first day
lee seojung pov
aku mengambil pesanan makanan yang dipesan oleh pelanggan sebelum aku pergi ke arah kaunter yang menempatkan kaki mirae.kertas yang berisi pesanan aku berikan kepada kak mirae.satu senyuman aku hadiahkan kepadanya,jelas kelihatan riak kak mirae seperti ada sesuatu yang menggusarkan hatinya.
aku bukannya tak nak tanya cuma nanti takut dia anggap aku menyibuk pula,jadi aku memilih untuk mendiamkan sahaja diri .Bunyi loceng pintu caffe imembuatkan aku terus berpaling.pasti ada pelanggan yang datang jadi kertas dan pen yang berada di atas meja kaunter aku ambil kembali .
"joon?"baru sahaja aku mahu mengorak langkah suara kak mirae menarik perhatian aku.terus aku berpaling .kim namjoon.dengan kot berwarna hitam dan tali leher yang terletak elok ditempatnya membuatkan lelaki ini semakin menambat hati aku.
"joon buat apa dekat sini?"kak mirae menyoal namjoon yang sedang merenung aku.serious aku kata dia berjaya buat hati aku cair sama seperti apa yang aku pernah rasakan sebelum ini.
"joon nak jumpa dengan bakal isteri kejap"namjoon tersengih dan belakang lehernya diusap.kak mirae hanya mengangguk dan terus kak mirae menyambung kerjanya yang tergendala.aku memandang namjoon dan terus kening aku jungkitkan. tiba-tiba je nak jumpa dengan aku.tangan aku ditariknya keluar daripada caffe dan bila diyakini agak jauh daripada penglihatan sesiapa dia melepaskan tangan aku.
"aku dah selesaikan hutang kau"terus membulat mata aku apabila mendengar apa yang dia katakan.aku memandangnya yang masih sama dengan kedudukannya tadi.dengan wajah tanpa riak dan juga tangan yang dia silangkan di dada.
"jadi?'"aku menyoalnya. aku keliru.kalau dia dah langsaikan kesemua hutang aku jadi kenapa dia ke sini dan berjumpa dengan aku waktu aku bekerja.macam takde waktu yang lain pula untuk dia katakan kepada aku.
"jadi habis kerja ni kau ikut aku..kita pergi cari barang untuk kahwin"aku mengangguk faham dengan apa yang dia katakan.
"dah pergi sambung kerja"dia terus berpaling daripada aku dan kemudiannya dia terus melangkah meninggalkan aku seorang diri di sini.aku menghela nafas berat.entah kenapa aku rasa kecewa dengan layanan dia kepada aku untuk hari ini.
aku nak dia layan aku macam semalam,tapu bila fikirkan aku dengannya bakal berkahwin disebabkan dia kasihan kan aku jadi mahu tidak mahu kena terima sahaja segala tindakan dan perangai yang dia lakukan.
dia pun mesti dah serabut diri sendiri sebab pilih untuk berkahwin dengan bekas penagih dadah seperti aku.Aku mengeluh perlahan.terus aku orak langkah aku memasuki cafe semula.
"kenapa joon nak jumpa jung?"kak mirae menyoal aku.aku memandang kak mirae sebelum satu senyuman aku berikan kepadanya.
"joon nak uruskan hal kahwin"aku melebarkan senyuman aku.aku tak nak kalau akak mirae tahu yang perkahwinan ni hanya satu penipuan.aku bukannya nak pergunakan adik dua cuma aku tak mampu buat apa-apa.namjoon dahpun bayar hutang aku.baru sahaja aku mahu beredar akak mirae terlebih dahulu menarik tangan aku.
"jung serious nak kahwin dengan adik akak?"makin jelas kelihatan kerisauan dalam anak mata kak mirae.aku terjeda.lidah sendiri kelu.jika mahu dikatakan aku serious,aku tak pasti.mungkin juga serious.
"akak janganlah risau"aku memegang erat tangan kak mirae.aku memberikan satu anggukan kepada kak mirae menandakan bahawa aku serious. namjoon dah bayar segala hutang.
takkan aku nak batalkan dengan benda yang aku sudah setuju.lagipun aku rasa yang aku dah jatuh cinta dengan namjoon sejak pertemuaan kami.dia lain daripada yang lain jadi aku tertarik.mungkin dengan cara perkahwinan ini aku dapat mengenali namjoon dengan lebih dalam.mungkin.
kak mirae melepaskan tangan aku.terus aku menyambung membuat kerja aku yang tergendala.segala pinggan kotor di atas meja aku ambil dan aku hantar ke dapur.pili air aku buka.pinggan kotor tadi aku basuh dengan sabun dan aku bilas sebelum aku tangkupkan di rak pinggan.tangan yang basah aku lap pada tuala kecil yang disangkutkan di tepi sinki.
"kau tahu tak tadi adik kak mirae dia jumpa dengan penagih dadah tu"aku mendengar dengan jelas beberapa orang makcik bawang yang sibuk berbual tentang aku.aku biarkan sahaja .malas nak dengar .mereka takkan pernah tutup mulut jadi apa sahaja yang boleh aku lakukan.mulut masing-masing.
"aku yakin yang adik kak mirae halang penagih tu daripada terus kawan dengan kak mirae kot..nampak macam tegang je tadi"aku mengetap bibir.geram.aku memejam mata aku dan terus aku berlalu pergi.menyakitkan hati.aku tahulah kesilapan aku layak dipandang jijik tapi aku bukannya sengaja.aku juga manusia.layak diberikan peluang kedua.inilah masyarakat sekarang.pantang nampak semua nak digosipkan.nak dihebohkan.
aku menyimpan kesemua barang aku ke dalam beg.terus aku sandang beg tersebut dan aku berjalan keluar daripada cafe.nampaknya waktu bekerja aku dahpun tamat.jika aku beruntung aku akan dapat kerja pada waktu petang pula.aku bukannya seperti mereka yang berada di sini.kerja semua penuh masa.aku cuma setengah masa.aku perlu bekerja dengan lebih keras jika aku mahu mengganti duit namjoon semula.memang dia tidak meminta namun aku sendiri yang sudi membayar.
Baru sahaja beberapa langkah aku keluar daripada cafe akak mirae menahan langkah aku.berkerut dahi aku dibuanya.apa kak mirae ada sesuatu yang dia mahu aku belikan?aku memandang kak mirae dan kening aku jungkitkan.
"joon suruh jung pergi dekat hotel dia..ini akak bagi alamat"sekeping kertas diberikan oleh akak mirae kepada aku.terus aku mengambilnya dan aku masukkan ke dalam kocek baju .aku memberikan satu senyuman manis kepada kak mirae sebelum aku beredar.
perhentian bas aku tuju.kerusi yang sememangnya kosong aku duduki.jam begini siapa sahaja mahu menunggu bas bukan.agak-agak namjoon bawak aku pergi naik motor lagi ke?telefon aku keluarkan dan aku pasang bluetooth headphone di telinga .kaki aku bergerak mengikut rentak lagu yang didendangkan.sedang asyik aku mendengar lagu mata aku tertacap pada satu figura yang amat aku kenali berada di seberang jalan.terus membulat mata aku.
aku bangun daripada duduk dan terus aku menghayun langkah mahu mengikuti figura tadi. dia,orang yang aku cari selama ini.dia diseberang jalan sana dan aku perlu berjumpa dengannya.aku menghentikan langkah aku apabila figura tadi hilang.air mata aku mengalir.
mungkin itu cuma halusinasi aku. orang yang dah meninggal beberapa tahun lepas hidup kembali.aku terududuk di atas jalan .tangan aku mengepal penumbuk sendiri.dengan agak lambat aku bangun daripada duduk dan terus perhentian bas aku tuju.aku perlu pergi berjumpa dengan namjoon.itu yang penting sekarang.aku tak boleh terlalu sibuk melayan perasaan sendiri.
aku memandang langit yang sudahpun menitikkan rintik-rintik hujan.kaki aku kembali lemah.aku tak sukakan keadaan begini.aku tak sukakan hujan.hujan yang pada awalnya hanyalah renyai-renyai kini kian melebat membuatkan tubuh aku basah.
aku kuatkan juga diri melangkah menghampiri perhentian bas.lagi beberapa langkah sahaja lagi aku akan tiba di sana tubuh aku ditarik oleh seseorang.aku memejam mata aku.aku takut.kalau boleh aku nak terus berlari ke perhentian bas sekarang ini.
"hey..kau okay?"pipi aku disentuh perlahan.dapat aku rasakan tangan yang agak kasar menyentuh pipi polos aku.terus mata aku buka.terpapar namjoon di hadapan aku.
"s-saya okay"aku mengangguk dan mata aku tepat memandang ke wajah namjoon.dia beriak tenang .tidak seperti sewaktu dia berjumpa dengan aku tadi.dia kelihatan risau.
"baguslah..aku risau sebab kau tak de dekat perhentian bas ni"tubuh aku dia peluk agak lama dan itu melegakan aku.meledak tangisan aku.aku bukannya mahu menangis begini cuma pelukan hangat ini membuatkan semua emosi aku terganggu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro