Forever
Aku menghempas tas tangan aku di atas katil. Begitu juga dengan telefon sendiri. Diri dipenuhi dengan frustasi. Aku membaringkan diri di atas katil. Keluhan dilepaskan. Mata tidak henti daripada memandang syiling.
Hati dihambat kehampaan yang terlampau. Ini ke yang bakal terjadi setiap kali aku mencintai Namjoon. Curang. Aku berputus asa. Namun hati kuat menyangkalkan apa yang berada di minda. Tak pernah terluka kah?
Telefon aku berdering. Nama yang muncul di skrin membuatkan aku cepat-cepat mengangkatnya.
"Maafkan saya Jen.. boleh kita jumpa.. saya dekat Sungai Han" aku bersetuju. Jam di dinding aku lihat. Lagi beberapa jam sahaja sebelum malam melabuhkan tirai. Aku memberanikan diri dan langkah aku menuju ke sungai Han yan tidak jauh daripada kawasan rumah.
Mata meliar mencari kelibat Namjoon namun tiada. Takkan dia tipu aku. Keluhan berat aku lepaskan. Deheman daripada seseorang membuatkan aku berpaling. Mata aku tertumpu pada mata bundarnya. Dia kelihatan sedih namun dalam masa yang sama riak wajahnya menyangkan bahawa dia menggalas sesuatu yang berat untuk diberitahu.
Dia menarik nafas dalam sebelum keluhan berat dilepaskan. Dia memandang aku. Tangan aku dipegangnya erat.
"Jenn.. saya rasa awak patut lupakan cinta awak dekat saya.. awak cuba rapat dengan aku.. sedangkan awak tau saya tak baik.. tapi Jenn please.. lupakan angan-angan awak.. kita takkan dapat bersama jenn" aku memandang Namjoon. Air mata memenuhi tubir mata. Takkan aku akan dikecewakan sama macam dalam mimpi.
Tak.. tak.. aku tak nak dikecewakan. Tindakan drastik aku ambil. Bibir terus aku rapat tepat mengena bibir Namjoon. Dia tidak membalas. Tubuh aku ditolak ke belakang.
"K-kenapa?" Aku menyoalnya. Nada aku tergagap-gagap. Mata aku berkaca. Dia kelihatan serba salah. Tangan menggosok batang leher. Matanya dialihkan daripada memandang aku.
"Jen.. saya.. saya dah bertunang.. saya tak boleh jadi milik awak Jen.. tak boleh.. keluarga saya dah pilih perempuan tu dan saya cintakan dia.. cari lelaki lain yang lagi baik dari saya Jen.. anggaplah semua yang berlaku, macam awak tak pernah harunginya.. anggap saya tak pernah wujud dalam hidup awak Jenn.. lupakan saya.. Tolong.. lupakan saya.. sebab saya akan buat benda sama" tangannya diselok masuk ke dalam poket. Kemudian tanpa berpaling melihat aku lagi dia terus beredar.
Air mata aku membasahi pipi.Hujan yang mengena diri sendiri langsung aku tak hiraukan. Aku cuba tak hiraukan penjelasan dia. Namun penjelasan sekukuh itu, tiada apa lagi yang dapat disangkal kan. Air mata membasahi pipi. Begitu juga dengan sang hati. Makin berkecamuk dihambat perasaan sendiri.
Aku jatuh terduduk di atas tanah. Dada aku pukul. Makin sakit rasanya. Makin menderita. Kalaulah Jungkook masih ada. Kook aku rindukan kau. Kenapa semua ni mesti jadi. Andai aku tahu penderitaan yang bakal aku terima takkan sesekali aku ingin melangkah sejauh ini. Takkan sesekalu aku bercinta dengannya lagi.
Tubuh tidak lagi terasa basah. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Aku memandang figura yang berada di hadapan aku. Bibir menguntum senyuman.
"Jungkook" aku memanggilnya namun tidak pula dia pandang. Tubuhnya direndahkan sedikit. Mata kami bertentangan. Senyuman petak daripadanya membuatkan aku sedar dia bukan Jungkook.
"Taehyung" dia menggosok rambut aku. Kemudian terus tubuh aku ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Semuanya akan okey Jenn.. semuanya bakal okey" dia cuba menenangkan aku. Air mata makin mengalir. Aku rindukan Jungkook. Kalaulah peristiwa tu tak jadi, mesti Jungkook yang teman aku sekarang.
"Saya kecewa Tae.. ini ke pengakhirannya, jika ya.. saya rela mati" tangisan aku makin kuat. Dada Taehyung aku pukul. Melepaskan kegeraman. Namun dia diam tak berkutik.
"Masih ada penjelasan yang kau tak tau Jenn.. kau cuma perlukannya" aku memandang Taehyung. Dia menyelok poket seluarnya. Sebotol kecil berisi sejenis cecair berwarna merah pekat dikeluarkan.
"Kalau penjelasan yang kau mahu.. benda ni bakal buat kau dapatkannya.. tapi ingat Jen.. sekali kau telan.. kau bakal kehilangan sesuatu dan kau takkan dapatkannya lagi" ayat yang dikatakan oleh Taehyung aku tak hiraukan. Tanpa berfikir panjang, terus botol kecil itu aku ambil dan cecair di dalamnya aku teguk rakus.
Pandangan aku makin berbalam. Aku memandang sekeliling. Dada aku terasa sakit dan akhirnya aku rebah tak sedarkan diri.
🌺🌺
Aku membuka mata, keadaan di sekeliling aku pandang. Bauan ubat yang menusuk masuk ke dalam rongga hidung membuatkan aku tahu aku berada di hospital.
Aku memejam mata. Kepala kian terasa sakit. Makin berdenyut. Makin mencucuk. Mungkin sebab berhujan semalam. Aku menarik tisu di sebelah katil. Terus aku hembuskan hingus. Aku menyelubungkan diri ke dalam selimut. Rasa sejuk mencengkam tubuh. Tak tau apa yang diberikan oleh Taehyung kepada aku semalam. Rasa demam aku kali ni lain macam. Tangan aku kekejangan.
Aku meronta-ronta. Nafas tersekat-sekat setiap kali ditarik. Selimut aku ditarik oleh seseorang. Dahi aku berkerut. Peluh tak henti merenek di dahi.
"Joon" bibir pucat aku mengukir senyuman. Mata hazelnya memandang aku sayu. Dia merapatkan dahi dia dengan dahi aku. Dahinya berkerut.
"Sayang demam ye.." dia tersenyum. Pipi aku dikucupnya sekilas. Tuala basah di letakkan di atas dahi aku.
"Masanya hampir tiba sayang.. sikit lagi semuanya bakal tamat.. kita akan bersama" Namjoon mengukir senyuman. Aku membalasnya. Kemudian dia terus menghilang. Hati aku dihambat rasa. Perasaan sedih makin bergelora. Imaginasi yang memeritkan.
Kali ini dada aku pula yang terasa sakitnya. Mencengkam. Pernafasan aku makin sukar. Aku menarik-narik cadar katil.
"Nam---joon" nama itu aku katakan sebelum nafas terakhir dihembuskan. Keadaan di sekeliling gelap. Kedengaran nama aku diseru. Aku cuba membuka mata aku walaupun ianya sukar.
"Sayang" mata aku bertentangan dengan mata hazel milik Namjoon. Aku memeluknya. Dia membalas.
"Sekarang takde siapa dapat pisahkan kita.. kita akan sentiasa bersama.. akan jadi keluarga bahagia" dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Aku memandang sekeliling. Tempat ni, rumah aku dengan Namjoon. Seseorang menghampiri kami. Aku memandangnya.
"Jungkook" aku tersenyum. Begitu juga dengan dia. Bayi di gendongannya aku ambil. Pipi bayi itu aku kucup lama. Rindu dengan anak aku.
"Kau buat pilihan tepat Jen" seseorang menegur aku. Figura berambut hijau di belakang Jungkook aku pandang. Dia tersenyum petak. Jarinya dibentuk peace.
"Macam mana kau?!!" Aku menyoalnya dan dia tergelak.
"Ini dunia aku Jen.. kau lupa ke aku salah seorang kawan Namjoon hyung?" Mata aku membulat. Wajah Taehyung aku pandang lama. Kenapa aku baru perasan siapa diri dia.
"Tapi kau kata aku akan hilang sesuatu.. apa yang aku hilang?" Aku menyoal Taehyung. Dia kelihatan serba salah.
"Kau.. dekat dunia realiti dah mati Jen.. kau akan hidup dekat sini selamanya..kau hanya mampu lihat mereka.. tapi diorang tak Jen" aku tergamam. Kehilangan kata.
🌺🌺
Aku mengusap perut aku yang kian memboyot. Sudah berbulan aku di sini. Berbulan juga aku tinggalkan dunia realiti. Anak mata aku menangkap kelibat Jiyoung. Dia kelihatan suram. Bunga pionic putih dia hanyutkan pada sungai Han. Aku tersenyum kelat. Aku rindukan abang aku.
Seseorang memeluk aku daripada belakang. Aku berpaling. Namjoon tersenyum. Eunmi yang sudahpun berusi setahun didukungnya.
"Kenapa nampak sedih ni?" Namjoon menyoal. Aku menggelengkan kepala aku.
"Saya rindukan abang saya" Namjoon tersenyum. Pipi aku dikucupnya. Kemudian dia merapatkan bibirnya pada bibir aku.
"Jangan risau Jen..abang yakin.. dia pon rindukan sayang.. dah jangan sedih.. nanti tak elok untuk baby" Namjoon mengusap rambut aku.
"Saya akan buat sayang saya ni bahagia.. saya sayangkan awak.." aku tersenyum manis. Jika ini penamatnya aku terima. Walaupun untuk sampai ke sini kembali nyawa yang aku korbankan tapu tak mengapa. Demi kim Namjoon.. demi cinta aku.. aku korbankan segalanya.
"M-mama" Eunmi memanggil aku. Aku memandangnya. Pipinya aku cuit geram. Tembam.
"Eunmi ayang mama" dia menayangkan senyumannnya. Begitu juga dengan aku.
"Papa pon sayang mama even mama dah gemuk" Namjoon tergelak. Aku memuncungkan bibir. Protes.
"Gemuk pon isteri awak lah.. saya gemuk salah siapa?!! " aku memusingkan diri aku. Namjoon masoh lagi tergelak.
"Hehe.. gemuk pon lawa" Namjoon memeluk aku. Dia tersenyum manis. Hati aku mencair. Haih dia ni tak buat aku cair sehari tak sah. Walaupun jalan cerita cinta aku dengannya berbeza namun aku menyukainya. Singularity yang khas buat kim Namjoon dan Jennie kwon.
The end
Yeayyy tamat.. huhu.. hyun nak uvap trima kasih bagi yang support.. hehe.. kamsahamnida.. semoga berjumpa lagi nanti.. bye...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro