13 | lie
. . .
Sepanjang mereka berdua berjalan, anak mata gadis itu tidak henti melinar di sekitar kawasan yang mereka ingin mencari jalan keluar. Serba sedikit Laura mengeluh kecil kerana ruangan disitu sama sekali tiada tanda-tanda untuk dia melepaskan diri.
Lelaki itu yang sekarang masih bergelar dirinya Jimin membawa Laura menyusuri jalan koridor yang tampak sedikit gelap. Tidak tahu mengapa Jimin yang bertingkah seperti budak kecil sedari tadi hanya tersengeh suka sehingga membuatkan Laura dibelakang hanya melirik aneh ke arah Jimin.
Sebuah pintu yang menempatkan bilik kurungan Jane menyapa pandangan mata. Sontak langkah Laura terhenti begitu juga dengan Jimin. Jimin yang menyedari akan tingkah Laura yang mahu membuka kunci pintu tersebut menjungkit kening.
"Hyung cakap jangan sesekali selak kunci pintu ni. Dia tak benarkan kami. Kawan noona yang ada kat dalam ni akan jadi makanan pertama dia. Dia langsung tak bagi kami sentuh dia. Jadi Laura noona janganlah risau..."
Gadis itu tediam. Tiba-tiba sahaja degupan jantungnya berdetak laju. Dia tahu walaupun Jimin ini tingkahnya seperti budak kecil tetapi segala percakapan Jimin tadi itu bukanlah gurauan.
Sebelum mereka berdua kembali berjalan, sempat Laura menyelak kunci pintu besi tersebut sehingga terbuka. Jimin yang dihadapan langsung tidak menyadari sama sekali. Di benak hati gadis itu berharap yang rakannya akan keluar dari situ dan lari.
Sesampai sahaja mereka di sebuah bilik yang agak sederhana kecil, Jimin menarik tangan Laura supaya mengikutinya masuk.
"Yeah, this is my room. "
"Jimin. " panggil Laura.
"Emergency, noona nak pergi tandas sekejap boleh? " pinta Laura sembari tangannya menekan ke bahagian perut. Laura agak meluat sebenarnya dengan perkataan 'noona' yang dia bahasakan diri dia sekarang ni. Sesekali dengan sengaja Laura membuat mimik muka seperti menahan sakit.
"Urm, boleh. Tapi jangan lama-lama tau. Banyak lagi ni mainan yang Jimin nak tunjuk kat noona. "
Gadis itu mengangguk. Dia berbalik badan lalu menuruni tangga dengan wajah serba sedikit lega. Bergegas gadis itu menghampiri pintu bilik tempat kurungan Jane lalu tombol pintu tersebut dipulas.
"Jane. " gadis itu mencelik mata melihat kelibat Laura.
"Mari kita keluar dari sini. " bisik Laura pelan. Lalu pergelangan tangan rakannya ditarik. Sempat juga anak matanya mengerling ke arah tangga sebentar. Lalu mereka berdua menyusur keluar dari ruangan.
Di semua ruangan yang ada mereka masuk. Nasib mereka memang baik kerana mereka menjumpai satu pintu di hujung laluan koridor dan di dalamnya adalah laluan tempat dimana Jane pernah larikan diri diawal cerita tadi.
Tap!
Tap!
Tap!
Siapa sangka, susuk tubuh yang bergelar Jimin tadi kini sudah beralih. Dia merenung tajam ke arah tempat bilik kurungan Jane dimana yang kini gadis itu sudah tiada di dalam ruangan kurungannya.
"There are trying to make fun of us... " lelaki itu meleret segaris senyuman pendek.
"Then? Just go and kill them, asshole. " lelaki itu menggeleng kepala.
"Eh hyung, tak baik tau mencarut─ "
"Kau tahu kan yang dia tak bagi kita sentuh perempuan tu. " ujarnya dan kemudian dia menggulingkan biji mata menyampah.
"Shut up. Jungkook, find them. "
. . .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro