005
nara
aku menampar - nampar mulut celupar aku . yang aku gi panggil dia tadi dah pehal duh ?! ah paboya nara !
BUK !
" OI MAK KAU PEPEL !! "
bahu aku terhinjut manakala dada aku berombak kencang gara - gara terkejut . aku tertoleh ke belakang . kelihatan sebuah buku yang tebalnya lebih kurang macam buku teks sejarah aku terdampai di depan pintu bilik . OH MY TERKEJUT JANTUNG GUE DIBUATNYA !
aku melangkah setapak demi setapak mendekati buku tersebut . badanku ditundukkan sedikit untuk memerhati buku apa tu sebenarnya . kalau buku nilah yang buat aku sampai ke dunia tah pape ni , memang aku pijak - pijak buku ni !
kulit buku yang berwarna coklat ku tenung untuk beberapa detik . tangan kanan aku mula mencapai buku tersebut .
name of flowers
lepas dah renung tajuk buku tu , aku pun bukalah halaman muka surat pertama . kornea mata aku serta - merta jadi segar - bugar bila jutaan nama - nama pelik bunga - bunga yang ada kat muka bumi ni tertulis di bahagian isi kandungan .
bougainvillea ? rafflesia ? smeraldo ? uish pe ni weh sakit mata aku baca nama - nama bunga ni duh .
aku melangkah semula menuju ke arah tingkap . ratusan bunga di dalam semak yang ditiup angin sepoi - sepoi bahasa menjadi fokus pandangan .
dengan gaya swag aku panjat tingkap lalu aku daratkan kedua - dua kaki aku yang tak berselipar berkasut pe semua keluar . tangan aku pula membelek - belek halaman buku yang aku pegang . manalah tau terjumpa nama bunga yang ada kat semak ni dalam buku ni .
" tuan puteri nara ! patik ada bawakan makanan ni -- eh mana tuanku ni ? err patik letak jelah ayam goreng ni kat sini ye "
laungan dari chef yang tiber je masuk bilik aku tu aku abaikan . bau ayam goreng yang menusuk ke dalam hidung aku membuatkan aku terpikat buat seketika .
tapi tah nape buku yang aku pegang ni lagi kuat daya tarikan dia dari ayam goreng tu .
-
nobody
seorang wanita warga emas melepaskan keluhan yang berat lalu menghempaskan punggungnya di atas katil . kerisauan tentang keadaan cucunya mula melanda diri .
" kenapa mereka hina nara hodoh ? kenapa keluarga diraja lee taknak terima nara ? apa salah anak ara , omma ? hiks .. "
bayangan tangisan mendiang anak tunggalnya bermain dalam benak fikiran . dua buah potrait gambar anaknya , park ara ketika masih kecil dan ketika gadis itu bergelar permaisuri lee yang digantung di dinding biliknya ditenung .
kedua tangan wanita itu digenggam membentuk buku lima . dek kerana naluri ibunya terlalu kuat , dia dapat rasakan keperitan yang dialami ara sewaktu gadis itu dihina ketika hari di mana wajah bayi kecil ara ditunjukkan kepada rakyat jelata serta keluarga diraja .
park ara , nama yang sememangnya tidak asing lagi bagi keluarga diraja lee namun kini sudahpun dipadam daripada salasilah keluarga diraja itu .
ara pada awalnya adalah seorang pekebun istana . demi kelangsungan hidupnya serta sang ibu , dia memilih untuk bekerja di istana . sehinggalah suatu hari , dia terjatuh hati pada putera diraja lee .
untungnya , ara tidak bertepuk sebelah tangan . cintanya dibalas ikhlas oleh putera lee . semakin hari cinta mereka semakin berputik . oleh kerana itu , putera lee membuat keputusan untuk mengahwini ara .
pada mulanya keluarga diraja lee tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana asal - usul saera namun akhirnya perkahwinan itu dilangsungkan jua kerana kedegilan putera lee .
sejak itu , ara hanya dianggap tidak wujud di istana . hanya putera lee dan beberapa orang pekerja istana yang mengisi kesunyian ara . selepas 2 tahun perkahwinan , putera lee ditabalkan menjadi seorang raja dan kedua pasangan diraja ini dikurniakan seorang puteri .
lee nara , itulah nama yang diberikan ara untuk puteri tunggalnya . bagi permaisuri ara , nara adalah sebahagian daripada hidupnya namun begitu tega rakyat jelata serta keluarga diraja lee menghina paras wajah anaknya yang hodoh .
apa yang menghancurkan hati ara , raja lee sendiri tidak mahu mengaku puteri nara adalah anak kandungnya . dia beranggapan nara adalah anak ara dengan lelaki lain sebab wajah anak kecil itu langsung tidak menyerupainya .
dengan hati yang lara , ara membawa anaknya pulang ke rumah si ibu . status permaisurinya juga terhapus apabila raja lee mengungkapkan cerai padanya .
setelah berbulan lamanya ara menghilangkan diri , raja lee pun melangsungkan perkahwinan dengan puteri daripada kerajaan lain . majlis tersebut berlangsung dengan penuh kemeriahan .
sang raja kemudian memindahkan pusat pentadbiran di istana baru yang lebih jauh daripada istana lama . dia ingin melupakan semua memorinya bersama ara kerana dia sudah punya permaisuri yang baru . mengetahui hal tersebut , ara serta anaknya , nara , lantas berpindah ke istana yang semakin usang itu .
di istana itulah ara mencurahkan kasih sayangnya buat puteri nara . tidak kisah nara berparas hodoh , ara tetap menyayangi bayi kecilnya itu . beberapa orang pekerja istana yang juga merupakan sahabat ara turut membantunya .
dan pada hari ara menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan ibu kerana barah perut , dia sempat mengungkap kata - kata terakhirnya dengan wajah yang sembab kerana tangisan .
" o - omma ... jagakan nara u - untuk ara , nae .. ? ara taknak anak ara sedih . t - tolong ara .. "
fikiran wanita tua itu mula dilanda flashback sewaktu hari terakhir anaknya , ara . wajah dipaling ke sisi , tidak mahu menatap potrait anak gadisnya dek kerana rindu yang semakin berombak kencang di dalam dada .
-
sendu sungguh ff aku , hm ~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro