Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Rain

Aku memandang seojung yang berada di hadapan aku. Bantal dipeluknya. Kening aku jungkitkan. Kenapa dia berada di sini. Bukankah tadi dia tidur.

"B-boleh saya.. urhmm s-saya" aku memandangnya lagi. Pandangan aku makin dingin. Bukan sebab aku menyampah melihat dia. Tapi sebab aku nak tahu apa dia nak sebenarnya.

"Kau nak apa?" Akhirnya aku menyoal. Dia memandang aku. Tangannya digenggam kemas pada bantal di tangannya.

"Saya nak awak teman saya.. saya takut" aku mengeluh. Satu anggukan aku berikan kepadanya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik aku. Matanya mula meliar memandang sekeliling.

Aku tidak menghiraukan dia. Tangan aku lantas sahaja mengambil laptop kembali. Terus aku bawa laptop ke meja kerja aku. Aku melabuhkan punggung di kerusi.

Mata aku tertacap kepada laptop. Sesekali ada juga aku mengerling ke arah Seojung. Takut juga melihat dia dalam keadaan begitu. Kesian juga. Dia tidak henti menangis dan tangannya memeluk lututnya sendiri. Takut benarkah dia?

Satu keluhan aku lepaskan. Entahlah cuma hati aku perit bila lihat dia dalam keadaan begitu. Aku kesian sangat dengan dia. Laptop aku tutup. Terus aku mengorak langkah menghampirinya.

Aku duduk di belakangnya dan terus tubuhnya aku tarik ke dalam pelukan aku. Dia terkaku. Terkejut dan matanya yang tidak henti berair bertentangan mata dengan aku.

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Awak takkan tinggalkan saya kan?" Seojung menyoal dan aku mengangguk. Dia memeluk aku aku dengan erat dan esak tangisannya masih bersisa. Dia kenapa sebenarnya.

Aku mengangguk dan itu membuatkan dia tersenyum.Aku kalau boleh nak tengok dia senyum je. Bukan sebab aku sukakan dia. Cuma aku nak tengok dia bahagia dengan perkahwinan ini. Walaupun aku tak sukakan dia.

"Awak janji?" Aku mengangguk lagi. Sedar tak sedar aku menabur janji. Janji yang belum tentu aku boleh kotakan. Dia tersenyum lagi. Aku menepuk bahunya lembut. Cuba untuk menidurkan dia.

"Saya harap kita kekal macamni" dia menutup matanya. Aku memandang wajah polosnya. Dia sudahpun tertidur.

Rambutnya aku elus. Satu kucupan aku hadiahkan di dahinya. Aku tak tahu kenapa aku begini. Ini cuma tindakan drastik aku yang aku sendiri tidak dapat memahaminya.

Aku meletakkan Seojung di atas bantal di atas katil. Posisinya aku betulkan. Aku menarik selimut menutup separa dadanya.

Aku bangun dan terus aku memandang ke arah tingkap semula. Aku meguak rambut aku kebelakang. Pelepis aku picit perlahan.

Seojung. Perangai dia sama macam si dia. Si dia yang berjaya menambat hati aku sehingga aku tak berjaya mencintai gadis lain. Namun disebabkan takdir. Aku dengan si dia tak dapat bersama.

Kalaulah dia tak selamatkan adik dia masa kemalangan tu. Aku yakin dia masih hidup dan dia dapat bersama dengan aku. Aku melangkah ke meja kerja. Terus aku membuka laptop kembali dan tangan aku laju sahaja menaip.

Mata yang kian mengantuk aku tahan juga daripada terlelap. Aku perlu siapkan kerja ni. Tapi disebabkan terlampau penat. Memang sukar untuk tak mengantuk. Satu keluhan aku lepaskan lagi. Haih Namjoon banyak betul mengeluh.

Aku menghampiri katil. Memang terasa janggal. Aku memandang Seojung disebelah aku dan aku tersenyum.Mata aku pejam.

Lee seojung pov..
Aku membuka mata aku disebabkan sinaran matahari. Aku memandang ke sekeliling bilik. Berkerut dahi aku. Bukankah bilik yang Namjoon arahkan aku duduk lain. Tapi kenapa aku ada dekat sini.

Pinggang aku terasa berat. Seperti ada sesuatu yang melabuh di situ. Aku terus memusingkan posisi badan aku. Mata aku tertumpu pada figura di sebelah aku.

Bibir aku mengukir senyuman. Namjoon kenapa awak selalu buat saya mengharap yang awak cintakan saya? Aku mengusap pipinya. Kemudian terus aku bangun dari pembaringan aku.

Kaki aku orak menuju ke bilik yang ditetapkan oleh Namjoon semalam. Terus aku membersihkan diri.Baju gaun berwarna kuning cair aku sarungkan.

Rambut aku dandan rapi. Dah jadi isteri orang kenalah berdandan kan.. and kenapa aku pakai dress je?? Sebab Namjoon tak sediakan baju lain.

Aku mengatur langkah aku menuju ke dapur. Tertengkot-tengkot aku dibuatnya disebabkan kaki aku masih sakit akibat terseliuh semalam.

Aku membuka peti sejuk. Beberapa barang basah aku keluarkan daripada peti sejuk dan aku potong. Terus aku menyediakan sarapan buat si suami yang telah mengahwini aku. Atau patut ke aku panggil cik suami tercinta.

Aku tersengih. Aku menyajikan sajian yang aku masak di atas pinggan dan aku hidangkan di atas meja makan. Nasi goreng kimci yang aku masak tadi aku pandang lama. Biar simple asalkan aku ikhlas untuk masak.

Aku membersihkan rumah pula. Lama betul Namjoon ni nak bangun. Tengok. Habis satu rumah aku kemas dia masih jugak tak bangun. Tak pergi kerja ke?.

Disebabkan aku taknak dia marah aku sebab aku tak kejut dia bangun, aku buat keputusan untuk kejutkan dia. Anak tangga satu persatu aku daki. Kaki yang sakit aku abaikan.

Pintu biliknya aku buka. Berkerut dahu aku apabila melihat dia tiada di dalam bilik. Takkan dah pergi kerja? Kalau dia dah pergi kerja kenapa aku tak perasan.

Aku melihat sekeliling biliknya. Kemas je. Sama macam Namjoon. Kemas je. Sedar tak sedar bibir aku menguntum senyuman lagi. Aku berpaling dan terus wajah aku melanggar dada bidang seseorang.

"Kau pergi mana?" Dia menyoal aku dan pandangannya dingin tapi masih lagi menunjukkan rasa simpati.

"Kemas rumah and saya dah masak untuk awak" dia tidak menunjukkan sebarang riak dan itu membuatkan aku sedikit hampa. Chet. Kot ia pun cuba cakap sesuatu yang mampu buat aku bersemangat untuk terus jadi isteri ke ape ke.

Dia merendahkan kepalanya dan dahinya dirapatkan ke dahi aku sebelum dia menjarakkan jarak kami kembali.

"Kau demam" dia berkata sepatah. Aku menjungkitkan kening aku. Aku demam? Mana ada.

"Saya tak demam lah" aku menggelengkan kepala.Muka aku yang kian membahang membuatkan aku memandang ke arah lain.

"Kau demam.. jangan nak bersangkal lagi.. maybe sebab kaki kau terseliuh semalam.. kau patut berehat" dia mencempung tubuh aku. Itu membuatkan mata aku membulat.

Namjoon mengorak langkahnya turun dari tangga sambil mencempung aku. Dia nak pergi mana ni? Bukan tadi dia suruh aku berehat ke?

"Kita nak ke mana?" Aku menyoalnya. Dia tersenyum sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

"Aku lapar.. jadi aku nak kau teman aku dan lepastu kau boleh rehat" aku mengangguk faham. Namjoon meletakkan aku di atas kerusi di meja makan.

Terus pinggan aku capai dan nasi goreng kimci aku letakkan di atas pinggan yang aku ambil. Pinggan tadi aku letakkan di hadapan Namjoon.

Dia menyuap nasi goreng kimci tadi ke dalam mulutnya.

"Kau tak makan?" Dia menyoal aku. Aku menggeleng. Dia menyuap lagi nasi goreng kimci ke dalam mulut. Sedap ke? Haha mesti sedapkan.

"Nah.. aku nak kau alas perut sikit" dia menyuakan sesudu nasi goreng kimci kepada aku. Dan terus aku makan. Namjoon. Kita akan kekal macamni ke? Kenapa awak tak henti buat jantung saya berdegup kencang.

"Nanti aku suruh puan yeong urutkan kaki kau tu" Terus membulat mata aku mendengar apa yang dia katakan. Apa dia kata tadi. Urut?. No.. aku taknak.

"Saya okeylah.. tak perlu urut pun" aku menggelengkan kepala aku. Namjoon memandang aku. Pandangan tajam dihalakan tepat ke anak mata aku. Liur aku telan.takut dengan renungan maut dia tu.

"Dengar apa yang aku suruh" Namjoon terus menyambung makan kembali selepas dia mengatakan kata-kata itu..

Hi guys.. lama hyun tak update kan.. haha maklumlah... sibuk sikit.. i hope korang enjoy..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro