Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

You.. about you

Aku berjalan di sekitar sungai Han. Salah satu bangku yang terdapat di situ menjadi tempat aku melabuhkan punggung. Bunga pionic putih yang berada berdekatan dengan aku, aku pandang lama. Seekor rama-rama hinggap di atas bunga tersebut membuatkan ianya tampak cantik.

Telefon aku keluarkan. Camera aku buka. Tangan rajin menangkap gambar bunga di hadapan. Dahi aku berkerut. Mata tidak henti memandang gambar yang baru sahaja aku tangkap. Kenapa rama-rama tu takde. Pelik.

Aku menyimpan kembali telefon aku. Keluhan berat aku lepaskan. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa muka. Nyaman je rasa. Aku terasa seakan ada seseorang yang duduk di sebelah. Segera aku pandang. Kosong. Tiada siapa. Mungkin firasat aku. Pelik. Aku dapat rasa aura macam diperhatikan.

"Hai Jenn" seseorang melambaik ke arah aku. Aku memandangnya. Senyuman manis terukir di bibir tanpa dipinta. Dia membalas senyuman aku dengan senyumannya yang jelas kelihatan lesung pipit.

"Awalnya kau datang sini" aku sekadar mengangguk. Sebenarnya aku pon tak tahu kenapa dalam banyak-banyak tempat kawasan ni juga yang aku pilih.

"Joon..kalau aku cakap.. kau.. hurmm.. kau still akan kawan dengan aku kan?" Aku menyoalnya. Dahinya berkerut. Tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie yang dipakai.

"Of course" dia mengangguk. Aku menarik nafas sedalam mungkin. Jantung aku semakin laju mengepam darah. Aku cuba menenangkan diri. Tangan aku genggam sekuat mungkin.

"Kalau aku cintakan kau.. kau balas tak.. hakikatnya Joon.. aku cintakan kau.. aku sayangkan kau" mata Namjoon membulat.Dia mengalihkan pandangannya. Kemudian dia memandang aku kembali.

"A-aku pon sukakan kau Jen" senyuman aku mekar sendiri. Kata-kata yang baru sahaja diucapkan itu membuatkan aku bahagia. Dia sayangkan aku. Dia balas perasaan aku. Wajah Namjoon aku pandang lama. Aku je yang perasan atau fieasat aku yang silap. Kenapa aku tengok dia tak gembira.

"Joon awak okey?" Aku menyoalnya dan dengan agak lambat dia mengangguk. Kemudian tangan aku digenggamnya kemas. Senyuman kelT jelas terukir di bibirnya.

"Kau takkan bahagia Jen" aku dengar seseorang berbisik di telinga aku. Segera aku pandang kiri dan kanan. Tiada siapa. Bulu roma aku meremang. Aku memasukkan tangan aku ke dalam jaket tipis yang berada di badan. Langkah aku mengorak mengikut langkah Namjoon.

Telefonnya berbunyi membuatkan dia berhenti daripada berjalan. Nama si pemanggil dilihatnya. Kemudian terus dia memandang wajah aku.

"Jen.. kau jalan dulu.. nanti.. nanti aku datang balik" Di teus beredar. Aku terasa. Ya aku terasa. Kenapa aku rasa macam diri aku dipermainkan. Namun aku diamkan diri. Mata aku menangkap kelibat seseorang. Dahi aku berkerut. Bukan ke tadi Namjoon dekat tempat lain tapi kenapa dia berada di hadapan aku. Bersama dengan seorang bayi di tangannya.

Mata aku membuntang. Sekali lagi aku melihat Kim Namjoon dihadapan aku. Pakaian dia juga berlainan. Bukan hoodie Sebalikng kemeja. Aku cuba menghampirinya namun dia menggeleng.

"Belum tiba masanya lagi sayang" dia mengumam kata. Aku cuba mengikuti jejak langkahnya namun belum sempat aku mahu berganjak tangan aku ditarik oleh seseorang. Aku berpaling.

"Nak pergi mane?" Aku terpempan. Kehilangan kata. Wajah Namjoon aku pandang lama. Aku tak silap tengokkan?

"Ouh.. urhmm.. tak.. saya cuma nak jalan-jalan" aku berkata perlahan. Keningnya dia jungkitkan. Dahinya juga turut dikerutkan.

"Nasib baik kau tak jatuh dalam sungai ni.. lain kali hati-hati Jen.. jangan buat aku risau" aku memandang langkah aku. Selangkah lagi sebelum aku terjatuh. Keluhan berat aku lepaskan. Langkah aku injak ke belakang. Mata aku meliar memandang sekeliling.

Seorang makcik menjual aiskrim menarik perhatian aku.

"Jom makan aiskrim nak?" Aku mengajak Namjoon dan dia mengangguk. Langkah diorak menuju ke arah makcik tersebut.

"Nak aiskrim vanilla dua" Namjoon menyangkan dua jarinya dan makcik itu mengangguk. Tanpa di katakan permintaan aiskrim aku Namjoon terlebih dahulu memesan. Disebabkan dia nak belanja jadi aku diamkan diri. Taknak banyak karenah. Kesian dekat Namjoon.

"Bukan ke kamu ade datang dengan perempuan lain minggu lepas?" Makcik itu menyoal. Mata Namjoon membulat. Kemudian dia mengalihkan pandangan. Aiskrim yang dihulurkan oleh makcik tadi diambilnya.

"Ouh.. tu adik saya" Namjoon tersenyum kelat. Makcik tersebut seakan mahu mengutarakan sesuatu namun belum sempat mendengarnya Namjoon terlebih dahulu menarik tangan aku. Telatah dia lain. Ye. Cukup lain. Aiskrim dihulurkan kepada aku. Tangan aku mengambilnya. Kemudian terus kami berjalan di sekitar sungai Han.

🌺🌺🌺🌺🌺
Aku tersenyum bahagia. Masuk kali ni dah sebulan aku dengan Namjoon bercinta. Dia baik. Cukup baik. Lain daripada berita yang aku pernah dengar, cuma kadang-kadang dia pelik. Setiap kali dia angkat call mesti dia akan jauhkan diri dari aku. Bila ditanya dia kata tu kawan dia.

Tapi, takkanlah call kawan sampai nak berahsia. Ada masa aku tanya juga kenapa dia begitu. Tapi dia kata dia dah terbiasa.

Aku mengorak langkah menaiki tangga rooftop. Pintu rooftop sekolah aku buka. Kellihatan Namjoon sedang duduk di situ bersama dengan seseorang.

"Taehyung?" Aku menyoal Taehyung dan dia tersenyum petak. Namjoon yang baru sahaja melihat aku turut tersenyum.

"Ouh Jen.. harini Tae kata dia nak join kita" aku mengangguk. Senyuman manis aku berikan. Namjoon mengangkat panggilan telefonnya. Dahinya berkerut dan sesekali dia tersenyum.

"Urr.. sayang.. saya nak pergi tandas kejap.. kejap lagi saya datang balik" aku mengangguk. Punggung aku labuhkan di sebelah Taehyung.

Tangan aku Taehyung pegang. Aku memandangnya.

"Kau tak pelik dengan dia? Kau yakin dia betul nak ke tandas?" Aku mengangguk. Senyuman kelat aku berikan.

"Takkan lah dia nak tipu pulak.. diakan boyfriend aku" Taehyung tergelak. Bahu aku ditepuknya.

"Kenapa tak?? Sedang kan suami mimpi kau pon pernah curang" aku terkilan.

"Aku pelik dengan kau.. macam mana kau tau semua mimpi tu? Aku tak pernah cerita dengan sesiapa kecuali abang aku, Jungkook dan Namjoon" Taehyung tergelak.Dia memandang langit kemudian dia berbaring. Tangan menjadi alas kepala dia.

"Jungkook bagitau.. jadi aku tau" dia mengukir senyuman petaknya lagi.

"Jen.. kalau satu hari kau tau kau buat kesilapan.. kau cuma perlu cari aku" Taehyung mengubah riaknya menjadi serious.

"Kalau kau terluka.. dan kau nak bahagia.. kau cuma perlu cari aku" dia bangun daripada pembaringannya. Tangan aku dipegagnya kemas. Aku terkilan. Aku tak faham dengan apa yang dia maksudkan.

"Merepek lah kau ni..mestilah aku bahagia dengan pilihan aku.. lagipon aku dapat bersama dengan orang yang aku nak" aku berkata selamba. Bahu aku Taehyung tepuk perlahan. Dia menguak rambut hijaunya ke belakang.

"Macam mana kalau aku kata pilihan kau salah?" Dia menyoal aku. Aku tergamam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro