Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Meet you again

Aku masih lagi berdiam diri. Mata aku tidak henti memandang mata hazel yang cukup sempurna di hadapan aku ini. Jika dulu dia gembira setiap kali bertemu aku tapi kali ini tidak. Riaknya dingin.

Keadaan semakin kekok. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga mengisi suasana di ruang makan. Namjoon pula masih berdiam diri. Dia memang akan senyap jika makan. Begitu juga dengan ibu.

Aku menyua makanan masuk ke dalam mulut. Aku kunyah dengan perlahan. Mata aku tidak henti daripada bertembung dengan mata hazel di hadapan aku. Aku menunduk. Tidak sanggup menayang wajah aku di hadapannya selepas apa yang aku lakukan.

Aku memandang ke arah Namjoon. Kebetulan Namjoon juga memandang aku dan itu membuatkan aku tersenyum manis. Aku tak nak dia tahu jika hati aku sedang dilanda ribut.

"Chet.. jangan acah sweet dekat sini.. tak selera aku nak makan" Namjoon memandang figura di hadapan aku ini. Dia menjeling dan menyambung makan semula.

"Kalau jealous sangat.. pergi kahwin" mingyu menjeling. Iya. Dia mingyu. Si jejaka hazel yang pernah menjadi pujaan hati aku suatu masa dahulu.

"Takde masa aku nak jealous" aku mendiamkan diri. Begitu juga dengan ibu. Taknak masuk campur dengan perang dingin yang berlaku antara dua beradik ini. Ibu meletakkan sudunya di atas pinggan sebelum bangun dan terus beredar daripada ruangan makan.

Namjoon memandang ibu dan terus dia mengeluh. Dia juga turut bangun dan meninggalkan ruangan makan. Sekarang hanya aku dan mingyu sahaja berada di sini.

Jika aku tahu aku akan bertemu dengan mingyu lagi, pasti aku takkan bersetuju untuk bernikah dengan Namjoon. Biarlah jika dia membiarkan aku membayar hutang aku sebelum ini pun aku tak kesah.

"Lama kita tak jumpa" mingyu memulakan bicara. Aku menunduk. Makanan tidak henti aku sumbat ke dalam mulut.

"Kenapa kau tunduk? Kau tak nak cakap dengan aku? Chet.. mestilah kan.. lepas apa kau buat" sindiran daripada Mingyu membuatkan aku tersentak.

Aku bukannya tidak mahu untuk memandangnya atau bercakap dengannya. Cuma aku masih lagi belum bersedia.

"Aku yakin abang aku akan kecewa bila dia tau siapa kau" mingyu tergelak di hujung ayatnya. Aku berhenti daripada menyuakan makanan masuk ke dalam mulut.

"Sudahlah.. yang lepas biarkan lepas Gyu" aku menekan ayat aku. Namun aku masih lagi cuba untuk berlembut dengannya.

"Lepaskan??? Takkan.. sebab kau aku benci semua perempuan.. aku yakin kau akan kecewakan abang aku jugak.. dengar sini perempuan.. aku takkan biarkan kau kecewakan abang aku.. takkan.. aku jugak yakin ibu akan benci kau lepas dia tahu apa kau pernah buat dulu" Mingyu menghentak meja makan dan itu membuatkan bahu aku terencut. Terkejut dengan tindakannya.

Air mata aku hampir sahaja mengalir. Tapi aku tahan. Aku tak nak kelihatan lemah di hadapan Mingyu. Mingyu terus bangun daripada duduknya dan meninggalkan aku keseorangan di ruang makan.

Aku menggenggam erat hujung lengan baju aku. Disebabkan aku dengar cakap seseorang perasaan kim Mingyu menjadi permainan. Dia mangsa dan aku pemainnya.

Aku tahu dia sukakan aku dulu. Aku juga pernah sukakan dia. Mingyu pendengar segala masalah aku. Dia bekas teman lelaki aku. Tapi bodohnya aku dulu sehingga mengakibatkan perasan tulus dia. Dipermainkan.

"Kau okey?" Namjoon mendekati aku. Tangan aku digenggamnya. Entah bila dia berada di sebelah, aku sendiri tidak tahu. Agak-agak dia dengar tak apa yang Mingyu katakan. Aku risau. Macam mana kalau dia dengar.

Aku mengangguk.

"Jom kita balik" tubuh aku Namjoon cempung kembali. Haih lah kaki kenapa anda terseliuh. Kalau tak. Tak de susah dia nak angkat aku. Pintu kereta dia buka dan kemudian dia kembali ke dalam rumah.

Agak lama sebelum dia datang kembalu dan duduk di seat pemandu. Kereta dipandunya. Aku memandang wajah Namjoon. Ada sesuatu yang tidak kena. Aku tahu.

Riaknya tegang. Tiada senyuman manis. Aku tersenyum kelat sebelum pandangan aku halakan ke luar.

Namjoon pov..
Setibanya di rumah aku memasuki bilik. Pintu bilik aku hempas. Geram dengan kelakuan Mingyu. Tidak habis dengan perangai tidak matang.

Aku kalau boleh tak nak bergaduh dengan dia di ruang makan. Juga tidak mahu jika ibu lihat perang dingin aku dengan adik aku sendiri. Dia tak matang.Semua benda dia tak puas hati dengan aku.

Aku membersihkan diri. Baju tidur aku sarungkan ke tubuh. Esok dah nak kerja. Aku mengeluh perlahan. Malas je rasanya. Meja kerja aku dekati.

Fail di atasnya aku ambil dan letakkan di atas katil. Begitu juga dengan laptop milik aku. Penat sudah semestinya. Cuti ibarat macam tak cuti.Menyesal sebab cuti sehari.

Aku menaip beberapa patah perkataan di dalam laptop. Mata aku membulat. Ya tuhan aku lupa yang kaki seojung terseliuh dan aku pulak menonong masuk rumah je tadi. Aku menepuk dahi.

Terus laptop aku letak ke tepi dan kaki aku orakkan keluar daripada bilik. Tubuh seojung aku cari. Takkan dia dah naik atas kot. Tak mungkin tak mungkin.

Aku turun tangga. Mata aku makin meliar mencari tubuh itu. Ya tuhan Namjoon. Macam mana kau boleh lupa dia. Aku makin gelisah sehinggalah mata aku menangkap susuk tubuh yang terbaring di sofa.

Aku menghampirinya. Lah dah tidur. Rambutnya aku selak ke tepi. Wajah polosnya aku pandang lama. Dia cukup sempurna. Mungkin sebab itu juga Mingyu pernah mencintai wanita ini.

Aku tahu. Aku dengar semua yang Mingyu katakan. Aku geram. Aku marah. Marah bila dapat tahu aku kahwin dengan orang yang sakitkan hati adik aku. Tapi aku yakin Seojung ada sebab sendiri.

Aku mencempung tubuh Seojung. Anak tangga satu persatu aku daki. Pintu bilik yang berada di sebelah bilik aku buka. Tubuh Seojung aku letakkan di atas katil. Satu kucupan aku hadiahkan pada dahinya. Selamat malam Seojung. Aku tahu kau penat.

Aku melangkah memasuki bilik aku kembali. Pelepis aku urut perlahan. Sebenarnya aku sendiri masih lagi ragu-ragu. Betul ke apa yang aku buat?

Aku duduk di birai katil. Kerja yang tergendala tadi aku sambung kembali. Kedengaran bunyi hujan. Aku bangun daripada duduk dan segera aku menghampiri tingkap. Bibir aku mengukir senyuman paksa.

Aku pejam mata aku sebelum aku membukanya kembali. Mata aku berair. Aku kesat. Aku buat semua ni sebab aku tak nak buat kesilapan yang sama.

Aku tahu sukar jika kahwin tanpa cinta. Tapi aku terpaksa. Aku kesian kan Seojung. Maafkan aku Seojung. Jika kau berharap lebih untuk perkahwinan kita, aku mintak maaf. Tapi aku tak mampu. Cinta aku hanya untuk si mati.

Pintu bilik aku diketuk bertalu-talu oleh seseorang. Tersentak aku dibuatnya. Segera aku menghampiri pintu dan aku buka. Mata aku jatuh pada susuk tubuh yang aku kenali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro