkara? Saya ni perempuan yang susah nak jatuh cinta. But, I'm a woman and one day, i've fall in love. Dengan lelaki rakan niaga saya. But once, saya dah jatuh cinta, saya susah nak lupakannya.." Ariel mula bercerita serba sedikit tentang kisah cintanya. Jungkook hanya memasang telinga.

"Awak pernah rasa sakit hati? Bila cinta yang awak berikan dan semai dengan penuh kasih sayang tu, dia buang dan lupakan macam sampah?" Ariel mengetap bibir, perasaan geram masih terbuku dalam hatinya.

"and once bila saya dilukai, tak ada peluang kedua yang akan saya beri." ucap Ariel serentak tapak tangannya yang kosong tadi menjadi berat bila Jungkook menggenggam erat tapak tangannya.

"he's back?"

"ya, of course he's back" jawab Ariel sarkastik, Jungkook terdiam.

"Apa dia nak? Dia nak awak semula? I mean, dia nak isteri saya semula?"

"What if i say yes?"

"Cubalah ambil kalau dia nak merasa masuk kubur dulu" balas Jungkook dengan hidung yang kembang kempis. Ariel tersenyum kecil, dia cuit lengan Jungkook bila lelaki itu memandang kearah lain.

"Hey, awak marah ke?"

"Taklah, mana ada marah.." balas Jungkook, dia tetap memandang kolam kecil yang terdapat dihadapan mereka. Ariel senyum, tangan Jungkook ditarik lalu digenggamnya. Sempat dia bandingkan saiz tapak tangannya dengan Jungkook, besar noh!

"Kenapalah, makin hari, saya nampak awak ni makin kacak Jeon Jungkook, makin seksi, makin sado.." kata Ariel sebelum merapatkan bibirnya pada telinga Jungkook.

".. and I like it." bisik Ariel, buatkan Jungkook tidak dapat menahan senyum. Bibirnya serta merta melengkang dengan senyuman, namun wajahnya kini perlahan- lahan bertukar merah- kemerahan bila sedar yang jaraknya dengan gadis itu hanya beberapa inci sahaja. Haih, ni yang lemah ni.

"Jangan datang dekat.."

"Kalau tak dekat- dekat, macam mana awak nak protect saya kalau tiba- tiba dia datang nak rampas saya? Takkan awak nak pandang je bila dia cuba sentuh saya?" soal Ariel.

"Sentuh macam mana? Dia tak serik ke lagi sentuh hati sayang? Lepastu blah macam tu je? Don't worry, sayang, perkara tu takkan berlaku selagi ada saya, Jungkook, lelaki yang masih sah menjadi suami awak. Saya akan jaga sayang sepenuh hati saya!" kata Jungkook buatkan Ariel tersenyum lebar.

"Janji?"

"Saya janji.."

"Meh kiss saya dulu, tanda awak berjanji nak jaga saya" kata Ariel sebelum dia rapatkan wajah, namun secara automatik Jungkook mengesot menjarakkan diri dari Ariel.

"No kiss"

"Why not?" Ariel kenyitan anak mata buatkan pipi Jungkook merona merah. Dia ketawa besar, comelnya!

"Sudahlah, stop teasing, jom masuk dalam, dah lewat malam" ujar Jungkook, dia berdiri dari duduknya sebelum dia menguap kecil seraya menggeliat. Dia hulurkan tapak tangannya pada Ariel sebelum disambut gadis itu. Mereka berjalan masuk kedalam rumah beriringan.

Saya harap hubungan kita kekal macam ni, Jungkook, sampai bila- bila desis Ariel dalam hati.

(Boleh tak author? :P)

.


.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro