Forgeting you
Seojung pov..
Aku memandang Jungkook yang baru sahaja balik daripada kerja. Dia nampak tergesa-gesa. Aku memandangnya pelik.
"Jung aku keluar dulu" makin pelik aku dibuatnya. Selalunya kalau Jungkook balik kerja dia mesti duduk je dekat rumah. Tapi hari ni nak keluar.
"Pergi mana?" Aku menyoalnya. Jungkook kelihatan ragu-ragu. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia nampak serba salah. Tangannya menggaru lehernya yang tidak gatal.
"Jung kalau aku bagitau kau relax eh" aku mengangguk. Jungkook mengeluh sekali lagi. Untuk seketika dia mendiamkan diri. Aku pula yang ternanti-nanti dengan jawapan yang bakal dia berikan.
"Joon.. dia.. dia kemalangan" terus membuntang mata aku dibuatnya. Aku tergamam. Kehilanga kata. Aku terus bangun daripada duduk dan aku menghampiri Jungkook. Mata aku berkaca.
"Kau gurau kan kook?" Aku menyoalnya. Tubuhnya aku goncangkan. Menanti jawapan yang semua ni cuma main-main. Aku yakin Jungkook cuma nak kenakan aku tapi tak. Jungkook gelengkan kepala. Luluh rasa hati aku dibuatnya.
"Aku ikut kau" terus aku memasuki bilik dan baju sejuk aku ambil. Kemudian terus aku mengikuti Jungkook menaiki kereta.
Pandangan aku lontarkan ke luar tingkap. Permandangan di sekeliling aku amati untung menghilangkan rasa gelisah yang kian menjentik tangkai hati. Jungkook menghentikan keretanya di hospital seoul.
Aku mengemam bibir aku. Tangan yang terasa makin menggeletar aku genggam kemas. Aku risau. Aku takut. Jungkook menggenggam tangan aku erat. Dia cuba untuk menenangkan aku.
"Semuanya akan okey" Jungkook cuba menenangkan aku. Aku tersenyum kelat. Terus aku mengorak langkah mencari nombor wad yang Namjoon duduki. Pintu bilik bernombor 6 aku pandang lama. Dada kian berombak kencang.
Aku ragu-ragu untuk bukak pintu. Aku mengeluh. Dengan berat hati terus tombol pintu aku buka. Rasa hati kian luluh. Aku tak sanggup tengok keadaan Namjoon macamtu. Dengan wayar berselirat sana sini. Aku menghampirinya. Tangannya aku pegang. Sejuk.
"Joon.. saya datang ni" tubir mata aku dipenuhi dengan air mata. Aku menangis. Tubuh aku terasa ditarik masuk ke dalam pelukan seseorang. Dari baunya sahaja aku tau yang ni Jungkook.
"Doktor kata ape?" Aku menyoal Jungkook. Lelaki itu mengeluh. Pelukan makin diperketatkan. Dia seakan berat untuk memberitahu aku.
"Joon.. masuk kali ni dah 7 pek darah dah dimasukkan.. tapi keadaan dia still 50-50" aku menangis. Terduduk aku dibuatnya. Kalau saya tak tinggalkan awak mesti semua tak jadi macam ni kan.
Perut aku terasa sakit. Membuatkan bibir aku diketapkan. Jungkook menghampiri.
"Kau okey tak? Jangan jejaskan kesihatan lah.." dia membawa aku duduk di kerusi pelawat. Aku tersenyum. Mata masih lagi fokus pada Namjoon. Joon cepatlah sedar. Aku menghela nafas aku. Sedih lihat keadaan dia begitu. Aku tak sanggup.
💎💎💎
Aku memandang Namjoon. Dah berminggu lamanya dia tak sedarkan diri. Keadaan dia masih lagi tak berapa nak stabil. Satu keluhan berat aku lepaskan.
Aku teringin nak tengok dia senyum. Tangkai hati makin dihambat kerinduan tanpa penghujung. Aku melentokkan tangan aku pada katil pesakit. Air mata mengalir tanpa dipinta.
Bunyi pintu bilik yang dibukak aecara tiba-tiba membuatkan mata aku tertumpu pada tiga figura yang berdiri di hadapan aku. Kak Mirae menghampiri aku. Tubuh aku dipeluknya.
"Akak tau Jung kuat" aku tersenyum kelat. Kuat?. Aku tak tau. Mata aku tertumpu pula pada Jungkook dan kemudian pada figura terakhir. Mingyu.
"Kau tak payah nak acah sedih lah" Mingyu menjeling aku. Dengan agak lambat dia menghampiri Namjoon. Matanya kelihatan sayu. Aku tau dia sedih. Sape je kan tak sedih.
Aku menggengam tangan Namjoon. Joon cepatlah sedar. Semua orang rindukan awak. Seakan satu keajaiban tangan Namjoon mula bergerak-gerak.
"Joon" aku melepaskan tangannya. Terus mata melirik memandang wajahnya. Dengan agak lambat dia membuka mata. Dahinya dikerutkan.
"Dekat mane ni?" Kak Mirae menghampiri Namjoon. Rambut adiknya itu diusap.
"Dekat hospitala.. joon kemalangan.. ingat tak?" Namjoon menggelengkan kepala. Jungkook berdiri di belakang aku. Bahu aku dipegangnya. Menyuruh aku menegur suami aku. Namun belum sempat aku menegurnya. Satu soalan terlebih dahulu disoal oleh sang suami.
"Kau... siapa?" Keningnya dijungkitkan. Aku tergamam. Hati terasa sakit.
"Ouh.. Kook isteri kau ke?.. dia lawa" Namjoon mengukir senyuman manis. Aku tergamam. Lidah aku kelu.bukan aku sorang je. Yang lain pon sama. Semua kehilangan kata.
"Semoga selamat melahirkan" Namjoon tersenyum dan aku membalasnya dengan senyuma tawar. Terus aku bangun daripada kerusi pelawat. Aku perlu tenangkan diri.
Namjoon pov..
Aku memandang ke sekeliling. Berkerut dahi aku apabila sapaan manis aku tak diendahkan. Aku tak faham kenapa dengan isteri Kook tu. Mungkin dia penat kot. Mungkin.
"Joon" kak Mirae memanggil aku dan aku memandangnya. Tangan aku diraih. Matanya memandang tepat ke dalam mata aku. Dia seakan cuba untuk menyampaikan sesuatu.
"Joon ingat Seolmi?" Aku menjungkitkan kening aku. Kepala aku geleng. Siapa Seolmi? Duh ape kau Mirae cakap ni.
"Joon betul-betul tak kenal?" Aku mengangguk. Kemudian Kak mirae mendiamkan dirinya kembali. What happen? Serious aku kata aku tak faham.
Doktor dan beberapa orang jururawat datang menghampiri aku. Satu senyuman diberikan.
"Baguslah awak dah sedar.. kesian isteri awak tunggun awak lama" berkerut dahi aku. Isteri? Sejak bila aku kahwin pulak ni.
"Isteri?tak saya tak faham.. saya mana pernah kahwin" doktor itu kelihatan tenang. Dia meneruskan tugasannya memeriksa aku.
"Apa yang awak ingat?" Soalan yang diberikan oleh doktor itu membuatkan aku memandang ke arah tingkap. Mata aku meliar memikirkan beberapa ingatan yang aku ingat.
"Saya baru habis dari sekolah.. i mean universiti.. saya kerja dekat syarikat yang saya tubuhkan sendiri.. itu je" doktor itu mengangguk.
"Mengikut daripada pemeriksaan..pesakit mengalami hentakkan yang kuat di kepala dan membuatkan dia amnesia" mata kak Mirae membulat. Doktor itu kemudian terus meninggalkan kami.
"Akak.. Bila Jungkook kahwin" aku menyoal kak Mirae. Dia hanya mendiamkan diri. Dibiarkan soalan aku tergantung sepi.
"Perempuan tadi tu bukan isteri Jungkook... tapi isteri Joon.. joon tak ingat?" Aku menggelengkan kepala. Kalau betul perempuan tadi tu isteri aku kenapa cincin dia sama dengan Jungkook. Komfirm kak Mirae tipu.
"Akak merepek ape ni? Kekasih pon Joon tak pernah ada.. inikan pulak isteri" aku tergelak. Namun disebalik tawa aku hati aku merintih kesakitan. Kerinduan yang aku sendiri tidak tahu puncanya. Perempuan tu. DIa buat hati aku tersiksa. Aku tak faham kenapa.
Seojung pov..
Aku melabuhkan punggung di bangku hospital. Air mata tidak henti daripada mengalir. Aku tak sanggup.
"Jung.. janganlah nangis.. nanti kau sakit" Jungkook menghampiri aku. Tubuh aku dipeluknya lama.
"Kook.. dia tipu kan? Kenapa dia pura-pura tak kenal aku" air mata makin lebat memenuhi tubir mata.
"Aku tak rasa dia tipu.. kalau kau sayang dia.. kau kena tunjuk effort kau.. kau kena buktikan kau isteri dia.. and anak yang kau kandung ni anak dia" aku mengangguk. Pandangan aku berbalam. Hidung aku mengeluarkan darah dan akhirnya aku tumbang.
Hyun nk kata thanks dekat FENGKSJ sbb dia buatkan cover untuk hyunn... uwaahhh im died do.. cover dia lawo.. haa sape nk cover lawo.. meletops.. bomm.. kebabommm ginih.. gi serbu dia.. hahaha.. x ckup ngn wattpad gi serbu dia kat whattapss... hahahaha... thanks feng.. 😉💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro