Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

You

Aku membasuh pinggan di sinki. Kepala yang pening aku endahkan. Nanti lepas dah habis kerja boleh lah aku berehat. Bibir mengukir senyuman tawar. Yakin ke aku boleh rehat.

Aku menggelengkan kepala. Cuba menghilangkan kata-kata negatif. Aku menyiapkan tugasan aku. Derapan kaki membuatkan hati aku berdebar. Aku tak paham dengan diri sendiri. Kenapa lepas semua apa Namjoon kata. Aku masih sayangkan dia.

"Aku ada soalan.. kau ni memang bawak bala eh?" Aku mendiamkan dan cuba untuk tidak melayan kata-kata nya. Nanti dia dah penat dia diamlah.

"Sebab kau ni kan pembunuh" dia masih berkata-kata. Tak penat ke Namjoon hina saya? Saya pon penat dah nak dengar. Nak melayan awak. Nanti saya jugak yang sakit.

"Penagih.. pembunuh.. kaki kikis.. suka amik kesempatan" dia menyambung lagi. Aku menyudahkan kerja aku. Terus peti ais aku buka dan mengeluarkan bahan untuk masak. Mata aku bertentang mata dengan Namjoon. Aku mengalihkan pandangan aku. Mesti dia tak suka aku pandang dia.

Aku tahu Namjoon terluka dan disebabkan tu aku diamkan diri. Disebabkan tu aku jaga hati dia elok-elok walaupun dia banyak kali tikam aku dengan kata-kata pedas yang tak henti keluar dari mulut dia. Hilang semua kata-kata manis.

"Mesti mak ayah kau tak ajar kau kan.. sebab tu kau menagih. Menagih kasih sayang.. menagih simpati.. menagih dadah.. sebab kau kurang kasih sayang.. ouh mesti sebab tu kau jadi pembunuh kakak kau kan.. sebab dia ada apa kau tak de..ouh entah-entah kau bunuh mak ayah kau jugak sebab dia tak bagi kau duit" aku menghentikan segala kerja yang aku buat. Mata aku tepat memandangnya.

"Awak ni kenapa?" Aku menyoalnya. Nada aku lembutkan. Masih mahu menjaga hati dia.

"Apa? Aku cakap benda betul.. mesti kau nih bukan anak yatim kan.. kau nih kena buang keluarga.. mak ayah kau tak ajar kau eh?" Dia menyindir.

'Pang'

Aku menampar pipinya. Geram dengan apa yang dia katakan. Aku tak kesah dia hina aku tapi aku tak boleh biarkan dia hina ibu bapa aku. Keadaan hening. Terus aku mengorak langkah menuju ke atas. Maaf Namjoon. Tapi saya terpaksa. Aku mengunci pintu bilik. Air mata aku berderai.

Aku tekup muka dengan bantal. Esakan tangisan kedengaran. Kenapa saya yang awak kena salahkan. Saya tak pernah bunuh kakak saya. Tapi dia yang korban diri. Tak pelah Joon. Ini rahsia saya dengan kak Seolmi. Jangan menyesal kalau awak tau kebenaran suatu hari nanti.

************************

Bebulan dah berlalu. Keadaan rumah yang dulunya sepi sekarang masih sepi. Sejak saya tampar awak, tak pernah pon awak nak cakap dengan saya. Sekarang ni dah seminggu awak tak balik. Joon saya rindu awak.

Aku menutup telinga dengan tangan. Hujan di luar membuatkan aku makin takut. Air mata aku mengalir. Takut aku takut. Mata aku pejam. Mulut tidak henti terkumat-kamit menyatakan betapa takutnya aku.

Hujan yang kian lebat di luar buatkan aku makin takut. Memori lama kembali menerpa minda. Aku menangis. Tubuh aku sandarkan pada pelosot dinding bilik. Tangan makin dipaksa untuk menutup telinga. Kalau dulu Namjoon ada. Dia boleh tenangkan aku. Tapi sekarang takde.

Kepala kembali sakit. Berdenyut-denyut. Pandangan aku berpinar sebelum aku rebah. Namjoon. Awak dekat mana.

Aku membuka mata aku. Hujan telahpun berhenti. Terus aku bangun dan aku bersihkan diri. Kemudian terus aku bersihkan rumah. Aku tak nak bila Namjoon balik nanti dia ingat aku ni pemalas.

Aku menyarung kardigan tipis pada tubuh. Terasa ingin bersiar-siar. Kaki aku orakkan dengan lambat. Mata tidak henti mrmandang ke sekeliling. Rindu sangat dengan semua permandangan ni. Aku mengukir senyuman tipis.

Aku meneruskan langkah aku satu persatu. Sambil itu aku mengira langkah sendiri. Hilangkan kebosanan. Tangan aku seluk ke dalam poket cardigan yang aku pakai.

Sedang leka menikmati permandangan, mata aku tertumpu pada sesuatu.

Keadaan di dalam cafe di seberang jalan. Begitu menarik perhatian. Mata aku berkaca. Kenapa aku kena tengok semua ni. Tak. Aku salah tengok kot.

Aku memaksa fikiran menerima segala kata-kata positif daripada diri sendiri. Sedangkan aku tahu itu cuma akan menipu diri sendiri. Mungkin Namjoon tak balik sebab dia sibuk dan perempuan yang ada di hadapan dia tu cuma pelanggan ataupun kawan dia.

Tapi...

Kawan jenis apa kalau sampai berciuman. Aku menahan air mata daripada mengalir. Seminggu dia tinggalkan aku keseorangan. Berbulan dia biarkan cinta aku tergantung tak berbalas disebabkan kesilapan. Tapi ini ke yang aku dapat.

Kaki terasa longlai. Lemah rasanya. Aku terduduk. Tangisan aku meledak. Biarlah orang lain pandang pelik. Diorang tak tau betapa berkecainya hati aku sekarang.

Bahu aku dipengang oleh seseorang. Namun aku abaikan. Aku perlukan penjelasan untuk semua ni. Joon. Saya yang salah tafsir ataupun ini memang kenyataan. Awak layan saya teruk bukan sebab kak Seolmi kan? Sebab awak ada perempuan lain. Macam tu ke.

"Aku nak bagitau kau sebelum ni.. tapi tak sampai hati" tubuh aku ditarik masuk ke dalam pelukan seseorang. Degupan jantungnya membuatkan aku terasa dilindungi.

Mata aku tepat memandang dia. Makin berair dibuatnya. Rindu dan sedih dalam masa yang sama. Dia menggosok belakang badan aku. Pelukan makin dieratkan.

"Aku ada untuk kau" dia menenangkan aku kembali. Air mata yang mengalir dipipi dia kesat menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis diberikan.

"Kalau dia buang kau.. aku ada.. kalau dia duakan kau.. aku ada untuk kau.. aku suka kau.. kau tau kan.. aku sayang kau.. kalau kau terima aku.. aku pasti akan bahagiakan kau" dia tersenyum. Terasa seakan diberikan segelumit harapan. Si 'dia' dah kembali.

Aku tersenyum tawar. Pelukan aku lepaskan.

"Saya masih sayangkan dia.. kalau dia benci saya sekalipun saya masih tetao cintakan dia" aku mengawa air mata supaya tidak mengalir lagi. Aku sayangkan Namjoon.

"Dia dah buang kaum. Jangan jadi bodoh.. jangan pernah berharap yang kau akan bertakhta dalam hati dia lagi.. perempuan tu.. kalau kau nak tau.. Namjoon dah kahwin dengan dia seminggu yang lepas tanpa pengetahuan kau" aku tergamam. Lidah kelu tanpa bicara. Namun hati masih tetap dengan pendirian sendiri.

"Awak pon pernah buang saya.. pernag campak saya jauh dari hidup awak.. awak lupa? Tapi sekarang.. saya masih bertakhta kan?? Saya yakin dia akan cintakan saya.. saya bukan tak nak percaya awak.. cuma saya nak dengar dari mulut dia sendiri.. kalau betul apa yang awak cakap.. saya akan lepaskan dia.. saya akan jauh dari dia kalau itu kebahagiaan yang dia nak" aku tersenyum kelat. Langkah kaki aku orakkan. Hati berharap agar semua pendirian aku tak di

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro