002
nara
selesai minum susu , aku letakkan balik cawan ke atas dulang . boleh tahan jugalah rasanya .
" tuanku lapar ? nak patik sediakan makanan untuk tuanku ? "
aku menggeleng laju sebagai jawapan kepada soalan tersebut . aku taknak makan . aku nak balik . sejujurnya memang aku tengah lapar sekarang tapi aku nak makan air tangan mama , bukan air tangan orang asing .
" kenapa tuanku senyap ni ? tuanku ada masalah ke ? " soal wanita itu polos sambil menyapa bahuku . kalau aku ni jenis yang tak beradab , dah lama aku teriak dekat telinga dia ni . KAU NAK EXPECT AKU TAKDE MASALAH SEDANGKAN MUKA AKU HANCUR BERKECAI HUH ?
ok chill , nara . dia orang tua . kau jangan nak tinggi suara depan orang tua . tak bayek .
" t - takde .... " ragu - ragu aku menjawab . ok gaes , aku rasa janggal sekarang ni .
" baguslah ! kalau macamtu , patik undur diri dulu ya . selamat beradu , tuanku ! " wanita itu pun lantas membuka langkahnya untuk keluar dari bilik aku .
act bukan bilik aku pun senanya pfft .
tapi jap ,
pe dia cakap tadi ? beradu ? natang apa beradu tu ? aku salah dengar ek ? ke dia nak cakap berudu ? k tu tak penting . yang penting sekarang , AKU NAK BALIK HUWAAAAAA .
nafas berat ku hela lalu aku alihkan pandangan ke arah almari yang tiba - tiba sahaja bahagian dalamnya kelihatan bercahaya . jantung aku kian berdetak pantas .
aku trauma duh dengan cahaya gini ni halah . tah - tah cahaya tu nak bawa aku ke alam barzakh ?! TAKNAK TAKNAK AKU TAKNAKKKK !
aku pejam mata , cuba untuk tidur kembali . manatau semua ni hanyalah mimpi dan bila aku dah terjaga , aku dah ada dekat rumah .
tapi cahaya tu seakan mempunyai daya tarikan yang kuat sampaikan aku terdorong untuk bangun dan melangkah ke almari . aku tiada cara lain . hati aku betul - betul memaksa aku untuk buka almari tu . terpaksalah aku dengan relanya bangun dan pergi ke almari tu .
dengan penuh berhati - hati , aku buka almari kayu tu . kot - kot cahaya tu nak bawa aku balik rumah kan ?
tapi tanggapan aku salah . sebaik sahaja almari dibuka , apa yang aku nampak hanyalah sebuah topeng . oh aim so sick of dis fakehopeu .
aku pun ambil la topeng tu . otak aku ligat berfikir apa fungsi topeng ni .
krik krik --
hm aku try jelah pakai topeng ni . manatau tetibe ada magik ke .
perlahan - lahan aku sarungkan topeng berwarna putih tu ke muka aku . kemudian aku lihat wajah aku yang dah disarungkan dengan topeng guna serpihan kaca cermin . aku terasa sedikit bersemangat bila nampak muka aku dah ditutup .
sekarang aku dah tau fungsi topeng ni . untuk cover muka aku yang haprak , aku kena pakai topeng ni supaya aku lebih berkeyakinan .
ah i see .
-
taehyung
" la la la la la ~ "
sambil bernyanyi , aku letakkan bunga - bunga yang aku petik dari taman kat istana tadi ke dalam pasu yang sudah diisi dengan air . wah cantik !
" dari mana tae dapat bunga tu ? " tegur omma yang tiba - tiba sahaja muncul di sebelahku .
" dekat taman istana , ehee . cantek kan ? kalau omma nak , tae boleh tolong petikkan untuk omma ! " dengan penuh semangat aku menjawab sambil tersengih ehehehe .
PAK !
" ADOIIII !!! "
" SUKA - SUKI HATI KAMU JE CEROBOH TAMAN KAT ISTANA TU ! KALAU KENA TANGKAP NANTI MACAMANA ? CARI BALA BETUL BUDAK SORANG NI "
aku mengusap bontot aku yang ditampar omma . sakit ...
" tae pergi taman bunga yang bersemak tu je . bukannya tae ceroboh masuk dalam istana pun .. " aku memuncung . apalah salah bontot aku sampai kena tampar hm .
TOK ! TOK !
" ahjumma kim ! oh ahjumma kim ! "
serentak aku dan omma menoleh ke arah pintu rumah yang diketuk seseorang .
cam kenal je suara lunak tu ..
omma dengan senyuman melebar di wajahnya lantas melangkah menuju ke pintu rumah . tombol pintu dipulasnya lalu dibuka . terpampang wajah cantik kang jungha di muka pintu .
.
.
jap -- KANG JUNGHA ?! OMO PUJAAN HATI DATANG RUMAH ! WADUH KENA SOROK BUNGA NI ! DIA TAKLEH NAMPAK DUH ! TAKLEH TAKLEH !!
" ah jungha ! demam apa ni tetibe datang sini ? " tegur omma sambil terkekek . jungha hanya tersenyum ke arah omma . ah manis senyuman dia tu dah boleh ganti gula dah .
eh fokus tae fokus ! kau kena sorok bunga ni sebelum dia nampak ! nanti tak jadi la hadiah kejutan kalau kantoi !
aku nampak jungha dan omma sedang leka berbual dan bergelak - tawa . jadi inilah dia peluang untuk aku bawa lari bunga ni .
sedaya upaya aku sorokkan pasu bunga di belakang aku lalu melangkah menuju ke bilik dengan langkah yang pantas .
" eh tae ! pergi mana tu ? sini la dulu ! jungha ajak kita membawang ni ! jomlah ikut ! "
ajakan secara tiba - tiba daripada omma menyebabkan langkah aku mati . aku lantas tersenyum senget seraya menggelengkan kepala .
" t - takpe la , omma .. lain kali jelah , hehe "
dan aku pun berlari masuk ke bilik tanpa mempedulikan tatapan pelik mereka terhadap kelakuan aku .
-
tentententen ~
ok pe bende aku taip ni siaaa hm HAHAHAHAHA anyway enjoy la chap merapu daripada seketul young yini uhuk
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro