Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

036

taehyung

dalam lebih kurang 45 minit berjalan , akhirnya aku tiba juga di depan papan tanda yang menunjukkan nama perkampungan aku .

tinggal berapa meter sahaja lagi untuk aku sampai ke rumah . harap omma baik - baik aja di sana .

" taehyung ! "

aku lantas menoleh ke arah si pemilik suara .

" jungha ? "

jungha berjalan laju merapati aku . aku mula rasa pelik dengan diri aku .

selalunya bila aku jumpa jungha , aku jadi gelabah tak tentu pasal . jantung pun berdegup laju macam aku baru lepas pusing satu kampung .

tapi hari ni , aura dia lain maciam . aku langsung tak rasa berdebar pun jumpa si jungha . ke sebenarnya aku dah berubah hati ? aik cepatnya .

" awak menghilang ke mana kelmarin ? kenapa awak boleh ada di istana pastu bawa lari anak raja ? jawab , taehyung ! "

terkejut aku dibuatnya apabila jungha tiba - tiba saja mengherdik . muka dia yang tadi tayang senyuman ayu kini bertukar garang macam nak bunuh aku je .

" wowowo ! perlu ke awak marah saya ? "

" nae ! awak tau kan yang awak bawa lari siapa ? kerabat diraja ! mujur awak tak kena tangkap dengan pengawal istana tahu ! awak ni buat orang risaulah ! "

aku menggaru kepalaku yang tidak gatal . cakap pasal pengawal istana , mungkin aku patut tanya jungha kenapa dorang tak kejar aku masa aku bawa lari nara dari istana .

" kenapa dorang tak tangkap saya ek ? "

" raja lee yang suruh . dia kata dia jamin anakanda dia selamat dengan awak "

aku tidak tahu apa respon yang patut aku bagi . patutkah aku gembira sebab raja lee benarkan aku bawa lari nara pastu jadikan anak dia isteri aku ?

" itu sebab saya tanya ke mana awak pergi semalam . saya nak tau awak bawa anakanda raja lee ke mana -- "

" kalau saya bagitau pun , awak nak buat apa ? "

" awak kawan baik saya , taehyung . salah ke saya nak tahu ? "

para pembaca di luar sana , korang ada dengar tak bunyi pecah ? oh tu bunyi hati aku sebenarnya .

selama bertahun lamanya aku sukakan kang jungha , baru harini ku tahu yang aku hanyalah sekadar ' kawan baik ' .

apa ingat bila muka hensem , petik jari terus dapat makwe la gitu ? tidak weyh tidak . buktinya ? sekarang . aku selaku lelaki tertampan di kampung ni , cuma dianggap sebagai kawan baik kepada orang yang dah lama aku pendam perasaan .

" tapi awak tak bagitau saya pun awak bercinta dengan putera lee taeyong . bukan ke saya ' kawan baik ' awak ? "

" macamana saya nak bagitau kalau awak menghilang kelmarin ? awak tau tak betapa gembiranya saya bila putera taeyong kata nak kahwini saya ? ya tuhan , saya bahagiaaaaaa ! "

jungha melompat - lompat kegirangan . selama aku kenal dia , aku tak pernah nampak dia ceria macamni .

aku tumpang gembira .

" ehee awak bila lagi , taehyung ? takkan nak kekal bujang je sampai bila - bila ? awak tu hensem , takkanlah takde yang nak kan "

" saya dah kahwin "

" MWO ?! "

aku tergelak kecil tengok muka terkejut jungha .

" puteri raja lee yang saya bawa lari dari istana , dah jadi isteri saya . kami kahwin kelmarin . ha terkejut tak ? "

" eyyyy mestilah terkejut ! uish saya tak sangka kawan baik saya ni akan jadi adik ipar saya uwaaaaa ! "

" mati hidup semula pun saya takkan panggil awak noona . walaupun awak kakak ipar saya , pfftt -- "

" ceh sape je nak dia panggil kita noona ? saya pun taknak awak panggil saya macamtu . kita ni sebaya tau ! dah la , saya nak pergi istana . putera taeyong jemput saya bersantap di sana . awak nak ikut tak ? awak boleh bawa isteri awak juga "

aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu . sudahlah aku punca majlis tari - menari tu huru - hara , takkanlah aku nak datang ke sana lagi ? memang taklah .

" erm takpelah . lagipun saya kena cepat ni . kesian putera taeyong menunggu . annyeong ! " jungha pun membuka langkah untuk beredar sambil melambaikan tangannya .

aku melambai balik bersama senyuman tipis . apabila figura jungha sudah jauh beberapa meter dariku , barulah aku meneruskan perjalanan ke rumah omma .

-

nobody

terjengket - jengket omma kim berjalan menuruni anak tangga kerana tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi .

TOK ! TOK ! TOK !

hampir saja wanita itu terlatah namun cepat - cepat dia menekup mulut .

omma kim berfikir sejenak . kalau yang ketuk pintu itu taehyung , mesti dah terlolong dah budak tu depan rumah pastu jerit ' omma ! omma ! ' sampai kampung sebelah pun boleh dengar .

dah nama pun kim taehyung . kalau dah risau bagai nak rak , gelabah dia memang takleh bincang .

wanita itu pun membuat kesimpulan bahawa orang yang mengetuk pintu rumahnya itu bukanlah anaknya .

berkemungkinan besar -- tuan rumah !

" tak habes - habes orang tua ni ! nak kutip sewa tu esok - esok jelah ! aish tak aman orang nak hidup ! " bebel omma kim di dalam hati . gaunnya yang labuh diangkat sedikit untuk memudahkannya berlari semula naik ke tingkat atas .

oh jangan lupa . dunia ni berzamankan liechtenstein , jadi tak hairanlah kenapa omma kim pakai gaun . kerana itulah budaya rakyat di zaman itu .

TOK ! TOK !

" KIM NAERIN ! "

bunyi ketukan pintu sekali lagi menjamah pendengaran , disertai dengan laungan seseorang dari luar rumah .

omma kim tersentak . dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar .

suara itu ...

" ANNYEONG ? NAERIN - AH ! TAETAE ! INI APPA ! A - APPA DAH BALIK ..... "

terkedek - kedek omma kim berlari menuju ke pintu . pintu dibuka dan figura seorang jejaka kacak berpakaian pahlawan menyapa pandangan .

" annyeong ... isteri abang .... "

" pi mati , kim junghyung .. "

belum sempat omma kim mahu menghempas pintu , lengannya tiba - tiba saja diraih membuatkan dia terkesima .

mereka berdua saling menatap antara satu sama lain . air mata jernih kini bertakung di kelopak mata masing - masing .

" dengar dulu penjelasan saya , kim naerin "

lelaki yang berdiri di hadapan pintu atau lebih dikenali sebagai appa kim di dalam ff ini kembali bersuara .

untuk mengelakkan scene klise maka omma kim pun mendiamkan diri dan bersiap sedia memasang telinga .

" saya tau awak masih sayangkan saya , naerin . sebab tu awak tak halau saya -- "

" cepat cakap sebelum saya hempas pintu ni "

bukannya gentar dengan ugutan yang tak berapa nak mengugut tu , sebaliknya appa kim menghamburkan tawa kecilnya . comel jerr dia tengok isterinya ini .

" jeongmal mianhae sebab buat awak dan tae rindukan saya . saya tak sengaja "

" tak perlu ada mukadimmah . cakap je terus kenapa awak tinggalkan kami berdua . saya cuma nak dengar itu sahaja "

omma kim mengetap bibir . sakit hati yang sudah lama sembuh kini kembali .

semuanya angkara lelaki dihadapannya ini , si dia yang meninggalkan wanita itu bersusah payah membesarkan anak tunggal mereka dengan kehidupan yang serba sederhana tanpa langsung lelaki itu memberikan alasan mengapa .

walaupun ditinggalkan secara tiba - tiba , namun rasa sayangnya terhadap sang suami tidak pernah luput . wajah kim taehyung yang mewarisi kekacakan ayahnya itulah membuatkan omma kim tidak dapat melupakan lelaki yang dianggapnya pendusta .

" parut di pipi saya ni -- saya korbankan nyawa saya untuk awak , keluarga kita dan -- tanah air kita "

appa kim membawa tangan omma kim ke pipinya yang terdapat kesan parut .

" m - maksud ? "

" saya sebenarnya .... "

-

aku dah drop hint so aku yakin readers mesti tau en apa sambungan ayat appa kim tu ahsjsjsj .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro