Bab 12🔒
🌻
Jungkook mengunyah keropok yang dijadikan snack sampingan ketika dia menonton drama korea yang bergenre romantik. Entahlah, walaupun dia bukanlah jenis yang suka melayan drama, rasanya hari ini dia tewas kerana bosannya sudah datang melanda.
Kenapa dia bosan? Senang cakap, sebab tak ada benda yang boleh dia buat dalam rumah besar ni.
Ariel, isterinya sudah keluar dua jam yang lalu untuk bertemu dengan ayahnya. Huh, nasiblah Ariel keluar, adalah dia ruang untuk redakan malu sebab 'terkiss' Ariel tanpa sengaja pagi tadi. Mengundang padah betul!
"Nal jowahae (i really like you)"
Jungkook hanya memasang telinga, sedikitpun hatinya tidak berasa tertarik untuk menghayati cerita tersebut, tapi matanya masih mahu menatap. Jalan cerita yang agak klise, baginya.
Ketika itu, Jungkook mendengar pintu rumah dibuka lalu ditutup. Cepat- cepat dia melangkah ke hadapan pintu, sudah semestinya itu Ariel.
"Em, kenapa sayang lambat balik?"
"Kenapa? Rindu?" Balas Ariel seraya meletakkan kunci kereta diatas meja bar lalu dia kembali memandang Jungkook yang sudah terkemam- kemam bibirnya dari tadi.
"Ya , saya rindu.." jawab Jungkook seraya mengalihkan pandangannya memandang kearah lain. Ariel ketawa kecil, dia bergerak menghampiri Jungkook lalu berdiri tegak dihadapan lelaki itu. Jungkook masih memandang kearah dinding yang tak berapa nak menarik berbanding dengan isterinya.
Jungkook terpaksa menatap anak mata Ariel bila gadis itu menyentuh lehernya. Tubuhnya kaku, lidahnya kelu. Argh! Godaan apa pulak kali ini?!
"Kenapa kiss saya tadi pagi tak bagitau?" Soalan Ariel, buatkan Jungkook mati kata. Lidahnya kelu. Bukan kehendak dia hendak mencium Ariel, dirinya saja yang tiba- tiba bertindak demikian.
"Ariel-"
"Ariel?"
Ariel menjongketkan keningnya, sengaja mahu menyedarkan Jungkook berkenaan dengan panggilan tersebut.
"Sorry sayang, saya tak sengaja" jawab Jungkook, dia ketap bibir bila satu senyuman terbit di bibir merah Ariel. Jantung Jungkook sudah mulai berdegup kencang sebaik Ariel melingkarkan lengannya pada leher Jungkook.
"Awak cium saya tanpa izin, itu salah"
"Dimana salahnya? Sayakan suami awak?"
"Habis tu, kenapa tak nak kiss saya bila saya minta awak kiss saya?" Soalan Ariel dibiar sepi tanpa jawapan. Jungkook menjadi gugup dengan pandangan Ariel terhadap dirinya. Sungguh menggoda, baginya.
"Kenapa?"
"Boleh tak sayang jangan pandang saya macam tu?" Jungkook alihkan pandangan, wajahnya sudah mulai merah kerana malu.
"Macam apa?"
"Ma- macam nilah. Saya rasa tak selesa.." kata Jungkook. Ariel hanya mampu tersenyum melihat gelagat Jungkook. Baginya, Jungkook merupakan lelaki yang sopan dimatanya dan sebab itulah dia tidak takut untuk mengusik lelaki itu.
"Okay, saya tak pandang awak dah-"
"Bukan itu maksud saya sayang.." langkah Ariel terbantut bila Jungkook kembali menarik gadis itu seraya melingkarkan lengannya pada pinggang Ariel.
"Habis tu?"
"Maksud saya, jangan pandang saya dengan mata awak yang menggoda ni, saya rasa-"
"Rasa tergoda?" Ariel memotong percakapan Jungkook. Lelaki itu mengangguk kecil, Ariel kembali melingkarkan lengannya pada leher Jungkook.
"Sikitlah.."
"Sikit?"
Ariel ketawa kecil, suka benar dia melihat Jungkook dengan wajahnya yang dah kalut itu. Nampak comel je.
"Awak tahu tak yang awak nampak lebih kacak bila pandang dekat macam ni?" Bisik Ariel, tepat ditelinga lelaki itu. Jungkook mengemam bibir, pelukan pada pinggang Ariel sedikit longgar. Dia goyah.
"Dan.. sayang pun nampak cantik bila pandang dekat macam ni.."
Ha sudah! Macam mana kau boleh terfikir nak cakap macam tu Jungkook?!
"Really?" Ariel sengetkan kepala, Jungkook sudah mula tidak tentu arah bila Ariel rapatkan wajahnya. Jungkook pejam mata, dan pipinya terasa hangat dengan ciuman dari Ariel.
"Thank you" kata Ariel lalu senyum. Dia melangkah ke ruang tamu, matanya melirik ke Jungkook yang masih kaku di tempat yang sama. Punggung dilabuhkan diatas sofa.
"Papa jemput kita ke majlis makan malam. Sekaligus nak announce pemilik baru syarikat L.E Holdings, tu. Semua dijemput datang, tak ada yang terkecuali" kata- kata Ariel menyentakkan Jungkook dari khayalan sebelum dia melangkah untuk duduk disamping gadis itu.
"Ahh, saya ikut sayang je"
"Mestilah awak kena datang, awak dan saya kan orang penting?" Kata Ariel, keropok dicapai lalu dimasukkan kedalam mulut.
"Em.."
"So, bila kita nak mula date?"
"Erk.."
Bagai sudah tahu reaksi Jungkook, Ariel hanya mampu tersenyum. Wajah kalut Jungkook dipandangnya. Pipi Jungkook disentuh, lalu dihadapkan untuk memandang kearahnya.
"Macam ni pun dah kira date, kan?"
Dan ya, sekali lagi, wajah Jungkook merona merah.
.
.
Anyway, watak lain akan datang lepas ni dan bila sya cakap watak lain, maksudnya...
[Note; watak Hunny (kakak Ariel) sya dah tukar ke Aurora. Okay, itu je. Happy reading♡]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro