09
" aku hilang kau tanpa aku sedar "
- KTH -
BAMM ! ! !
" TAERIN ! !" alangkah terkejutnya taehyung apabila melihat tubuh Taerin sudah berlumuran darah dan terbaring lemah di atas jalan raya . Kakinya pantas berlari ke arah Taerin . Taehyung mendakap tubuh kecil Taerin .
" Rin - " air mata Taehyung mulai jatuh tatkala melihat tubuh Taerin penuh dengan darah . Tubuh kawannya itu kelihatan seperti dia baru sahaja mandi darah .
" RIN ! ! " Taehyung melaungkan nama Taerin dengan kuat . Hatinya begitu lemah melibat keadaan Taerin sebegitu . Berkecai harapannya untuk meminta maaf dan bersama kembali seperti dahulu kala .
" Yoomi , call ambulans sekarang ! " sempat Taehyung meminta bantuan Yoomi sebelum mengangkat tubuh Taerin yang longlai itu . Dieratkan pegangannya agar tubuh kawannya itu tidak jatuh lagi ke jalan raya .
" Maaf , Tae . Tele - Telefon Yoomi rosak . Jadi Yoomi tak bawa telefon Yoomi tu " riak wajah Taehyung bertukar menjadi kemerahan kerana geram akan situasi yang berlaku . Disaat dia memerlukan sesuatu , disaat itulah semuanya tiada .
Taehyung dengan segera membuat keputusan untuk membawa Taerin terus ke hospital . Niatnya yang ingin mula berlari terbantut apabila mendengar sesuatu yang luar dari jangkaannya .
' TING ! '
Jelas kedengaran bunyi notifications atau mesej masuk baharu . Taehyung memusingkan kembali badannya serta memandang tajam wajah Yoomi . Tanpa berkelip , Taehyung memandang Yoomi manakala Yoomi sudah mengigil ketakutan .
Lantas dia menundukkan wajahnya . Sungguh dia takut apabila melihat wajah bengis Taehyung . Kalau diikutkan hati mahu sahaja Taehyung memukul Yoomi akan tetapi disebabkan jantinanya , Taehyung membatalkan niatnya .
Lantas Taehyung segera berlari dari situ . Yoomi berdegil ingin menjelaskan situasi tersebut kepada Taehyung . Yoomi mengejar Taehyung .
" Tae , kenap - AUCH ! " Yoomi mengadu kesakitan apabila perutnya ditendang kuat oleh Taehyung . Taehyung memandang Yoomi dengan wajah yang begitu bengis .
" Kau perempuan terhuduh yang pernah aku kenal ! Berambus dari kehidupan aku , SONG YOOMI ! Jangan muncul depan aku lagi . Jangan sampai kesabaran aku hilang . Aku mampu hancurkan muka kau . Jangan cabar aku , Song Yoomi "
• • • • •
" Maaf , Puan Rin . Kami terpaksa memindahkan anak Puan Kim ke bilik kecemasan dengan kadar segera . Puan Kim , sila ikut kami untuk kami bincangkan beberapa pekara " Puan Kim dengan laju menganggukkan kepalanya . Apa sahaja berkaitan dengan anak perempuannya itu akan dia lakukan .
Luluh hatinya menerima panggilan daripada Taehyung tentang kemalangan yang menimpa Taerin . Anak perempuannya yang sangat disayanginya . Puan Kim juga tidak berputus - putus mendoakan keselamatan anaknya , Taerin .
" Tae , kamu balik dulu dengan ibu . Biar Mama tengokkan Rin , ye " Taehyung mengeluh berat .Dirinya tidak sanggup meninggalkan Taerin setelah melihat sendiri keadaan Taerin . Apatah lagi kejadian itu benar - benar berlaku di hadapannya .
" Ma , Tae nak tengok Rin . Tae nak jaga dia . Tae tak nak balik , Ma . Ma , hiks - " taehyung kembali menangis teresak - esak . Melihat anaknya menangis , ibu taehyung segera mengusap - usap badan belakang Taehyung untuk menenangkannya .
" Tae , kita balik dulu ye . Mama Rin ada dekat sini . Tae tak perlu risau akan keadaan Taerin " pujuk ibu taehyung . Taehyung masih dalam dilema dan dunia tangisannya .
" Tae tak nak balik , bu , Ma . Tolong lah " dengan berani Taehyung menangis dalam keadaan melutut di hadapan Puan Kim . Lantas , Puan Kim menyuruhnya bangun dengan segera .
" Ya Tuhan , Tae ! Rin pun tak suka kamu berkelakuan begini Tae . Mama yakin hal itu . Bangun ye . Baliklah dulu Tae "
" Tae , mari ikut ibu balik dulu ye . Lepas kamu bersihkan diri semua baru kita lawat semula Taerin pada esok hari ye , Tae "
Taehyung berdiri dengan lemah . Matanya kelihatan begitu sembab akbiat terlalu lama menangis . Ibu taehyung yang melihat keadaan Taehyung hanya mampu mendoakan pekara baik untuk anaknya dan Taerin .
Taehyung melangkah dengan longlai menuju ke kereta . Ibu taehyung juga mula membuntuti anaknya tetapi sempat ditarik oleh Puan Kim .
" Kau pun tahu kan apa akan berlaku selepas ni . Aku nak kau bersedia . Aku dah cuba sedaya upaya untuk mengikut permintaan dia . Tolong aku " ibu taehyung menghela nafas berat . Sungguh berat dugaan yang diberikan kepadanya ketika ini .
" Kau tak perlu risau . Semuanya akan berjalan seperti apa yang kau rancang . Jika ini mampu membuatkan dia bahagia , aku ikutkan sahaja " balas ibu taehyung .
' Tae , tolong ! Aku sakit Tae ! '
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro