If you
Kim namjoon pov..
Aku memandang Seojung yang baru sahaja pulang. Dia kelihatan tenang. Wajah aku langsung tidak dipandang. Aku marah. Geram sangat dengan dia. Hati aku sakit bila tengok dia dengan entah sesape.
"Kim Seojung" dia tak pandang. Penat bila ada isteri macamni. Tak sedar nama sendiri. Aku menghampirinya. Tubuhnya aku peluk lama. Bukan sebab sayang tapi sebab aku nak dia berhentikan langkah dia.
Tubuh aku ditolak kasar. Tangannya disilangkan ke dada.
"Kau nak ape? Jangan sentuh aku lah.. aku jijik.. aku ulang eh.. aku jijik.. babi pon tak sejijik kau" aku tergamam. Kata-kata dia menusuk. Aku rasa kata-kata aku pun tak macam dia. Aku mengetap bibir. Tangan aku kepal menjadi penumbuk.
"Kau dah kenapa eh? Aku dah mintak izin kan untuk kahwin lain"kali ini aku memandangnya tajam. Dia membalas tatapan aku. Satu senyuman sinis dihadiahkan. Dia atur langkah menghampiri aku.
"Izin kepala ayah kau.. dah aku malas nak layan sifat menyundal kau nih.. aku penat.. aku nak rehat.. lagi satu.. bila nak balik pergi jumpa isteri iftiraf kau tu?? Aku pulak rasa semak kau ada depan mata" aku diam. Makin kuat aku kepal penumbuk aku. Nafas aku tarik sedalam mungkin.
Kalau boleh aku taknak berkasar dengan dia. Dia perempuan. Walaupun pada pandangan aku dia murah. Tah sesiapa dia peluk. Aku bukannya nak sangat pon tengok dia. Cuma hati nih. Entah apa gilanya nak jumpa sangat dengan dia.
Aku menghampirinya. Tangannya aku raih membuatkan dia memandang aku. Mata kami bertentangan untuk seketika sebelum bibir aku laju dicantumkan dengan bibirnya. Aku tak nak dia tolak aku.
"Cukuplah.. saya tak nak sakit dengan semua ni" dia menjarakkan dirinya. Terus anak tangga didaki. Untuk seketika aku tergamam. Aku sedar yang semua ni menyakitkan untuk dia namun sayangnya hati ni dah dimilik oleh orang lain. Semuanya dah terlambat untuk dibaiki.
Telefon aku berbunyi. Terus aku angkat. Suara manja dari hujung talian membuatkan dua ulas bibir aku menguntum senyuman manis. Terus kunci kereta aku capai dan aku pandu. Tak sabar nak jumpa dia.
Sepanjang perjalanan fikiran aku hanya pada Seojung. Tidak faham kenapa gadis itu berubah. Aku menggelengkan kepala aku. Malas mahu mengambil tahu lagi. Biarlah. Dia nak mati ke nak hidup ke.
Aku memarkirkan kereta pada rumah agam yang terletak di hadapan aku. Terus aku masuk ke dalam rumah. Pandangan aku jatuh pada Chaeyoung. Dia memuncungkan mulutnya. Merajuk mungkin.
Aku menghampirinya. Pipi kananya aku kucup dan itu membuatkan dia tersenyum.
"Bila you nak bawak i jumpa keluarga you?" Chaeyoung menyoal aku. Aku tersenyum tawar. Jumpa family. Entah apalah riaksi kedua orang tua aku nanti bila dapat tahu aku kahwin lain tanpa pengetahuan diorang.
"Nanti ye sayang.." dia mengangguk. Terus tangan aku ditariknya menuju ke meja makan. Aku memandang lauk di atas meja makan. Hanya telur mata sahaja yang terhidang. Kalau dekat ruma Seojung mesti aku dah makan sesedap. Sebaik aku cinta si Chaeyoung ni.
"You.. urhmm isteri you tak marah ke?" Chaeyoung menyoal aku membuatkan aku tergamam. Kepala aku gelengkan.
"Dia tak marah.. you janganlah risau. Sebab you dah sah jadi isteri i.. i akan jaga you" Chaeyoung diamkan diri. Aku menyuapkan makanan ke dalam mulut.
"You kena ingat tau.. nanti kena bawak i jumpa dia.. you tau kan i tak pandai buat kerja rumah.. tak pandai masak.. kalau dia ada boleh lah teratur" aku mengangguk. Kalau boleh aku tak nak pon bawak Chaeyoung jumpa Seojung.
"Cepatlah makan... you ni lambatlah.. i nak you bawak i jumpa dengan Seojung harini jugak" Chaeyoung membentak. Terus aku mengunyah makanan dengan laju. Kemudian aku terus bangun. Chaeyoung tersenyum manis. Lengan aku dipeluknya erat.
Seojung pov..
Aku mengunyah keropok di tangan sambil mata fokus pada telivisyen. Rumah awal-awal aku dah kemas lepas Namjoon keluar tadi. Kalau dia ada dekat rumah. Sumpah aku kata aku malas. Aku biar je rumah bersepah.
Kedengaran pintu rumah dibuka oleh seseorang. Takkan lah Namjoon. Aku bangun daripada duduk aku. Telivisyen aku tutup. Balang keropok aku letakkan di atas meja di ruang tamu.
"Jung sediakan makanan.. kita ada tetamu" aku memandang Namjoon. Hantu mana rasuk dia ni. Asyik nak melekap je dekat rumah. Aku memandangnya tajam. Kemudian mata aku tertumpu pada perempuan di belakangnya.
Kaki terus aku orak lambat menuju ke dapur. Lauk yang berada di dalam peti sejuk aku panaskan. Kemudian aku sajiakan. Begitu juga dengan air minuman aku sediakan.
"Makan" aku berkata sepatah sebelum kaki aku menuju ke ruang tamu kembali. Malas nak layan tetamu. Namjoon ada kan. Dia pandai jaga perempuan tu.
"Isteri you tu takde adab ke? Bukannya nak layan i pon" telinga aku menangkap kata-kata sang betina yang berada dengan suami aku. Terus aku pandang dia. Tangan aku silangkan.
"Kau pikir aku bibik nak layan kau makan?? Ni rumah aku dengan Namjoon.. bukan rumah kau.." aku menghampirinya. Air oren di dalam jag aku tuangkan ke dakam cawan lalu aku suakan pada Namjoon.
"Untuk i pulak.. cepatlah betina" aku mengetap bibir aku geram. Terus aku capai cawan dan aku tuang kan air.
"Nah" baru sahaja Chaeyoung mahu mengambil cawan itu dari tangan aku terus aku simbah air oren itu pada mukanya. Hambik. Kau nak sangat kan. Aku tengok Namjoon tengah tahan marah.
"APA MASALAH KAU NI!!!!!" Namjoon meninggikan suaranya. Dia menghampiri aku. Tangan aku digenggam kuat. Aku beranikan diri. Aku tentang mata dengan dia.
"Apa masalah aku?!!! Kau tu masalah aku.. kau yang bagi aku fake love.. kau yang buat aku rasa ditipu.. kau yang buat aku berubah" tangan aku rentap.
'Pang'
Satu tamparan laju mengena pipi aku. Sakit. Tapi aku diam. Aku tersenyum sinis. Terus aku tergelak. Tangan aku tepuk dinhadapanya.
"Sebab betina sundal ni.. kau berubah.. aku tahulah.. akak aku bukan punca utama kau benci aku. Aku tahu.. tapi sebab betina sundal ni dah ada dalam hati kau.. kau buang aku" aku menolak Tubuhnya. Terus aku berlalu pergi. Pintu rumah aku hempas kuat.
Nombor Jungkook aku dail. Untuk beberapa minit aku menunggu akhirnya Jungkook sampai. Laju sahaja aku menaiki keretanya. Sungai Han aku dengannya tuju.
Udara malam yang mengigit tubuh aku biarkan. Air mata aku jatuh. Hati aku sakit. Pipi yang ditampar namun sakitnya menusuk ke hati. Kenapa Namjoon kena sebelahkan perempuan sundal tu.
"Kau kenapa?" Jungkook menyoal aku. Aku memandangnya. Air mata aku kesat.
"Kook kenapa dia kena sebelah kan perempuan tu.. aku macam mana.. aku isteri dia.. tapi dia.. entahlah kook.. dia sanggup tampar aku sebab betina tu" Jungkook menarik aku ke dalam pelukannya. Aku nangis. Mata makin gedik keluarkan air mata.
"Kau kena kuat.. jangan sebab si ulat bulu tu kau mengalah" belakang aku diusapnya. Hati aku sedikit tersentuh. Patut ke aku terima Jungkook untuk padamkan kesakitan.
Maaf kalau hambar.. urhhmm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro