The true
Aku memandang bunga yang terletak elok di dalam pasu di cermin tingkap pejabat aku. Bunga pemberian Seojung beberapa bulan yang lepas aku jaga sebaik mungkin.
Tidak aku sangka aku akan bahagia dengan dia. Hati aku makin tersentuh dengan setiap tindakannya. Pintu hati semakin terbuka sedikit demi sedikit.
Aku keluar daripada pejabat aku. Aku memerhati setiap penjuruk dalam hotel yang aku bangunkan sendiri ini. Senyuman manis mula terukir saat melihat Seojung berada di ruang menunggu.
Terus aku memeluknya daripada belakang dan satu kucupan aku hadiahkan di pipinya. Seojung memandang aku. Terus lengan aku menjadi mangsa cubitannya.
"Suka hati sayalah" aku berkata selamba. Pelukan aku leraikan. Tangannya aku genggam kemas sebelum aku dengannya keluar untuk pergi lunch di tempat berdekatan.
Cafe yang berada berdekatan dengan hotel menjadi pilihan aku. Aku menyuruh dia mencari tempat duduk dahulu. Terus aku menuju ke kaunter dan memesan beberapa hidangan.
No one pov..
Seseorang memandang pasangan suami isteri yang begitu bahagia daripada luar cafe. Bibir diketap geram. Tangan dikepal menjadi penumbuk.Sakit, bila melihat pasangan itu bahagia. Terus dia mengorak langkahnya. Dia perlu merosakkan hubungan pasangan suami isteri itu.
Jika mereka bercerai dia juga yang akan mendapat keuntungan. Terus dia menuju ke hotel milik Namjoon. Dengan berhati-hati dia menyelinap masuk ke dalam bilik kerja Namjoon. Sebuah sampul diletakkan di atas meja kerja Namjoon.
Dia yakin Namjoon akan dapat melihatnya. Senyuman sinis terukir sedikit demi sedikit sebelum dia keluar daripada bilik tersebut dengan selamba. Dia bertekad. Kali ini tiada lagi rasa simpati. Dia tekad. Tekad untuk menghapuskan lee Seojung dalam hidup Kim Namjoon.
Dia perasan apa yang dilakukannya tadi dilihat oleh seseorang, tanpa sedikit rasa gentar terus dia menghampiri si saksi yang melihat perbuatan kejinya.
"Tolong aku dapatkan Namjoon dan kau akan dapat apa yang sepatutnya jadi hak milik kau" dia terus beredar. Dia yakin si saksi akan bersetuju. Mereka sendiri mempunyai niat tersendiri. Masing-masing cuba mengambil kesempatan di dalam kebahagiaan yang sedang dibina secara perlahan.
Seojung pov..
Aku menyediakan makan malam sementara menunggu Namjoon balik daripada kerja. Aku meletakkan pinggan di atas meja.
Pintu rumah kedengaran seakan dibuka oleh seseorang. Terus senyuman mekar di bibir aku. Aku mengorak langkah menghampiri pintu utama bagi menyambut kepulangan Namjoon.
Aku tersenyum apabila melihatnya. Tidak seperti selalu, senyuman aku tidak dibalasnya. Dia kelihatan dingin. Mungkin dia penat. Aku cuba menanam perkara positif di dalam fikiran aku.
Aku yakin Namjoon penat sebab tadi masa dia jumpa aku dia baik-baik sahaja.
"Awak nak makan? Saya dah sediakan makanan" aku menyapanya. Tangannya aku pegang. Secara drastik dia menepis tangan aku. Pandangan dingin dihadiahkan kepada aku.
Bahu aku dicengkamnya kuat sehingga rasa sakit terasa. Aku tergamam. Apa yang terhadi sebenarnya. Kenapa dia begini. Aku ada buat salah ke?
Dia mencerlung aku. Bibirnya diketap geram. Aku yakin dia sedang marah, tapi kenapa. Dia buat aku tertanya-tanya.
"Kau adik Seolmi kan?!!" Bahu aku dicengkamnya makin kuat. Matanya kelihatan bergetar menahan amarah. Aku menelan liur. Aku takut. Takut dengan apa yang sedang berlaku. Dengan lambat aku mengangguk.
"Aku benci kau" dia menolak tubuh aku. Tiada lagi cengkaman yang menyakitkan terasa di bahu. Mata aku membulat. Aku keliru. Salahke kalau aku adik kak Seolmi.
"Kau penyebab Seolmi mati.. kau sebab kenapa first love aku mati.. kau punca!! Aku tak sangka yang selamani aku tertipu dengan kau!!!" Dia merengus. Aku cuba menghampirinya namun tubuh aku ditolaknya kasar sehingga menyebabkan kepala aku terhantuk pada bucu meja yang terdapat di ruang tamu.
Dia meninggalkan aku seorang diri. Aku tergamam. Kepala aku terasa berdenyut. Terus aku pegang kepala aku dan aku lihat tangan aku terdapat cecair merah berwarna merah. Darah.
Sakit di kepala kian mencucuk.Pandangan aku berbalam-balam sehingga semuanya kelihatan gelap.
"Kak seolmi!!" Aku menjerit apabila tembakan Hyunseung tepat mengena kakak aku. Menyesal aku datang ke bangunan ini untuk mengambil dadah. Manalah aku tahu polis akan menyerang bangunan ini.
Aku berlari. Mendapatkan kak Seolmi.Aku cuba menghampiri kak Seolmi.
"Jangan bergerak atau kami tembak" aku tidak menghiraukan jeritan anggota polis yang memberikan arahan kepada aku. Bagi aku sekarang yang penting sekali adalah Kak Seolmi. Hanya dia Keluarg yang aku ada.
Aku melihat kecederaannya. Nasib baiklah dia cuba cedera di bahu. Lagi beberapa langkah sahaja lagi aku akan tiba di tempat kak Seolmi berada seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah aku.
Aku tertegun. Kaki aku kaku. Seakan ianya dipaku di situ. Aku menutup mata aku. Redha sekiranya aku ditembak. Silap aku juga kerana cenderung memilih jalan sebegini.
"Tak.. seolmii!!" Seseorang menjerit. Aku membuka mata aku. Membulat mata aku dibuatnya. Mata aku berair apabila melihat tembakan yang sepatutnya tepat mengena aku terkena kak seolmi.
Tidak menjangka dia akan melindungi aku. Aku menghampiri kak Seolmi. Baru sahaja aku mahu mencapai tangan kak Seolmi tubuh aku terlebih dahulu ditolak oleh seorang lelaki. Mungkin dia boyfriend kakak aku.
Aku menangis. Air mata membasahi pipi. Kak seolmi berhenti daripada bergerak. Tubuhnya kaku. Dia mati di hadapan aku. Hujan lebat di luar bangunan mula kedengaran.
Aku cuba mendapatkan kak Seolmi lagi. Tak. Tak de siapa boleh pisahkan aku dengan kak Seolmi. Beberapa orang anggota polis mengacukan pistol di kepala aku dan terus tangan aku digari. Aku hanya mampu melihat lelaki tadi mencempung tubuh kak Seolmi pergi daripada bangunan ini. Akak tolong selamat.
Aku berharap agar sebuah keajaiban berlaku.
Aku membuka mata aku. Akua memandang ke sekeliling. Aku masih lagi di ruang tamu seperti semalam. Darah sudahpun kering di dahi aku. Berkerut aku menahan kesakitan yang sesekali berdenyut.
Aku naik ke tingkat atas. Mencari keberadaan Namjoon tetapi dia tiada. Apa mungkin dia sudah pergi kerja? Aku terkejut dengan apa yang terjadi semalam.
Aku pelik kenapa dia bertindak begitu. Aku memasuki bilik Namjoon. Semuanya sudahpun dikemas dengan baik. Kemudian terus aku memasuki bilik yang disediakan untuk aku.
Aku membersihkan diri. Luka di dahi aku tampal dengan plaster. Aku turun ke ruang tamu yang berselerak. Terus aku mengemas ianya.
Makanan yang aku masak untuk Namjoon semalam langsung tidak berusik. Aku membuang kesemua lauk yang aku masak ke dalam tong samlah. Mata aku berair.
Aku masih tidak faham kenapa Namjoon begitu semalam. Aku menghampiri meja yang berada di ruang tamu. Sampul surat berwarna coklat menarik perhatian aku. Terus aku mengeluarkan isi dalamnya.
Aku terkejut. Gambar Namjoon dan kak Seolmi berada di dalamnya. Begitu juga dengan kes kematian kak Seolmi serta biodata penuh tentang aku. Jangan kata Namjoon kekasih mendiang kakak aku. Tak. Tak. Aku tak boleh terima.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro