6 | caught
. . .
Macam biasa, dua orang gadis itu masih lagi sibuk mencari jalan keluar dengan mengetuk permukaan atas dinding di bahagian siling.
Nasib menyebelahi mereka, dimana permukaan dinding siling akibat diketuk oleh Jane menghasilkan bunyi yang lain. Seperti ada ruangan dibalik dinding tersebut.
"Aku rasa aku dah jumpa. " bergegas Jane turun dari katil lalu mengambil kasut tumit tingginya sebelum naik memijak katil semula. Dia mengetuk dinding tersebut dengan menggunakan tumit kasut.
Memang benar apa yang dikatakan Jimin, dinding tersebut memang ada jalan pintas disebalik lubang yang menembus mudah akibat diketuk kasut tumitnya oleh Jane.
Serta-merta Jane menjalankan tugas. Manakala Laura mengambil alih untuk menjaga pintu melihat jikalau ada lelaki itu mahu muncul semula.
Tidak mengambil masa yang lama dinding yang diketuk oleh Jane berjaya berlubang. Kedua tangan Jane naik memegang penutup besi yang tersangkut untuk menariknya biar terbuka.
Laura yang mengintip kawasan diluar membulatkan mata, dia melihat Jimin yang barusan sahaja keluar. Lelaki itu merapati pintu akibat terdengar bunyi pukulan dari dalam.
"Hey, what going on? Yah! " tegur Jimin dengan suara pelatnya. Lelaki itu cuba membuka pintu tetapi ditahan kuat oleh Laura.
"What are you guys doing? Jangan macam-macam! Yah! Buka pintu ni! " mereka berbalas tolakan. Dengan Jimin yang mahu menolak pintu manakala Laura menahan pintu tersebut.
Memang pantas Jimin tidak boleh buka kerana dia masih lagi budak kecil berumur 9 tahun kudratnya tidak setanding Laura yang sudah 19 tahun.
"Sikit lagi! " penutup besi yang menutup lubang di siling tersebut berjaya Jane tarik. Bergegas gadis itu cuba naik memanjat untuk meloloskan diri masuk ke dalam.
Di situasi yang sama, Laura tidak lagi merasa yang Jimin mahu membuka pintu. Dia mengintip semula di celah ruangan melihat Jimin yang berlalu dari situ. Serba sedikit melegakan dia.
Susuk tubuh Jimin kembali semula lalu dengan mudah dia menolak kembali pintu tersebut sehingga terbuka lebar sampai membuatkan tubuh kecil Laura terjatuh terduduk di atas lantai.
Kini lelaki itu kembali berubah penampilan. Memakai kemeja hitam dan bercermin mata sama seperti lelaki yang menculik mereka diawal tadi. Anak mata dingin itu melirik ke arah lubang jalan keluar yang sudah dirosakkan oleh Jane.
Kemudian beralih pada Laura.
"You stay here. "
. . .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro