Why me?
Aku termenung seorang diri di atas rooftop sambil menunggu Namjoon datang kembali. Taehyung? Dia dah lama beredar. Katanya terdapat pelajar yang perlu dirawat. Aku menggenggam jari aku kuat. Perasan berdebar. Fikiran tertanya apa pengakhirannya. Bahagia atau derita.
Kata-kata Taehyung dan Jungkook sebelum ini kian bermain di fikiran aku kembali. Apa yang cuba mereka maksudkan. Apa yang dimaksudkan dengan pilihan aku salah. Aku mengeluh perlahan. Seseorang memeluk aku daripada belakang. Aku menoleh. Mata aku bertemu dengan mata hazel itu kembali. Dia mengukir senyuman manis.
Dia memandang langit. Dengan rambut yang di warnakan blonde dan juga senyuman yang kekal terukir. Dia kelihatan kacak. Dia duduk di sebelah aku. Tangannya ligat bermain dengan hujung rambut aku. Aku tergammam. Hati kian tak dapat duduk diam.
Namun jauh di dalam sudut hati tanda tanya sering bermain. Begitu juga dengan fikiran aku. Setahu aku Namjoon tak warnakan rambut dia. Kecuali dalam mimpi aku. Aku mengukir senyuman manis.
Senyumannya bertukar kelat.Matanya memandang wajah aku. Dia memaksa dirinya mengukir senyuman manis kembali sebelum dia memandang ke arah lain.
"Bila kita dapat bersama? Jangan hapuskan saya dalam hidup awak sayang.. saya tak sanggup kehilangan awak" dahi aku berkerut. Kenapa aku perlu tinggalkan dia sedangkan aku mencintainya. Baru sahaja mulut ingin menyoal seseorang menegur aku. Aku berpaling. Kerutan di dahi makin bertambah. Tempat yang Namjoon duduk tadi aku pandang. Kosong.
"Bukan ke tadi awak dekat situ?" Aku menjuihkan bibir aku. Namjoon menggeleng. Warna rambutnya juga lain. Makin membuatkan aku pelik. Matanya juga tidak berwarna hazel seperti tadi.
"Mana ada.. saya kan jawab telefon tadi.. saya tau awak rindu saya.. tapi janganlah berangan" Namjoon tergelak. Bahu aku dirangkulnya erat. Aku berangan ke? Kenapa aku rasa semua tu betul. Aku melepaskan keluhan.
"Jom masuk kelas.. nanti kita lambat" aku sekadar mengangguk. Dengan agak lambat aku melangkah menunggalkan rooftop. Walaupun jalan berdua bersama dengan Namjoon kenapa aku rasa macam ada orang lain yang turut berjalan bersama kami. Ahh.. mungkin hayalan aku.
Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap. Udara sepoi-sepoi bahasa yang menerpa wajah aku biarkan. Nyaman sangat. Seseorang mengetuk pintu kelas dan itu menyentakkan lamunan aku. Mata aku tertumpu pada figura berambut hijau yang sedang bercakap dengan puan Kim di hadapan kelas. Sesekali dia memandang aku.
"Jennie.. doktor Kim nak jumpa awak kejap" aku mengangguk. Terus aku bangun daripada tempat duduk dan aku menuju ke luar kelas bersama dengan Taehyung. Jejaka itu sekadar tersenyum petak. Tangannya dimasukkan ke dalam poket kot doktornya.
"Kenapa?" Aku menyoalnya dan kemudian dia menggelengkan kepala. Tubuh di sandar pada dinding. Riaknya kelihatan tenang sedangkan aku didalam dilema perasaan.
"Kau nak kita berbincang dekat sini atau kau nak kita berbincang dekat tempat lain.. ada sesuatu yang aku nak bagitau kau.. penting" Dia menekan setiap ayatnya dan aku mengangguk. Terus aku mengikut langkahnya menuju ke taman yang berada di belakang sekolah.
Bangku yang terdapat di taman itu aku duduki. Begitu juga dengan Taehyung. Sehelai kertas berlipat dihulurkan kepada aku. Berkerut dahi aku dibuatnya.
Belum sempat aku mahu membuka dan membacanya Taehyung terlebih dahulu menghalang tingkah laku aku.
"Buka bila kau sesorang.. by the way.. kau dengan Namjoon tu saling mencintai ke?" Aku mengangguk. Yakin dengan jawapan sendiri.
"Jangan yakin sangat dia sukakan kau.. jangan kecewa jika apa yang kau bakal tahu kecewakan kau.. ingat seseorang masih setia menanti diri kau" makin berkerut dahi aku. Tangan menggaru kening sendiri yang tidak terasa gatal. Taehyung masih beriak tenang sedangkan dia tahu aku dipenuhi dengan tanda tanya.
"Aku kena pergi.. kalau tak kau takde masa dengan dia" Taehyung tersenyum. Terus dia beredar.Aku menjungkitkan kening aku. Pelik. Dia? Siapa? Aku memandang sekeliling namun tiada sesiapa yang berada di situ.
Tangan membuka lipatan kertas yang diberikan oleh Taehyung tadi. Senyuman terukir manis apabila melihat nama si pemberi surat.
Kim Namjoon.. mimpi anda yang terchinta.. hee.. hai sayang.. rindu saya tak? Saya rindu awak sangat.. anak kita pon.. rindu awak sangat.. saya harap.. awak mampu buat pilihan yang tepat.. jangan hampakan penantian saya.. jangan hampakan harapan saya.. saya tau saya banyak sakitkan hati awak.. maafkan saya.. tapi tolong.. benarkan peluang kedua.. buka hati awak.. buat pilihan yang tepat.. saya sayangkan awak.. sayang sangat
Aku tersenyum keseorangan. Ayat yang baru aku baca tadi membuatkan aku bahagia. Walaupun ayat itu bagi aku agak pelik. Namun ianya tetap membuatkan aku tersenyum keseorangan. Kertas tadi aku simpan ke dalam poket kembali.
Loceng yang berbunyi membuatkan aku bergegas menuju ke kelas kembali. Waktu persekolahan sudah tamat. Aku mengambil beg aku. Kemudian barang di bawah meja aku sumbatkan ke dalam beg. Langkah laju aku orak menuju ke perhentian bas.
Nafas lega aku hembuskan. Nasib baik aku sempat naik bas. Kalau tak memang terpaksa lah aku menapak 10 kilometer untuk sampai ke rumah. Mata meliar melihat pemandangan luar. Aku tergamam. Hati terasa seakan dicarik dan dikoyakkan secara perlahan. Mulut tidak henti melontarkan ayat carutan. Mungkin aku silap tengok. Tapi tak. Aku tak silap.
Leaki yang berada di seberang jalan itu sememangnya Namjoon. Dan dia memegang tangan perempuan lain serta mengucupnya. Aku mengetap rahang kasar. Tubir mata mula dipenuhi dengan air mata. Namjoon tak guna.
Aku mengeluarkan telefon bimbit aku nombor lelaki itu segera aku dail. Aku perlukan penjelasan untuk semua yang aku lihat tadi. Aku perlukan penjelasan untuk menenangkan kembali hati. Kertas yang aku masukkan ke dalam poket tadi aku cari, namun tiada. Takkan cicir.Air mata yang menitis di pipi aku lap kasar.
"Awak.. urhmm boleh tak petang ni kita jumpa?" Aku menyoalnya dan setelah mendengar jawapannya aku tersenyum kelat. Baguslah jika dia setuju untuk berjumpa. Aku terdesak untuk penjelasannya.
🌺🌺🌺🌺
Aku mengenakan gaun berwarna biru muda. Langkah aku orak menuju ke taman yang telah dijanjikan. Aku melabuhkkan punggung pada bangku yang disediakan. Tangan memegamg telefon erat. Earphone aku pasangkan di telinga.
Sejam sudah berlalu. Aku makin gelisa. Kemana lelaki itu pergi sedangkan dia sudah berjanji untuk bertemu dengan aku di sini. Beberapa kali juga aku dail nombornya namun tidak pula diangkat. Aku makin resah. Aku makin terdesakkan jawapan. Macam mana kalau semua yang Taehyung katakan betul. Macam mana kalau ayat Jungkook sebelum dia pergi betul.
Mata aku meliar memandang sekeliling. Mana tahu jika aku dapat menangkap kelibat lelaki itu. Namun tiada. Aku makin hampa. Tanpa berfikir lebih lama aku melangkah pergi. Baru sahaja aku ingin melintas jalan. Sekali lagi aku melihat Namjoon. Bersama perempuan yang sama. Mereka kelihatan mesra. Hati aku punah. Jadi itu sebabnya Mengapa dia tak berjumpa dengan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro