Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

001

nara

kelopak mata aku celik berulang kali . kepala yang terasa agak berpinar aku pegang .

ah kenapa kepala aku sakit ni ?

dengan segala kudrat yang ada aku cuba gagahkan diri untuk bangkit dari baring . bila dah dalam posisi duduk , aku pandang sekeliling .

apa yang aku nampak hanyalah dinding , siling dan lantai daripada simen . depan aku ada sebuah almari kayu dan cermin . di belah kiri aku pula ada lubang bentuk segi empat , mungkin tingkap . dan sekarang aku tengah duduk atas sebuah katil usang .

aku alihkan pandangan ke arah pakaian yang tersarung di tubuhku . baru aku perasan yang aku pakai baju gaun ala - ala anak raja .

JAP AKU KAT MANA NI ?????

aku mulai panik . oh tidak aku tak kenal tempat ni . mana mama papa ? aku nak balekkkk ;(((

aku bingkas bangun dari katil lalu berlari ke arah pintu kayu yang berada di sebelah almari . tombol pintu aku pulas tapi nampaknya ia terkunci .

a - aku kena kurung ?

" MAMA !! PAPA !! TOLONG NARA !!! " aku menumbuk pintu kayu tu sambil meraung . tiada sahutan . aku pasrah . air mata mula bertakung di tubir mata .

sesiapa ... tolong hantar aku balik ...

tapi jap , macamana aku boleh ada kat sini ? ke buku yang bercahaya tu yang bawa aku ke sini ? EH NYESEL GUE JADI BAIK NAK LETAK BALIK BUKU TU KAT RAK , ADAKAH PATUT BUKU TU BUAT AKU MERANA CENGGINI ? PASNI TAKNAK AH JADI BAIK . BAGUS AKU JADI JOKER . JOKER KAN JADI JAHAT SEBAB KEBAIKAN DIA TAK DIHARGAI . SENASIB LA DENGAN AKU NI HIKS .

aku berjalan kembali ke katil , ingin menangisi nasib aku yang sendu ni di atas katil . dan ketika aku melepasi cermin yang terletak di sebelah almari , aku lantas memandang ke arah pantulan diri aku pada cermin tu .

serta - merta takungan air mata aku bocor bila aku nampak muka aku yang lebih hodoh daripada shrek terpampang pada cermin . kedua mata aku hampir terbeliak . aku takde kekuatan untuk explain macamana muka aku sekarang .

HUWAAA APA SEMUA NIIIIII

cermin yang tergantung elok di dinding aku ambil lalu aku humban ke lantai . dada aku berombak turun naik menahan amarah , takut dan sedih yang bercampur - aduk . lutut aku yang menggeletar menyebabkan aku terduduk .

air mata jernih aku jatuh setitik demi setitik di atas serpihan kaca cermin yang berderaian di atas lantai . kenapa nasib aku begini ? apa salah aku ?

" wah cantiklah bunga biru ni ! yang putih ni pun cantik gak ! hm nak ambil mana satu ni ? ha ! apa susah , aku petik jelah dua - dua sekali ! HEHEHE "

tangisan aku terhenti apabila aku terdengar suara garau seorang lelaki dari luar . degupan jantungku semakin laju . perasaan takut mula menguasai .

siapakah .. ?

" eh macam kenal je bunga ni . bukan ni bunga tahi ayam ke ? yang ni pula bunga raya ! oh yang tu bunga mawar ! yeahhh aku dah mahir nama - nama bunga ni !!! "

sekali lagi suara itu menjelma . dan entah apa yang merasukiku , tiba - tiba sahaja kaki aku melangkah menuju ke tingkap . aku menjenguk ke luar tingkap , mencari siapakah pemilik suara garau itu .

kelihatan seorang lelaki yang tengah seronok petik bunga - bunga tidak jauh dari tingkap bilik ni . disebabkan lelaki tu membelakang jadi aku tak nampak muka dia .

siapa dia tu ? penceroboh ? pencuri ? perompak ? ke tukang kebun ?

KLAK !

aku lantas menoleh ke arah pintu bilik yang dibuka seseorang . muncul seorang wanita berusia yang berpakaian macam orang gaji di muka pintu dengan membawa dulang berisi secawan susu .

" maaf ganggu , tuan puteri nara . patik datang nak hidangkan susu ni untuk tuanku "

wanita itu mengukirkan sebuah senyuman semanis madu tapi senyuman itu langsung tidak dapat menenangkan hati aku yang gundah - gulana .

patik ? tuanku ? susu ? tuan puteri nara ? EH APA YANG DAH JADI NI ????

-

dah makin mengarut dah ff ni ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro