Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Will you come?

Aku memandang ke arah luar tingkap. Permandangan yang jauh dari kota seoul sedikit menenangkan aku. Senyuman mula terbit sendiri di bibir.

"Nah.. minum.. jaga diri.. aku kena pergi kerja" aku memandang Jungkook yang sudah siap dengan baju kerjanya. Satu anggukan aku beri.

Susu badam yang diletakkan di hadapan aku tadi aku ambil dan aku hirup perlahan. Namjoon awak sihat tak? Soalan itu bermain di fikiran aku. Telefon yang berada di atas meja aku ambil. Nombor Namjoon aku pandang lama.

Berkira-kira sama ada mahu mendail atau biarkan sahaja.Satu keluhan dilepaskan. Mungkin aku tak patut ganggu kehidupan bahagia dia. Perut aku usap perlahan. Lagi berapa bulan sahaja sebelum pembedahan perlu dilakukan.

Wajah aku raup kasar. Aku risau tentang kandungan aku. Pembedahan memang akan selamatkan anak yang aku kandung tapi mampukah dia hidup dengan Namjoon? Mampu ke Namjoon terima anak ni sedangkan aku dah larikan diri. Atau aku patut bagi hak penjagaan dekat Jungkook. Aku betul-betul keliru.

Kalau boleh aku nak sangat jaga dia. Aku nak besarkan dia.Dada aku kian terasa sakitnya. Beberapa minggu yang lepas, ada juga aku pergi buat pemeriksaan. Tapi sayangnya tiada berita baik.

Aku menghabiskan susu badam. Kemudian terus aku menuju ke bilik dan kot nipis aku sarungkan ke tubuh. Teringin untuk bersiar-siar walaupun Jungkook dah tak bagi.

Hidung yang tiba-tiba sahaja mengalirkan darah aku kesat menggunakan tisu. Terus aku keluar daripada rumah dan aku menuju ke taman yang berdekatan.

"Ibu harap nanti kamu sihat ye sayang" aku mengusap perut aku. Bangku yang berada di taman menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung. Bibir mula mengukir senyuman apabila melihat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain.

Seakan sebuah ilusi sendiri aku melihat susuk tubuh Namjoon berada tidak jauh daripada taman ini. Air mata aku mula memenuhi tubir mata. Walaupun ini sekadar ilusi ianya masih lagi menyakitkan. Joon kalau saya tau sesakit ini untuk berpisah.. saya takkan tinggalkan awak.

Telefon yang berdering membuatkan dahi aku berkerut. Terus pandangan tertumpu pada nama si pemanggil. Jungkook. Kenapa dia call? Tanpa berfikir panjang jari laju sahaja menyeret skrin telefon.

"Kau buat apa?" Soalan dari Jungkook membuatkan aku tergelak kecil.Risau sangat anak jeon ni.

"Saya dekat taman.. lepastu nanti saya balik" keluhan di hujung talian membuatkan aku menahan ledakan ketawa aku. Serious aku kata Jungkook ni terlampau manjakan aku sangat.

"Jaga diri.. hati-hati tau" itu pesanannya sebelum dia meletakkan panggilan. Aku bangun daripada duduk aku. Kaki terus mengorak langkah menuju ke rumah. Cukuplah untuk permandangan hari ni.

"Puan" aku menoleh. Mata aku membulat dan mulut aku tergamam. Untuk seketika aku terpaku. Tak sangka akan nampak dia dekat sini.

"Puan ada nampak dia ni? Saya tengah cari dia" sekeping gambar dihulurkan. Berkerut dahi aku dibuatnya. Takkan dia tak perasan perempuan dalam gambar tu aku. Namjoon takkan awak dah lupa macam mana rupa saya. Ouh mungkin awak tak perasan sebab mask yang saya pakai.

"Tak.." hanya itu yang aku jawab. Namjoon mengangguk kemudian terus dia berlalu pergi. Untuk seketika saya nampak awak Joon. Tapi sayangnya awak tak perasan. Mungkin kali ni bukan masa yang tepat lagi.

Aku sekadar memerhati Namjoon. Dia nampak tak terurus. Chaeyoung tak jaga dia ke? Satu keluhan berat aku lepaskan. Terus aku mengorak langkah pulang ke rumah.

Pintu rumah aku buka. Mask yang terletak elok di muka aku tanggalkan. Terus aku melabuhkan punggung di ruang tamu. Belakang rasa sakit. Penat berjalan.

Aku memejamkan mata. Keluhan sekali lagi aku lepaskan sebelum aku buka mata semula. Lapar. Aku menuju ke dapur. Beberapa peralatan memasak aku keluarkan sebelum aku memasak bubur kosong.

Tekak aku menelan bubur yang dimasak dengan agak payah. Sejak perut aku tak dapat cerna makanan dengan baik. Ini je yang mampu aku makan. Kesian anak ibu ye. Tak dapat nutrisi.

Aku menghabiskan makanan yang terdapat di dalam pinggan. Bunyi loceng rumah yang berbunyi membuatkan aku menuju ke pintu.

Pintu rumah aku buka dengan agak lambat. Mata aku meliar mencari orang yang menekan loceng. Namun tiada. Takkan aku salah dengar.

"Akak.. akak ibu titew suruh bagi akak buah ni.. dia kata baik untuk akak.. srbab akak mengandung" aku memandang figura genit yang berada di hadapan aku. Kanak-kanak itu tersenyum manis. Sebakul buah dihulurkan kepada aku.

"Terima kasih" aku menguntum senyuman. Rambut kanak-kanak itu aku usap perlahan. Dia tersenyum. Terus tangannya dilambaikan kepada aku sebelum dia beredar.

Aku membawa bakul buah tadi masuk. Gembira bila dapat pemberian orang. Nak nak pulak budak kecik comel tu hantar. Agak-agak anak ibu nanti macam tu tak? Cepat lahir ye sayang? Aku mengusap perut aku.

Namjoon pov..
Aku membaringkan diri di atas katil. Mata aku paksa untuk tidur. Biarlah kalau tidur siang hari pon. Tapi lagi aku paksa untuk tidur. Lagi tak boleh tidur. Fikiran ni asyik nak cari Seojung je. Aku memerhati diri sendiri di hadapan cermin.

Dengan lingkaran hitam bawah mata, sebijik macam juon. Aku tergelak seorang diri. Rambut aku ramas kasar. Serabut. Serabut fikir macam mana aku nak cari Seojung. Macam mana aku nak ambil dia dari Jungkook.

Atau..

Cara mudah aku cari Jungkook. Tanya dia. Kalau dia tak nak jawab aku bunuh je. Aku tergelak. Tangan aku tepuk. Bijak Namjoon. Bijak. Makin kuat tawa aku. Kemudian air mata aku jatuh berguguran. Tak lama lagi sayang. Tak lama lagi Joon akan ambil Jung balik.

"Yang kau dah macam orang gila kenapa?" Teguran daripada seseorang membuatkan aku merengus geram. Terus aku menghampirinya dan rahangnya aku cengkam.

"Kau chaeyoung kau diamm.. aku tak nak dengar apa kau cakap.. shhhh... Joon nak jumpa Seojung... hahaha" aku tergelak. Rahang yang dicengkam kuat tadi aku lepaskan.. aku memandang sang figura di hadapan aku.

"Gyu mana chaeyoung??" Aku menyoal Mingyu. Dia menjeling aku. Pandangan dingin dihadiahkan. Tangannya disilangkan ke dada.

"Apa hyung merepek ni? Mana ade sesiapa selain gyu" aku menghentak kaki aku. Protes. Terus aku keluar daripada bilik. Aku perlu cari Jungkook. Aku yakin dia mesti tau mana Seojung.

Aku keluar daripada rumah. Terus aku lintas jalan tanpa pandang kiri kanan. Alah kereta takde tak pa. Aku tergelak. Bunyi hon kereta kedengaran. Terus membulat mata aku.

'Pin.... pin..... pinnnn... bammmmm "

Tubuh aku terpelanting. Kepala aku kian terasa berat. Pandangan aku berbalam-balam. Tak aku tak boleh berhenti sekarang. Aku cuba untuk bangun tapi tak boleh. Kepala aku makin bertambah rasa berdenyut. Makin terasa berat. Seojung.. tunggu. Aku yakin aku akan cari kau..


Makin kejam pulak konflik ni hyun rasa... hahaha.. macam merepek pon ada... urhmm urhmmm.. sorry hambar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro