003
nobody
mimpi atau realiti , masih menjadi tanda tanya dalam kepala hotak seketul nara . dengan harapan semua ini hanyalah mainan tidur , hampir setengah jam dia cuba untuk pejamkan mata tapi hampa .
" MENCI AH GINI ! "
nara cuba menggapai apa yang ada di sebelahnya untuk dibaling ke lantai namun tiada apa - apa yang boleh dijadikan mangsa . cermin pun dah pecah , apa lagi nak dibaling kan ?
keadaan langit mula bertukar menjadi gelap menandakan dah nak masuk waktu malam . nara semakin risau . dah la tingkap bilik takde langsir . kang ada benda - benda pelik masuk nanti , ergh mohon dijauhkan !
bantal putih dicapai lalu ditekup ke muka . sedaya upaya gadis sendu itu memaksa dirinya agar terlelap tapi usahanya tetap sia - sia .
pemandangan bunga - bunga yang sedikit dilitupi oleh semak - samun menjadi fokus pandangan nara . nara tersenyum , cantik sungguh ya warna bunga - bunga tu di bawah sinar bulan . ada warna kuning , hijau , purple dan banyak lagi .
topeng yang tersarung di wajah ditanggalkan . pipi yang sedikit berkusam diusap dengan penuh lembut tapi penuh kebencian .
tanpa sedar , setitik air mata jernihnya jatuh membasahi topeng dalam genggaman . bahunya tersedu - sedan kerana tangisan . dia nak sangat pulang . dia rindu rumahnya .
sinar bulan semakin menerangi bilik yang hanya diisi dengan tangisan tak bersuara si gadis comel bernama lee nara . penat dengan tangisannya sendiri , gadis itu pun akhirnya terlelap dengan wajah yang memerah dan pipi yang dibasahi banjir air mata .
dan tika tangisan digantikan dengan dengkuran , datangnya seseorang dengan berjubah hitam dan wajah yang ditutupi topeng bercorak bunga emas di luar tingkap bilik itu .
" semudah itukah kamu ingat ini semua hanyalah mimpi ? "
setelah melontarkan soalan bernada keras , sang pemilik suara lunak itu pun segera berambus sebab dirinya asyik digigit nyamuk . tulah , sape suh pakai warna hitam memalam . padan muka kena gigit nyamuk AHAHAHAHA .
-
nara
" KOKOKOKOKOKOKKKKK !!! "
dengan penuh refleks , aku terbangun dari baring . jeritan ayam tu betul - betul buat aku hampir pekak duh !
" MARI SINI KAU AYAM ! AKU NAK MASAK KAU JADI BAHAN SANTAP TUAN PUTERI NARA NI ! JANGANLAH LARI ! "
aku segera bangkit dari katil lalu berjalan ke arah tingkap apabila nama aku seakan - akan diseru seseorang .
kelihatan seorang lelaki berpakaian ala - ala chef sedang mengejar seekor ayam jantan yang bermaraton di sekitar semak - samun . aku pantas menekup mulut , cuba menahan gelak tawa yang hampir terletus .
" KOKOKOKOKOKKK ! "
ayam tu gelengkan kepala dia pastu toleh ke arah tingkap bilik aku . tiba - tiba ayam tu pengsan lepas nampak aku .
aduhmak aku lupa pakai topeng !
aku undurkan diri beberapa langkah ke belakang dengan kadar yang pantas . bagus aku pakai topeng tu cepat sebelum lelaki yang kejar ayam tu tadi yang pengsan nampak muka aku ni .
aku hempapkan punggung di atas katil . topeng yang terletak di atas bantal aku gapai lalu disarungkan ke muka aku .
ah tak sangka muka aku ni boleh buat haiwan pun pengsan hm .
lepas dah pakai topeng tu , aku pandang lantai . dan aku terpandang ke arah cermin yang aku pecahkan semalam .
baru aku perasan sesuatu --
KENAPA AKU MASIH DI SINI DUH ? JANGANLAH CAKAP YANG NI SEMUA BUKAN MIMPI ! HUWAAAAAAAAAAAAA !!!!
aku berguling - guling atas katil sambil meroyan tak bersuara . mulut aku terkumat - kamit memaki - hamun . boleh naik gila aku tau sebab tak dapat balik rumah ;(
" AHJUSSI ! "
gegendang telinga aku tertangkap sebuah suara yang aku rasa aku macam pernah dengar sebelum ni .
sekali lagi aku bangun dari katil dan bergerak ke tingkap , memerhati suasana yang berlaku di luar sana . air mata yang membasahi topeng aku lap kasar guna tangan aku sendiri .
" hengko sape budak ? apesal panggil aku ni ? "
" saya kim taehyung , ahjussi . nak tanya ni , boleh saya petik bunga kat sana tu ? cam cantek jerr "
" ewah ewah ! kau ingat bunga kat sana tu bapak kau punya ke ha boleh suka - suka hati petik ? maaf budak , kau tak dibenarkan petik -- "
" ala ahjussi ! saya bukannya petik semua ! saya petik sikit je ! takkan tu pun tak boleh ! "
" kau faham bahasa ke tak ? tak boleh tu tak boleh la . dah , berambus kau sana . aku nak gi masak ni . kacau ah kau "
" DASAR AHJUSSI KEDEKUT , HMPH ! "
TAK ! TAK ! TAK !
bentakan dan hentakan kaki jejaka yang petik bunga semalam membuatkan aku kecut perut . aku yang ting ting sebab nak tengok muka dia pun hampir terkejut tahu dengar dia marah - marah di awal pagi . ahjussi tu pula buat muka menyampah .
haih dia nak petik bunga je kut . takkanlah tu pun nak kedekut sangat . kalau aku jadi ahjussi tu , aku bagi kebenaran je . setakat bunga je pun .
tapi tulah , aku teringin nak tengok muka lelaki yang suka petik bunga dekat semak tu . hati aku betul - betul nak sangat tahu siapa dia yang bernama kim ... k aku pun tak ingat nama dia kim apa heh .
-
hahahahahambar ~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro