Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Two world

Bibir aku tidak henti mengucapkan ayat cerutan. Ibarat sebuah lirik lagu aku mrngutarakannya. Babih. Aku punya lah terkejut sebab aku risaukan Jungkook tapi rupanya doktor tersilap tekan butang untuk alat pernafasan pesakit di sebelah katil Jungkook. Aku mencarut lagi sebelum keluhan berta aku lepaskan.

Mata terhala pada Namjoon. Dia juga tidak henti daripada melepaskan carutan. Aku tergelak. Dia nampak comel sangat. Haih. Adakah ini penangan cinta? Aku menggelengkan kepala. Wajah aku tundukkan. Pipi aku membahang.

"Jen.. kau.. kau adik Jiyoung kan?" Aku mengangkat wajah aku dan agak lambat aku mengangguk. Dia tersenyun kelat. Tangannya menggosok belakang leher sendiri. Dah kenapa?

"Patutlah aku rasa macam aku pernah tengok kau" dia tergelak. Kemudian satu senyuman manis dihadiahkan kepada aku. Lesung pipitnya terselah membuat hati aku kembali berdegup laju. Hampir terkeluar jantung ni rasanya.

"Aku rasa kita boleh jadi kawan" dia berkata perlahan. Tangannya dihulurkan dan aku menyambutnya. Senyuman kelat turut aku berikan. Entah kenapa perkataan yang baru keluar dari mulutnya tadi cukup meremukkan hati aku. Terasa hati bagai dikoyak menjadi cebisan. Aku tak nak jadi kawan dia. Aku cuma nak cinta dia.

"Joon boleh tak awak biarkan saya dengan Jungkook kejap?" Aku menyoal dan dia mengangguk. Terus dia melangkah keluar daripada wad. Mata aku tertumpu kepada Jungkook. Aku mata memenuhi tubir mata. Perlahan-lahan setitik demi setitik mula menitis di pipi aku. Wajah aku tekup menggunakan tangan. Esakan tangisan kedengaran.

Hati aku sebak. Inike balasan yang aku dapat jika aku terlalu mencintai. Aku mengesat air mata aku. Tangan Jungkook yang sejuk dan pucat aku pegang lama. Wajah sahabat aku itu aku pandang lama. Otak ligat berfikir. Bagaimana kalau aku bakal kehilangannya.

"Kook aku tak boleh bayangkan kalau kau tinggalkan aku.. tak boleh Kook.. kau selalu ada dengan aku.. tapi kenapa? Kenapa semua ni mesti jadi" air mata kembali mengalir. Dada kian terasa perit. Bukan kerana aku sakit cuma keperitan yang ditanggung kini kian mengoyak hati sendiri. Kenapa dunia realiti begitu menyakitkan.

Pegangan tangan aku pada tangan Jungkook makin erat. Aku tak sanggup untuk kehilangan dia. Tak. Aku tak sanggup sangat. Tangan Jungkook yang berada di dalam genggaman tangan aku bergerak. Lantas aku mengesat air mata. Wajah Jungkook sekali lagi aku tatap lama. Menunggu dia untuk sedar.

Jungkook membuka mata. Dua ulas bibir pucat miliknya menguntum senyuman. Pipi aku diusapnya perlahan.

"Jenn.. alam.. kau pergi.. dan alam realiti.. berhubung.. kalau kau cintakan dia.. ini bukan sepatutnya jadi pilihan kau" Jungkook berkata perlahan. Kening aku berkerut. Tak faham dengan apa yang Jungkook cuba sampaikan.

"Apa maksud kau ni Kook?!!" Aku menyoalnya. Bahunya aku goncangan. Serious. Jungkook seakan menyembunyikan sesuatu daripada aku.

"Kau akan faham nanti Jen.. kau akan faham.." Jungkook kembali memejam matanya. Tangannya makin sejuk. Denyutan nadinya juga makin lemah. Mata aku membulat. Aku tak faham.

Titttttt... titttt... titttt

Aku tergamam. Kehilangan kata. Untuk seketika aku kehilangan ayat. Tubuh kaku Jungkook aku peluk erat. Seakan satu keajaiban di depan mata tubuh itu perlahan-lahan menghilang menjadi cebisan cahaya yang berterbangan di udara. Aku terpempan. Apa yang jadi.

Seseorang membuka pintu bilik wad. Mata aku tertumpu pada figura yang membuka pintu. Pandangan aku tertacap pada Namjoon.Dahinya dikerutkan. Keningnya juga dijungkitkan.

"Jenn.. kau buat apa dekat sini?" Kalinu aku pula yang memandnagnya pelik. Kenapa dia tanya aku macam tu sedangkan dia tahu aku dengannya datang untuk melawat Jungkook. Namun bagi aku itu tak penting. Air mata kembali mengalir. Tubuh Namjokn aku peluk.

"Joon.. Kook dah tak de.. hiks.. Joon" Namjoon menolak tubuh aku. Bahu aku dicengkamnya kasar. Aku berdecit kesakitan. Mata kami bertentangan. Namjoon masih lagi memegang bahu aku dia statik.

"Siapa Jungkook?" Aku mengerutkan dahi.

"Kawan kita lah" makin bertambah kerutan di muka Namjoon.

"Jenn.. kau merepek ape.. dah jom balik.. jenoh aku cari kau.. nasib baiklah ada orang kata kau dekat sini" aku terpempan. Kenapa Namjoon tak ingat Jungkook.

🌺🌺🌺🌺

Seminggu. Seminggu Jungkook tinggalkan aku. Kata-kata terakhirnya masih segar dalam ingatan. Aku tak faham, kenapa lepas Jungkook pergi takde siapa ingat dia kecuali aku. Termasuklah cikgu yang pernah mengajar. Semua kata diorang tak pernah ajar Jungkook sebelum ni. Malah abang aku. Dia pon sama tak kenal Jungkook.

Keluhan aku lepaskan. Kaki perlahan melangkah menuju ke taman sekolah. Aku melabuhkan punggungnpada bangku yang disediakan. Mata tertacap pada rama-rama yang hinggap pada bunga dihadapan aku. Aku termenung untuk seketika. Agak-agak Jungkook bahagia tak?

"Kau menung ape?" Seseorang duduk disebelah aku. Sekotak air susu coklat perisa dutch lady diberikan. Aku menyambutnya. Keluhan aku lepaskan lagi.

"Kalau saya cerita awak bukannya faham.. mesti nanti awak kata saya gila" aku menjuihkan bibir dan si jejaka berambut hijau dihadapan aku tergelak. Dia melabuhkan punggung nya disebelah aku. Tangannya disilangkan ke dada. Mata di pejam. Senyuman petak terukur di wajahnya.

"Kau fikirkan Jungkook kan?" Aku memandangnya pelik. Kenapa Taehyung ingat dan yang lain tak ingat.

"Awak ingat dia?" Taehyung mengangguk. Matanya kembali dibuka. Pandangannya tepat memandang anak mata aku. Dia kembali tersenyum.

"Ada masa.. Ape yang kau tahu diorang tak tahu Jen.. kau sama macam aku.." aku menjungkitkan kening aku. Serious kata aku langsung tak faham. Dari kehilangan Jungkook. Semuanya. Aku tak faham. Dunia realiti begitu mengelirukan aku.

"Kalau kau perasan.. dekat sana.. Jungkook tengah perhatikan kau.. begitu juga dengan eunmi.. kau kenal dia kan?" Aku mengangguk. Kening aku bertaut. Aku mengerutkan dahi. Macam mana Taehyung tahu pasal Eunmi sedangkan Eunmi anak aku dalam mimpi.

Aku memandang ke arah tempat yang Taehyung katakan. Tiada apa disitu melainkan bunga babybreath dan pionic putih. Bersama dua ekor rama-rama yang hinggap di situ.

End pov..

Seorang lelaki menghampiri dua figura yang berada di hadapannya. Gadis kecil berumur beberapa bulan itu dipandangnya lama. Matanya tertumpu pula pada figura yang mendukung gadis itu.

Lelaki itu mengeluh sebelum satu senyuman kelat diberikan.

"Kau tengok isteri aku ke?" Dia menyoal dan Jungkook tergelak dengan penyataan yang diberikan oleh Namjoon tadi.

"Kau tau je kan? Haih aku rasa kau patut pergi ke dunia realiti sebelun satu lagi Namjoon rampas dia" Jungkook berkata perlahan dan Namjoon sekadar tergelak.

"Kau tau kan Kook.. dunia kita tak dapat disatukan dengan dia.. aku tak boleh pergi sana.. kalau boleh dah lama aku pergi.. dah lama aku bawak Eunmi sekali.. aku yakin.. Eunmi mesti rindu ibu dia" Namjoon mengusap pipi bayi kecil di dalam dukungan Jungkook.

"Aku mintak maaf.. sebab aku tak dapat stay lama dekat sana" Jungkook tersenyum hambar. Ikutkan hati kalau boleh dah lama dia nak stay. Namun tak boleh. Tak kira betapa kuatnya usaha dia, pengakhirannya tetap kematian jika dia ke dunia realiti kembali.

Yeayyy hyun update.. hehe.. sorry merapu.. and sorry hambar..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro