Memory
Aku duduk di atas sofa sambil mata tidak henti memandang ke arah televisyen. Rancangan televisyen yang memaparkan cerita running man itu tidak pernah henti dari buat ketawa aku membuak. Kelakar.
Jarang aku dapat berhibur begini. Loceng rumah yang berbunyi menyentakkan aku namun aku biar. Mungkin kawan Namjoon atau mungkin personal assistantnya.
Lama juga loceng rumah berbunyi. Akhirnya aku memutuskan aku yang perlu buka pintu disebabkan si suami yang tidak reti hendak turun melihat siapa yang datang. Ia, kim Namjoon tidak pergi ke tempat kerja disebabkan aku. Haha sweet bukan.
Aku bangun daripada duduk aku dan terus pintu aku buka. Mata aku tertumpu pada wanita separuh umur yang berdiri di hadapan aku.
Bukan ibu Namjoon tapi orang lain. Berkerut dahi aku dibuatnya. Namun aku paksa juga untuk senyum. Tak elok tetamu datang tapi buat muka.
"Maafkan makcik.. tapi Tuan Namjoon ada tak?" Makcik itu menyoal. Ouh jadi dia kenal Namjoon.Aku mengangguk.Tanpa berlengah terus aku menjemput makcik tadi untuk masuk ke rumah.
"Saya pergi panggil dia kejap"makcik tadi mengangguk.Aku berjalan mendaki satu persatu anak tangga walaupun kaki sememangnya sakit untuk melangkah.
"Joon ada orang nak jumpa awak" aku mengetuk pintu bilik Namjoon. Tapi tak bersahut. Tidurkah. Atau aku patut bukak je pintu nih. Aku mengigit bibir bawah aku. Buntu.
"Joon.." aku memanggil lagi tapi masih sama seperti tadi.Tidak berjawab. Tanpa berlengah terus aku memutar tombol pintu. Mana tau kalau tak kunci. Kalau kunci nasib makcik tulah kena tunggu lama.
Pintu terbuka dan itu membuatkan aku tersenyum. Tanpa berfikir dengan lebih panjang aku melangkah masuk ke dalam bilik Namjoon. Mata aku meliar mencarinya tapi tiada. Kemana dia pergi.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni?"suara garau Namjoon menyapa gegendang telinga aku dan itu membuatkan aku terus menoleh.
Menelan liur aku dibuatnya. Bayangkan Namjoon depan aku dengan tuala separas pinggang dia. Mungkin baru lepas mandi dan itu menjadi punca kenapa dia tidak menyahut panggilan aku tadi.
serious kata aku menyesal sekarang.
Aku masih lagi memandang setiap gerak gerinya yang masih lagi berada di hadapan aku.Menunggu jawapan yang bakal aku berikan. Tangannya disilangkan ke dada.
"S-saya nak kata dengan awak.. yang.. urhmm.. ada orang nak jumpa awak.. haa.. betul.. a-ada orang nak jumpa awak kat bawah" aku menundukkan muka aku. Pipi aku kian membahang.
Aku mengorak langkah aku. Hendak keluar daripada bilik ini. Namun tangan aku ditarik seseorang dan itu membuatkan aku berpusing dan mata aku kembali bertentangan dengan mata Namjoon.
"Kau nak pergi mana?" Dia menyoal aku.
"S-saya nak turun lah.. haa saya nak turun" aku menjawab dan itu membuatkan dia tergelak kecil. Ya tuhan Seojung. Dah kenapa kau gelabah sangat ni.
"Tak payah.. aku nak kau rehat dekat bilik kau.. biar aku yang jumpa dengan puan yeong" mata aku membulat mendengar apa yang Namjoon katakan.
"P-puan yeong??" Aku menyoalnya dan dia mengangguk.
"Tukang urut tu yang awak cakapkan tu?" Dia mengangguk lagi apabila mendengar apa yang aku ajukan. Aku menelan liur. Jantung aku tidak lagi mampu berdegup dengan normal. Tangan aku sejuk. Aku takut.
Aku sumpah weh. Kalau aku tau yang makcik yang datang tuh puan Yeong. Memang aku takkan jemput dia masuk tadi. Memang aku kata dia salah rumah je tadi.
"Dah keluarlah.. aku nak pakai baju nih" Namjoon menegur aku dan itu menbuatkan aku tersentak. Aku menunduk. Terus aku keluar daripada biliknya.
Aku membuka pintu bilik aku. Terus aku melabuhkan punggung di birai katil. Kaki aku yang sudah membengkak akibat terseliuh semalam aku tengok. Heh itulah gedik sangat tak nak rehatkan.Padan muka.
Pintu bilik aku diketuk dari luar. Satu keluhan aku lepaskan sebelum aku menyuruh si pengetuk pintu membukanya. Terpapar wajah si suami dan juga Puan Yeong yang berada di hadapan muka pintu.
Aku memberikan senyuman paksa. Weh serious aku kata aku terpaksa. Kalau boleh nak je aku kunci pintu tu tadi tapi bila pikir ini rumah Namjoon tak jadi aku nak buat macam tu.
Sebab apa? Sebab mestilah Namjoon ada kunci pendua. Puan yeong menghampiri aku. Kaki aku ditariknya dan aku hanya membiarkan. Habis satu pergelangan kaki aku dia belek.
"Nih kalau urut tiga hari.. okey lah ni" mata aku membulat lagi. Weh tiga hari. Seriouslah. Lama kot. Huhu aku tak nak. Kak mirae, jung nak balik rumah akak. Adik akak kejam.
"Okey.. aunty mula" tangan puan yeong mula menekan kaki aku. Terpejam mata aku dibuatnya menahan kesakitan. Berair tubir mata aku. Kalau boleh kuat lagi.
Namjoon duduk disebelah aku. Lengan sasa dia menjadi mangsa cengkaman kesakitan aku. Weh aku nak sepak makciknih. Namjoon tergelak.
"Tahan sikit ye sayang" rambut aku diusapnya. Apa dia cakap tadi? Tahan sikit. And sayang. Ya tuhan Namjoon. Janganlah buat hati ni tak tentu hala.
Otak aku ligat berfikir untuk seketika. Betul ke dia kahwin dengan aku atas dasar kasihan? Dia sendiri kata yang aku tak boleh harap lebih dalam perkahwinan ni tapi kenapa aku rasa seakan dia yang buat aku untuk berharap lebih.
"Okey dah.. kaki tuh aunty tak tekan sangat.. sebab bengkak lagi.. nanti esok kalau dah surut bengkak baru urut kuat kuat.. Joon jaga isteri ni elok elok tau.." Namjoon mengangguk mendengar apa yang puan Yeong katakan.
Dia membetulkan posisi aku.
"Rehatlah.. nanti aku datang balik.. " tanpa banyak bicara aku mengangguk.Namjoon mengiringi Puan Yeong keluar. Lama juga dia pergi sebelum dia datang kembali.
"Macam mana? Kaki kau okey? Ada kurang?" Dia duduk di sebelah aku. Matanya tertacap pada telefon bimbit yang baru sahaja dia keluarkan.
"Bolehlah.. kurang sikit sakit" Namjoon mengangguk faham. Telefonnya dia masukkan kembali ke dalam poket.
"Aku dah kata jangan banyak gerak kan? Tengok.. dah bengkak.. elok elok boleh sembuh dalam masa sehari dua.. ni tak.. degil" aku menjuihkan bibir aku. Terasa dengan apa yang dia katakan.
"Alah bukan salah saya pun.. awak yang buat saya jatuh" aku menjawab dengan nada perlahan. Cukuo sekadar hanya aku yang mendengar.
"Apa dia?" Namjoon merapatkan mukanya pada aku. Cukup dekat. Keningnya menaik. Menyoal aku.
"Tak de pape" aku menjawab. Namjoon tersenyum. Rambut aku diusapnya lembut.
"Lain kali jangan buat aku risau.. aku tak nak kau sakit macam ni lagi selagi kau hidup dengan aku" aku terpana. Tergamam dengan apa yang baru sahaja aku dengar. Satu pelukan dihadiahkan kepada aku dan dia mencium ubun ubun rambut aku.
Hati aku berdegup kencang. Namjoon tolong jangan buat saya begini. Saya tak nak berharap lebih. Saya takut terluka.
Cover boleh tahan kan.. haa kalau nak tau AiRa_84 yang buatkan untuk hyun.. so kalau korang nak.. haa boleh suh dia buatkan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro