Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Party

Aku memandang diri sendiri yang berada di hadapan cermin. Dengan gaun paras lutut berwarna kuning dan make up yang sengaja di tepek nipis. Bibir aku menguntum senyuman. Aku nampak anggun. Mesti Namjoon suka. Mungkin.

Senyuman aku perlahan-lahan hilang dari wajah. Namjoon berubah.Silap aku juga. Aku mengambil telefon bimbit aku di atas meja solek dan aku masukkan ke dalam tas tangan.

Mata aku meliar mencari kelibat Namjoon. Mana dia? Mungkin aku kena tinggal kot. Aku tersenyum hambar. Terus aku letak tas tangan di atas meja di ruang tamu.

"Cepatlah bodoh.. nanti lambat.. eii yang kau pakai baju sama dengan aku ni kenapa?? Pergi tuka" aku tersentak. Mata aku tertumpu pada figura yang berada si hadapan. Warna bajunya dengan aku sama. Mungkin dia tak suka.

Terus aku mengorak langkah memasuki bilik dan gaun berwarna merah menjadi pilihan aku. Aku tukar gaun  dan bergegas turun ke bawah.

Namjoon memandang aku dengan oandangan dinginnya.Aku mencari tas tangan aku yang aku letakkan di atas meja tadi. Mata aku tertumou pada tangan Namjoon. Tas tangan aku yang berada di tangannya di lemparkan ke lantai. Habis berterabur semua barang.

Namjoon berlalu pergi. Dengan cepat aku mengutip semua barang yang bertaburan dan aku mengikut langkah Namjoon memasuki kereta. Haih Seojung bertahanlah. Ini hanya untuk seketika.

Aku melontarkan pandangan aku keluar tingkap. Bosan. Hanya penyampai radio yang menemani setiap jarak perjalanan. Aku mengeluarkan telefon bimbit aku. Mata tertumpu pada gambar aku dengan kak Seolmi.

Rindu sudah semestinya. Hati dihambat dengan rindu yang semakin meluas. Akak. Seojung rindu akak. Hanya itu sahaja yang bisa hati aku katakan. Sedang asyik melayan perasaan telefon di tangan aku disambar kasar oleh seseorang.

"Kau dengan dia.. tak layak" Namjoon membuka tingkap. Terus telefon aku dicampakkan ke luar. Tergamam aku dibuatnya. Dah lah telefon tu hadiah terakhir kak Seolmi bagi. Namjoon kenapa buat saya macamni. Hina sangat ke saya dekat mata awak.

Kereta diberhentikan di sebuah bangunan yang tersengam indah. Aku dengan Namjoon keluar daripada kereta. Aku memegang tangan Namjoon tetapi lantas sahaja tangan aku ditepis kasar.

"Aku jijik dengan kau" terus dia berlalu pergi. Ya tuhan. Sakitnya hati aku. Pedih bila orang yang aku cintai membuat aku sedemikian. Aku mengikut langkahnya.

"Hi seojung" mata aku melirik pada seseorang yang menegur aku. Senyuman aku ukir semanis mungkin. Jungkook membalas senyuman yang aku berikan kepadanya.

"Mana joon?" Aku menyoal Jungkook.

"Tu sana tu" Jungkook menjuihkan bibirnya. Aku memandang. Terus mata aku memandang tepat ke arah figura Namjoon dan seorang wanita.

Malas mahu menghampiri terus aku keluar daripada bangunan ini dan aku duduk di taman yang berada di luar. Kenapa hati aku sakit sangat. Suasana sejuk makin mengigit tulang aku. Aku biarkan.

"Nah" Seseorang duduk di hadapan aku dan sehelai sapu tangan di hulurkan. Aku memandangnya. Berkerut dahi aku. Tiba-tiba je bagi sapu tangan dah kenapa. Aku bukannya menangis.

"Hidung awak.. keluar darah.. dah tau sejuk kenapa duduk luar?" Aku mengambil sapu tangan itu. Langsung aku tidak menjawab soalan yang diajukan.Aku mendiamkan diri. Keluhan berat aku lepaskan. Rasa terbeban.

Kim Namjoon pov..
Aku memasuki syarikat Jungkook. Selepas bersalaman dengan dia terus aku menuju ke meja yang menyediakan hidangan. Aku mencapai segelas air yang disediakan.

"Hi Joon.. lama tak jumpa" teguran daripada seseorang menyentakkan aku. Terus aku memandangnya. Senyuman terbit dengan sendiri di bibir apabila melihat perempuan yang memakai gaun sendat di hadapan aku bersama dengan lipstick merah menyalanya.

Terus segelas air aku berikan kepadanya. Kami berbual untuk seketika. Siapa sangka aku akan bertemu dengan dia. Iya dia. Lee Chaeyoung. Bekas crush aku masa dekat universiti sebelum aku jumpa Seolmi.

"Jadi awak macam mana sekarang?" Aku menyoalnya. Bahasa sopan aku gunakan. Bibir merahnya menguntum senyuman manis.

"Saya macam biasa.. lain lah awak.. mesti dah bahagia dengan Seolmi" ayatnya menyentapkan hati aku. Terus bayangan Seojung muncul difikiran. Bahagia? Bahagia dengan Seolmi. Bahagialah sangat.

"Taklah.. saya tak kahwin dengan Seolmi.. dia meninggal.. saya kahwin dengan adik dia" aku berkata perlahan. Chaeyoung menunjukkan riak terkejutnya.

"Ouh.. im pity you.. so where your wife?" Dia menyoal aku. Matanya meliar mencari disekeliling tempat.Kemudian dia memandang aku kembali. Keningnya dijungkitkan.

"Entahlah.. mungkin dia pergi tandas" aku menjawab. Sedar diri sendiri menipu tapi itu untuk kebaikan. Aku tak sanggup nak biarkan orang lain kenal Seojung. Nanti aku juga yang menanggung malu. Kahwin dengan bekas oenagih dadah dan paling teruk dia yang bunuh Seolmi.

Untuk beberapa jam lamanya aku berbual dengan Chaeyoung. Kalau boleh semua benda mahu kami bualkan. Maklumlah dah lama tak jumpa. Hati aku sedikit tersentuh dengan perangainya. Dia masih sama. Tidak berubah.

"Saya nak balik" dia tersenyum dan kemudiannya terus dia mengorak langkahnya.

"Awak nak balik dengan siapa?" Aku menyoal Chaeyoung. Wanita itu hanya mendiamkan diri untuk seketika.

"Saya naik taxi" dia menjawab. Disebabkan rasa kesian dan dia merupakan bekas crush aku jadi aku rasa bertanggungjawab untuk hantar dia balik.

"Mari saya hantar awak balik" dia menolak ajakan aku.

"Macam mana dengan isteri awak?" Dia menyoal. Pada ketika itu baru aku sedar tentang Seojung. Kemana dia pergi. Hati dihambat rasa ingin tahu namun disebabkan ego aku padamkan rasa tersebut. Dia dah besar. Buat apa aku bak cari.

"Jangan risau.. dah jom saya hantar awak balik" tangan Chaeyoung aku genggam kemas. Terus aku membawanya menuju ke tempat aku memarkir kan kereta.

Seojung pov..
Jam di tangan aku tengok lama. Mana Namjoon. Majlis hampir sahaja berakhir. Sudah beberapa kali aku pusing satu bangunan untuk cari kelibat dia tetapi tiada. Satu keluhan aku lepaskan.

Aku menapak menuju ke luar bangunan. Mungkin Namjoon dah balik dan tinggalkan aku. Ada juga aku tanya Jungkook sebelum aku keluar tadi namun jawapan lelaki itu membuatkan aku makin yakin bahawa Namjoon dah balik.

Langit malam aku pandang. Aku tak yakin sekarang ada taxi. Bas pula semestinya tiada. Mahu tidak mahu aku hanya ada satu sahaja jalan penyelesaian.

Aku mengorak langkah perlahan.Air mata aku mengalir di pipi. Namun aku seka dengan tangan. Aku kena kuat. Aku mengorak langkah lagi papan tanda di hadapan aku pandang. Lagi beberapa kilometer je kena jalan.

Kaki yang kian terasa lenguh aku abaikan. Sekarang dah malam, jadi aku kena sampai cepat ke rumah. Jalan di kota seol yang sibuk membuatkan sedikit perasaan takut aku hilang. Aku meneruskan langkah aku.

Setelah berjam-jam berjalan akhirnya aku sampai. Terus pintu rumah aku buka dan terpacuk tubuh sang suami di hadapan. Dia merenung aku tajam.

"Mana kau pergi?" Dia menyoal aku. Aku menunduk.

"S-saya dekat majlis tadi.. kenapa awak tinggalkan saya?" Aku menyoalnya. Dia menjeling aku sebelum dia merengus.

"Dah kau lambat.. lembap.. macam siput.. aku tinggal lah.. alah lagipun apa masalahnya kan?? Ade taxi.. ada bas.. kau dah besar.. selamani boleh je naik.. takkan dah kahwin menggedik pulak" dia terus meninggalkan aku.

Aku memaksa diri untuk senyum. Memang saya dah besar Namjoon. Kalau ada taxi.. ada bas.. saya takkan susah kan diri saya untuk jalan kaki.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro