Hey
Aku membuka mata aku. Terasa sakit di bahagian rahim. Namun aku biarkan. Bukannya tak biasa. Ini risiko yang aku ambil jadi aku kena tanggung. Aku bangun daripada katil wad. Baju pesakit aku tukar. Baju gaun berwarna merah jambu menjadi pilihan aku.
Mata sempat melirik ke arah Jungkook. Senyuman kelat aku hadiahkan. Walaupun tubuh aku lemah namun aku cuba juga untuk terus berjalan menuju ke wad Namjoon ditempatkan.
Pintu wad dia aku buka. Kelihatan dia masih lagi lena dibuai mimpi. Senyuman terukir di bibir. Aku rindukan dia. Kalau boleh setiap masa aku nak bersama dengan dia dan habiskan sisa hayat aku. Namun aku tak mampu.
Aku menarik kerusi yang terdapat pada katil wadnya. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung aku disitu. Tangan Namjoon aku genggam kemas. Aku tak nak dia terjaga. Untuk seketika melepaskan kerinduan di hati mampu membahagiakan aku.
Pipinya aku usap perlahan. Joon bila awak nak ingat saya. Walaupun dua hari dia dah sedarkan diri namun disebabkam dia tak ingat aku. Keadaan masih lagi sama. Aku meletakkan cincin yang tersarung di jari manis aku di meja sebelah katil Namjoon.
Sakit di rahim makin mencengkam. Ditambah dengan rasa sakit di tulang belakang dan juga dada yang menyerang. Aku batuk perlahan.Seperti biasa darah setia menemani aku.
Aku memandang Namjoon dengan pandangan sayu. Tangan aku menggenggam jarinya. Joon saya betul-betul rindukan awak. Mata aku semakin mengantuk. Aku penat.
Aku melentokkan kepala aku pada katil wad Namjoon. Aku nak bersama dengan dia untuk seketika. Tidur sementara mungkin boleh membuatkan aku tenang seketika sebelum aku kena balik ke wad sendiri. Joon cepat ingatkan saya. Anak awak dengan saya sentiasa menunggu kita.
End pov..
Jungkook terjaga dari tidurnya. Mata meliar mencari Seojung. Berkerut dahinya. Kemana gadis itu pergi. Satu keluhan berat dia lepaskan. Rambut diramas kasar sebelum kaki laju melangkah keluar dari wad.
Dia bukannya tak nak bagi Seojung jumpa Namjoon cuma keadaan Seojung yang tak pernah mengizinkan. Pintu wad Namjoon dibukanya. Jelas kelihatan susuk tubuh gadis yang dicari sedang lena diulit mimpi.
Wajah Seojung dipandang lama. Tanpa berfikir panjang terus tubuh Seojung dicempungnya. Dia tak boleh biarkan Namjoon nampak. Makin teruk keadaan jadinya. Jungkook kembali ke wad Seojung ditempatkan.
Tubuh wanita yang dia cintai itu diletakkan ke atas katil wad dengan perlahan-lahan. Rambut Seojung diusapnya.
"Jung" dengan perlahan bibirnya memanggil nama Seojung. Tiada sahutan jadi Jungkook tahu Seojung lena tidur. Wajah pucat gadis itu dipandang lama. Makin jelas kelihatan wanita yang dicintainya itu sakit. Hatinya dihambat kepiluan.
"Encik Jungkook.. boleh saya nak periksa keadaan pesakit?" Kata-kata daripada doktor membuatkan Jungkook tersentak. Dengan lambat dia mengangguk. Langkah diatur kebelakang. Membiarkan doktor membuat kerjanya.
Riak wajah doktor semakin serious membuatkan hati Jungkook semakin resah.
"Pesakit perlu dibedah sekarang" makin membulat mata Jungkook. Dia tergamam. Kehilangan kata.
"Keadaan kesihatan dia makin turun mendadak.. jadi kandungan yang dia kandungkan perlu dilahirkan segera.. atau keadaan dia makin lemah.. jadi encik tolong bagi persetujuan ya?" Jungkook mengangguk. Untuk kebaikan Seojung. Dia sanggup.
Tubuh Seojung yang ditolak memasuki ruang pembedahan membuatkan hati Jungkook makin sebak. Macam mana kalau Seojung tinggalkan dia. Kata-kata Seojung semalam kembali bermain di minda. Jungkook buntu..
****
Bunyi esakan tangisan bayi menyentakkan Jungkook. Setelah berjam-jam dia menunggu akhirnya pembedahan ditamatkan. Jururawat menghulurkan seorang bayi kepadanya. Bibirnya menguntum senyuman manis. Comel. Sama macam Seojung.
"Encik.." doktor yang melakukan pembedahan memanggil Jungkook. Wajah doktor itu masih lagi serious membuatkan Jungkook semakin berdebar.
"Semuanya berjalan dengan lancar. Bayi dan ibu.. dua-dua berjaya diselamatkan.. cuma kondisi ibu dia masih belum stabil.." Jungkook tersenyum. Keluahan dilepaskan. Untuk seketika dia lega. Terus pipi bayi yang dia dukung dicuitnya.
Kaki makin laju diatur memasuki wad Seojung ditempatkan. Keadaan Seojung dipandangnya. Wayar berselirat di tubuh wanita itu dan alat pernafasan setia menjalankan tugas membekalkan oksigen.
"Nanti ibu eun sedar.. mesti dia gembira tengok eun.." bibir Jungkok senyum lagi. Sesuka hatinya memberikan nama kepada si bayi. Senyuman Jungkook mati. Matanya kembali berkaca. Dia tak mampu untuk tengok keadaan rakan dan selaku wanita yang dia sayang dalam keadaan begitu.
Jungkook memejam matanya erat. Derapan kaki membuatkan Jungkook tersentak. Terus dia berpaling.
"Macam.. mana dengan dia?" Kak Mirae menyoal. Memang dia ada memberitahu wanita itu. Semestinya ada juga yang tahu.
"Masih belum stabil" hanya itu sahaja yang mampu Jungkook utarakan. Kak Mirae tersenyum kelat. Dengan lambat dia menghampiri Jungkook. Bayi di tangan Jungkook kini berada di dukungan kak Mirae.
"Akak pinjam dia kejap eh?" Jungkook mengangguk.
Kak Mirae melangkah memasuki wad Namjoon. Wajah adiknya yang sedang menjamu selera dipandang lama.
"Baby siapa tu? Joon nak tengok" kak Mirae membawa bayi itu menghampiri Namjoon.
"Ini anak Jo-" belum sempat ayat dihabiskan Namjoom terlebih dahulu memintas.
"Anak kook ke?? Comelnya" Namjoon tersenyum. Terus dia mengucup pipi si bayi.
*****
Seminggu sudah berlalu. Keadaan Seojung masih sama. Tak tunjuk sebarang perubahan. Bunyi mesin degupan nadi juga semakin lemah. Namjoon sudah pun keluar dari wad dan mula bekerja seperti biasa.
"Jung.. sedarlah.. kau kata nak pikat Namjoon.. nak bagi dia ingat kau" Jungkook menggengam jari-jemari gadis itu. Air mata mengalir di pipi. Dia tak kuat.
Seperti satu keajaiban. Seojung menggerakkan jarinya. Mata dibuka perlahan.
"Kook.. aku nak air" Seojung mengumam perlahan. Membuatkan Jungkook tersentak. Bibir pucat Seojung menguntum senyuman. Akhirnya dia sedarkan diri. Tanpa berfikir panjanh terus Jungkook peluk tubuh Seojung.
Jungkook menghulurkan wanita itu air. Selepas itu segera dia mendapatkan doktor.
"Keadaan dia dah stabil.. nurse bukak alat pernafasan tu okey?" Makin gembira Jungkook dibuatnya.
Alat pernafasan pada Seojung dibuka. Selepas sahaja jururawat keluar terus Jungkook mendapatkan Seojung semula.
"Anak kau comel.. walaupun dia lahir tak cukup bulan.. tapi dia sihat" Seojung tersenyum.
"Kook aku nak tengok dia" Jungkook mengangguk. Dengan segera permintaan Seojung dia tunaikan. Bergegas dia meluru ke ruang yang menempatkan anak Seojung. Sejurus itu terus dia menuju ke dalam wad Seojung kembali.
"Comelnya anak ibu.." pipi si kecil Seojung kucup. Hilang segala kesakitan yang dirasa.
"Kau rasa kan kook.. nama ape sesuai dengan dia?" Seojung menyoal Jungkook.
"Aku rasa.. eunmi.. yeah.. kim eunmi" Seojung tersenyum. Kemudian dia meletakkan anaknya di sebelah pembaringannya. Tubuh genit itu dipeluk. Melepaskan kasih sayang seorang ibu. Bibir tidak henti menguntum senyuman.
"Eunmi.. kim Eunmi.. tak.. tak.. ibu rasa jeon Eunmi lebih sesuai dengan anak ibu" Seojung mengucup pipi anaknya. Sebelum matanya dipejam.
"Jung.. apa maksud kau jeon?" Jungkook menyoal. Namun Seojung diam.
"Jung kau tido ke? Jung" kali ini Seojung masih sama. Masih berdiam.
"Jung.. weh.. jung" tangan Seojung, Jungkook pegang. Sejuk. Mata Jungkook membulat. Terus dia rasa nadi Seojung.
"Weh Jung janganlah main-main.. kau tak kesian kan Eunmi ke Jung.. Jung.. Eunmi perlukan kau.. dia perlukan kasih sayang kau.. weh Jung bangunlah" Air mata mengalir dipipi. Jungkook sebak.
Nantikan update seterusnye keh? 😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro