Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

We

Aku memasuki bilik selepas pulang daripada makan tadi. Fuh kenyang.tak dijangka bahawa makanan di restoran tadi sememangnya sedap. Aku menepuk perut aku. Tak pernah aku makan sekenyang ini. Tubuh aku baringkan di atas katil. Empuknya katil ni. Dah makan kenyang ni mata pon ngantuk.

Aku menguap beberapa kali. Pipi aku tepuk supaya aku tak tertidur. Aku bangun daripada pembaringan. Pintu bilik aku buka dan aku mula mengayun langkah untuk ke ruang tamu. Daripada aku menghabiskan masa membuat taik mata lebih aku menonton televisyen.

Beberapa langkah lagi mahu sampai di tempat yang dituju mata aku menangkap figura suami aku. Dia juga turut berada di situ. Cermin mata separa bulat terletak elok di batang hidungnya. Khusyuk benar dia membaca buku. Aku duduk di sebelahnya dan itu membuatkan matanya memandang aku sekilas sebelum dia memandang kembali buku yang berada di tangan.

"Kau nak pergi mana-mana tak?" Dia menyoal aku. Pandangannya masih lagi sama seperti tadi. Fokusnya hanya pada buku.

"Tak" aku menjawab sepatah disebabkan aku sendiri tidak pasti sama ada aku mahu keluar ataupun tidak. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku mengajak namjoon untuk ke taman tema yang baru sahaja dibuka. Tapi aku takut kalau dia penat pula nanti. Sudahlah hari ini baru dia cuti. Itupun sebab dia kahwin dengan aku. Kalau tak tu mesti dia kerja. Kak mirae sendiri pernah kata bahawa namjoon jenis yang pentingkan kerja dia. Kalau boleh 24 jam dia nak kerja. Hek gila kerja.

Aku merapatkan jarak aku dengan namjoon. Buku di tangannya aku ambil dan itu membuatkan dia memandang aku dengan pandangan tajam. Aku tersenyum apabila melihat riaknya begitu. Aku bukannya tak tahu yang dia memang akan memberikan riaksi itu. Aku tahu.

"Pulangkan" dia bernada dingin. Aku masih lagi tidak mahu memulangkan bukunya. Aku mahu dia luangkan masa dengan aku. Seharipun jadilah. Aku dah cukup bosan bersendirian dan tak berbual.

"Tak nak" lidah aku jelir padanya. Meledak ketawa aku apabila melihat dia menunjukkan muka tidak puas hatinya. Seronok menyakatnya begini.

"Seojung aku kata bagi balik buku tu"aku menggeleng.jari aku goyangkan ke kiri dan kekanan di hadapan wajahnya.

"Jangan paksa aku seojung"aku berkerut.aku paksa dia buat apa?aku cuma nak dia luangkan masa dia dengan aku.dahlah harini kitorang sah sebagai suami isteri.dia pulak sibuk buat keje dia.

"Pulangkan balik seojung..bagi buku tu"namjoon menolak tubuh aku sehingga membuatkan aku terbaring di sofa ini.jaraknya dengan aku begitu dekat dan hanya dipisahkan dengan buku yang aku pegang. Tangannya menahan tubuh aku daripada bergerak. Liur aku telan. Terasa janggal. Pipi aku membahang.

"Jangan kacau aku faham?" Aku mengangguk. Dia tersenyum manis. Di menjarakkan kedudukannya kembali dan buku di tangan aku diambilnya. Aku kaku. Posisi aku masih sama. Mata aku kelipkan beberapa kali. Weh sebaik tak kena heart attack. Hampir tercabut nyawa rasanya.

Aku membetulkan posisi aku kembali. Mata aku melirik namjoon kembali. Ya tuhan. Hati aku kembali berdegup kencang.

"A-awak.. boleh tak saya nak jumpa dengan kak mirae?" Aku menyoal namjoon. Aku fikir lebih baik aku keluar berjumpa dengan kak mirae. Ada banyak benda yang aku hendak katakan kepada kak mirae tentang kelakuan adiknya yang tidak habis mahu menggoda. Aku nak sakat dia, aku yang tergoda.

Namjoon mengangguk. Tersenyum lebsr aku dibuatnya. Nasib baiklah dia benarkan aku keluar.

"Tapi pergi dengan aku" membulat mata aku dibuatnya. Kenapa dia nak ikut pula. Macam tahu sahaja bahawa aku ingin menceritakan tentang kelakuannya.

"K-kenapa pulak awak nak ikut?" Aku menyoalnya.Dia memandang aku dan kemudian dia tersenyum. Buku di tangannya di tutup dan diletakkan di atas meja.

"Sebab ibu nak jumpa kita.. kebetulan pula kak mirae ada dekat rumah ibu.. sebab tu aku nak ikut" aku mengangguk faham. Namjoon membetulkan cermin mata bulatnya yang melorot jatuh sedikit.

"Pergi lah siap" namjoon mengambil bukunya semula. Aku terus mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Tidak sabar untuk bertemu dengan kak mirae. Cuma aku juga masih lagi tifak bersedia untuk berjumpa dengan ibu namjoon. Aku dahlah tak pernah bertemu dengan wanita itu. Bagaimana jika dia tak sukakan aku. Aku menghela nafas berat.almari baju aku buka. Gaun berwarna biru langit aku capai dan aku pakai.

Aku membelek muka aku di hadapan cermin. Gincu aku calitkan supaya nampak lebih natural. Agak-agak aku nampak perfect tak depan mak mertua. Aku mengeluh sekali lagi. Macam mana kalau ibu namjoon tak terima aku sebab aku brkas banduan. Bekas penagih dadah pula tu.

Aku memaksa dua ulas bibir aku untuk tersenyum. Semuanya akan okay. Kalau namjoon dengan kak mirae boleh terima takkan ibu tak.

Aku membuka pintu bilik. Serentak dengan itu mata aku tertumpu pada figura yang berada di hadapan aku.

"Aku baru nak tanya dah siap ke belum.." aku tersenyum dua jari aku angkat ke atas. Menunjukkan tanda piece✌️ di hadapannya. Mata aku kenyit sebelah. Namjoon tergelak tapi dia masih lagi mengawal riaknya. Tahu aku comel.

"Jom gerak.." dia bernada dingin dan kemudiannya terus dia beredar. Aku menjuih bibir aku. Eh tak tergoda ke? Alah namjoon. Tak supportinglah. Aku menggelengkan kepala aku beberapa kali. Ingat seojung. Dia kahwin dengan kau sebab kesian. Ya dia kesian kan kau. Jangan anggap lebih. Aku mengatur langkah aku mengikut langkah namjoon yang makin tinggalkan aku sendirian.

Setelah setengah jam berada di jalan raya akhirnya aku sampai di hadapan rumah banglo tiga tingkat yang berada di hadapan aku. Serious aku terkejut. Bibir aku gigit. Perasaan nervous makin menguasai. Terpegun juga dalam masa yang sama disebabkan selama aku mrngenali kak mirae aku fikirkan yang dia dari keluarga yang biasa. Tapi tak. Kak mirae orang berada. Lihat saja rumah ibunya.

"Kau diri tegak dekat situ kenapa? Jom masuk" namjoon memandang aku. Baru sahaja dia mahu mengatur langkah untuk memasuki rumah banglo ini aku terlebih dahulu menahannya daripada berbuat demikian. Keningnya dijungkitkan sebelah. Menyoal aku. Aku menelan liur aku. Rasa payah pula mahu berbicara.

"I-ibu awak akan t-terima saya kan?!" Aku menyoalnya. Dia memandang aku dan kemudiannya dia menggeleng. Tangan aku makin sejuk. Kalau dah tau ibu dia tak terima aku kenapa nak kahwin juga dengan aku.

"Jangan lah takut sangat.. ibu akan terima kau.. macam mana aku terima kau macam tu jugak ibu akan terima kau.. walaupun dulu kau tu penagih" namjoon mengusap rambut aku dengan lembut dan itu membuatkan aku sedikit tenang. Pintu rumah banglo tiga tingkat itu dibukanya. Aku menyorok di belakang namjoon dan baju belakangnya aku tarik sedikit. Mata aku tidak henti daripada meliar mencari figura ibu namjoon.

"Joon.. sampai pun.. eh mana menantu ibu?? Ibu tak sabar nak jumpa dia!! Im excited.. akhirnya anak ibu ni kahwin jugak.."namjoon menjeling aku. Tangan aku direntapnya kasar supaya aku berdiri di sebelahnya.

"Ini ke menantu ibu?!! Ya tuhan.. bidadari mana kamu culik ni joon" tubuh aku ibu namjoon peluk erat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro