have you ready?
kim namjoon pov
aku menghantar seojung sehingga sampai betul-betul dihadapan rumah sewa akak aku sebelum aku pulang ke rumah.Pintu rumah aku buka dan terus kot denim yang tersarung kemas di badan aku tanggalkan dan tinggalkan di atas sofa.aku membaringkan tubuh aku di atas sofa dan mata aku pejamkan.penat dengan segala urusan kerja yang semakin hari semakin melambak disebabkan hotel yang aku buka makin maju..rindu benar aku dengan kawan-kawan aku .
aku membuka mata aku dan terus aku mendaki anak tangga satu persatu menuju ke tingkat atas.aku membuka pintu bilik dan terus bilik air aku tuju untuk membersihkan diri.
selepas membersihkan diri terus aku sarungkan baju pijama berwarna biru tua pada tubuh aku.kemudian terus aku menuju ke arah meja kerja aku.laptop yang berada di atas meja kerja aku buka dan tangan aku mula membelek beberapa buah fail yang berada di atas meja .
nampaknya aku tidur lambat lagi untuk hari ini.aku mencapai cermin mata bulat yang berada di atas meja kerja aku dan aku pakai i.baru sahaja mahu memulakan kerja aku fikiran aku mula diganggu. bukan penting namun disebabkan terlampau cepat rasa simpati aku korbankan diri sendiri.aku bukannya berminat dengan lee seojung,cuma aku terlampau kasihankan dia.
aku sendiri mula terfikir mengapa wanita secantik dia dan sebaik dia mampu menjadi bekas penagih dadah.aku tak faham.dia tak fikir ke dengan apa yang bakal terjadi kemudian hari.lihat jrlah disebabkan tindakan dia sekarang dia berhutang.
aku kasihan dengan seojung disebabkan itu jugalah aku mengajaknya untuk berkahwin.bagi aku dia begitu naif tentang dunia dan pastinya dia akan terlibat dengan pelbagai masalah juga jadi untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku aku korbankan diri aku yang masih lagi mampu menerima sebarang perempuan dalam kehidupan aku.
bagi aku cinta tak penting.aku lebih sukakan kehidupan aku sekarang dan juga pelbagai urusan kerja aku yang semakin hari semakin membebankan.aku memejamkan mata aku sebelum pelepis aku urut perlahan.aku perlu tumpukan perhatian dengan kerja aku sekarang dan berhenti memikirkan tentang seojung.aku juga perlu lupakan tentang perkahwinan mengarut tu.
terus pen di dalam laci aku ambil dan aku buka buku nota .beberapa patah perkataan aku catit pada buku nota sambil mata laju memeriksa setiap butir-butir perkataan yang berada pada skrin laptop dan juga kertas yang tersusun rapi di atas meja .telefon aku yang berbunyi aku abaikan.sekarang ni waktu aku kerja jadi aku tak nak kerja aku terganggu.nanti aku boleh telefon balik si pemanggil memandangkan diri aku yakin panggilan tadi tak penting.
setelah beberapa jam menyiapkan kerja aku bangun daripada duduk dan terus aku menegangkan segala otot yang terasa sengal disebabkan bekerja terlampau lama.kaki aku orakkan menuju ke dapur dan sebuah cawan aku capai sebelum aku membancuh coffe.coffe yang masih hangat aku cicip dengan perlahan.rasa pahit yang memasuki kerongkong aku meredakan sedikit rasa letih aku.
kemudian cawan yang berisi air coffe itu aku bawa memasuki bilik .baru sahaja mahu menyambung semula kerja,aku teringat tentang panggilan tadi.terus telefon yang berada di sebalik kertas-kertas kerja aku ambil.
aku meleret skrin telefon dan jelas kelihatan nombor akak kesayangan aku di skrin utama.tanpa mengambil masa yang lama terus aku mendail nombor akak aku .
"hah..baru reti nak angkat!!"aku tergelak. pastinya dia geram bila aku lambat menelefonnya kembali.
"tadi joon siapkan kerja"aku berkata dengan perlahan. takkan aku nak jerit pulakkan.aku bukannya macam hoseok yang 24 jam kalau boleh dia nak jerit.
"haa kerja kerja kerja..agak-agak kalau akak mati pun ade orang call belum tentu nak angkat..baik tak payah guna telefon..derma je dekat sesiapa phone tu..ataupun joon makan je kertas kerja tuh..senang..eii ni akak nak tanya..bila joon tu nak kahwin hah?!!omma dah sibuk tanya akak dah..sebab dia call joon tak angkat..nampak omma pun tahu yang anak lelaki dia nih sibuk dengan kerja 24 jam"aku tergelak dengan apa yang akak mirae katakan.dia dah mula membebel dah.kalau bebel tak berhenti akak aku ni.
"joon muda lagi lah kak"aku mendengar keluhan berat daripada akak mirae dihujung talian apabila dia mendengar apa yang aku katakan.
"muda apenye??!tahun ni joon dah 25 tau.25 bukannya 15"aku makin terhibur bila dapat sakat kakak aku begini.
"akak pon tak kahwin lagi kan?"aku menjawab dengan apa yang akak mirae katakan.dia sendiri tak kahwin lagi kut..kang jadi anak dara tua baru tahu.
"eh akak ni lain..joon tu kena kahwin dulu"akak mirae makin membebel dengan setiap jawapan yang aku berikan.mana tak nya semua yang dia cakap semua aku menjawab.
"joon dah ada calon"aku katakan juga ayat itu walaupun aku sendiri pada awalnya tak nak bagitau sesiapa buat masa ini selain daripada kawan-kawan aku.
"jinjja!!siapa orang tu?"jeritan daripada kak mirae membuatkan aku menjauhkan telefon yang aku pegang daripada telinga aku.maun pekak aku dibuatnya nanti.
"Akak kenal dia..dia housemate akak"untuk seketika kak mirae mendiamkan diri daripada hujung talian.
"joon serious ke nak kahwin dengan jung?joon baru kenal dia tadi tau..akak ulang balik..JOON BARU KENAL DIA TADI TAU..TADI..joon akak bukannya tak nak setuju dengan pilihan joon cuma joon tak tahu kisah silam jung tu"akak mirae menekan setiap perkataan yang dia katakan.terus berkerut dahi aku dibuatnya. memanglah aku nak kahwin dengan seojung atas dasar kasihan tapi kenapa pulak kak mirae macam tak suka dengan apa yang aku katakan.
"joon tahu dia bekas penagih dadah..tapi tak salah kan kak?lagipun dia pun ada hak untuk bahagia..joon bukan apa kak nak kahwin dengan dia..joon kesian tengok hidup dia tu..tak bergaul sebab masa silam dia"aku memberitahu hal sebenar kepada kak mirae.
"akak tahu niat joon tu baik tapi kalau joon kesiankan dia akak rasa lebih elok joon jangan teruskan..joon hanya akan seksa dia nanti"aku melepaskan keluhan berat dengan apa yang kak mirae katakan.
"tapi kalau itu yang joon pilih akak tak kisah..sebab akak tahu yang jung tu baik..dia menagih sebelum ni pun disebabkan pengaruh..akak dengan omma serious tak kisah..ini keputusan joon dan kalau ini yang joon pilih akak okay je..akak tidur dulu..esok akak nak keje"panggilan terus kak mirae matikan.aku menyimpan kembali telefon aku.coffe yang semakin sejuk aku cicip .sediakah aku untuk berkahwin.
tapi serious aku kata aku bukannya terdesak untuk berkawin.bukan juga disebabkan paksaan daripada keluarga.cuma aku terlampau kasihan dengan lee seojung.lihat dia sentiasa dihantui dengan masa silamnya serta hutangnya hutang melampuh.
aku mematikan suis laptop aku dan terus aku coffe aku habiskan.aku takde mood nak teruskan kerja aku.cawan yang sudahpun kosong aku biarkan di atas meja kerja.terus aku baringkan diri di atas katil dan mata aku pejamkan .lee seojung,esok aku akan cuba sesuaikan diri dengan kau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro