Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Did you real?

Aku membuka mata. Sinaran mentari tepat mengena mata. Aku terjaga. Sedar tak sedar dah seminggu aku tinggalkan mimpi tu. Tapi sayangnya aku masih ingat. Aku masih tertanya dan soalan tentang mimpi tu sentiasa berputar dan makin ligat bermain di dalam fikiran aku. Kalau Jungkook boleh ada dekat dunia nyata maknanya Namjoon adalah kan? Aku mengeluh.

Aku bangun daripada katil dan terus aku membersihkan diri. Baju gaun berwarna biru cair aku sarungkan ke tubuh. Aku berjalan menuju ke ruang tamu. Jiyoung memandang aku. Keningnya dijungkitkan. Mug yang berisi air panas di tangannya dan baju pijama yang masih tersaring di tubuh membuatkan aku tahu dia baru bangun tidur.

"Kau tak pergi sekolah ke?" Dia menyoal. Aku mengerutkan dahi. Sekolah? Bukan aku dah habis sekolah ke?

"Kan dah habis sekolah" aku berkata perlahan dan itu membuatkan dia tergelak. Mug di tangan diletakkan ke atas meja. Dia menghampiri aku.

"Kau merepek ape ni?? Habis sekolah? Lupe ke yang kau tahun ni last sekolah.. allahu jen.. please lah jangan jadi bodoh.. aku yang abang ni pon malu kalau ada adik sebuduh kau" dia tergelak. Bahu aku ditepuknya kasar. Aku berdecit. Kaki aku hentak.

Terus pintu bilik aku hempas dan aku menyarungkan baju sekolah yang tergantung rapi di dalam almari. Wajah aku tatap lama dihadapan cermin. Sedikit foundation aku tepekkan ke muka. Keluhan sekali lagi aku lepaskan. Kan bagus kalau aku dekat mimpi lagi.

Aku mengambil beg yang berada di atas meja. Terus aku sumbatkan beberapa buah buku ke dalamnya. Aku tak yakin subjek ape ada cuma yang aku tau aku bawak je. Sebab ini hari pertama aku ke sekolah.

Kaki aku orakkan ke luar. Aku memandang abang aku. Dia sekadar melirik dan kemudian dia menjeling. Berpura-pura tidak melihat aku dihadapannya.

"Hantarkan" aku memandangnya. Mata aku kelipkan. Pipi aku kembungkan, tapi jangan pernah berharap yang dia akan hantar. Dia sekadar menjelir lidahnya. Kemudian dia gelak.

"Kau tak pernah-pernah suruh aku hantar.. tetibe je.. dah kat luar ada basikal.. kau kayuh.. lepas lorong sepuluh kau sampai" kemudian dia terus beredar. Dasar abang tak guna. Aku rasa macam nak tikam-tikam dia. Aku mengambil nafas berat.

Terus aku keluar daripada rumah. Basikal berwarna putih yang terletak elok di tepi dinding aku tunggang. Kaki makin letih. Penat. Baru lorong ke lima. Namun aku teruskan perjalanan. Seseorang yang tiba-tiba sahaja melintas di hadapan aku membuatkan aku menghentikan basikal dengan kadar segera. Nasib baik tak jatuh.

"Eiii jalan ten--" aku tergamam. Kehilangan ayat yang aku mahu utarakan. Wajah itu. Wajah yang aku rindu.

"Maaf.. aku nak cepat" dia berkata kasar. Cap yang tersemat di kepala ditariknya. Kemudian dia terus beredar.

"Namjoon" nama itu menutur di bibir aku. Aku yakin yang aku tak silap tengok. Aku memandang figura itu. Takkan dia tak kenal aku. Mata memandang ke arah jam yang berada si pergelangan tangan. Mulut menutur ayat carutan. Aku dah lambat.

Aku menarik nafas sedalam mungkin. Tercungap-cungap dibuatnya. Pintu kelas aku buka membuatkan semua orang memandang aku. Termasuk cikgu yang berada di hadapan.Beberapa orang pelajar mula berbisik sesama sendiri.

"Baguslah kamu dah sedar"Cikgu yang berada di hadapan tersenyum. Terus aku mengangguk. Meja yang kosong aku tuju. Tempat di sebelah seorang lelaki yang sedang tertidur menjadi tempat aku labuhkan punggung.

Wajahnya aku tatap lama. Sekali lagi aku tergamam. Jungkook. Ya. Lelaki di sebelah aku ini Jeon Jungkook. Rakan yang sentiasa ada disaat aku susah di dalam mimpi.

"Sapa suruh kau duduk sini? Takde siapa boleh duduk sebelah aku selain Jenn" Jungkook meninggikan suara. Matanya digosok kasar. Terus dia mengecilkan mata memandang aku. Kemudian terus matanya membulat. Terkejut mungkin.

"Weh Jenn.. kau ke?? Aku tak silap tengok kan.. weh aku tak mimpi kan?" Pipi aku ditariknya. Kemudian terus dia menggosok matanya sekali lagi.

"Jungkook diam.. saya tau awak dah lama tak jumpa kawan awak tu.. kejap lagi sambung.. jangan bising" cikgu yang mengajar mengetuk meja dan itu membuatkan Jungkook mengumam kata. Mencarut. Aku tergelak.

"Kook.. aku nak tanya kau boleh?" Dia memandang aku. Kemudian terus kepalanya diangguk laju.

"Boleh.. boleh.. demi kau beribu soalan pon sanggup aku jawab.. haa kau nak tanya ape?" Dia menjungkit kening. Gigi arnab ditayangkan.

"Dekat sekolah ni... urhmm ada tak orang nama Namjoon?" Aku menyoal. Jungkook mengerutkan dahi.Tangannya diletakkan ke atas dahi aku. Kemudian keningnya dijungkitkan.

"Kau demam ke woii?? Tak pernah.. pernah tanya pasal budak paling nakal abadni??" Aku memegang bahu Jungkook. Tubuhnya aku goncang laju.

"Weh dia wujud ke?" Jungkook mengangguk.

"Kamu berdua dekat belakang tu.. kan saya dah kata diam!!!!" Pen marker di tangan cikgu baling sehingga tepat mengena dahi Jungkook. Berdecit dia menahan kesakitan.

"Kau lah nih!! Tengok aku yang kena.. ye dia wujud.. kau cakap pasal kim Namjoon kan??.." aku mengangguk laju.

Aku makin tersenyum. Nampaknya dia betul-betul wujud. Kalau aku ingat dia, maksudnya dia ingat aku jugaklah kan. Aku berharap.

"Kau kenapa sengeh? Jap.. jap.. jangan cakap kau suka dia Jenn.. hoho.. takkan kau dah tak on crush ngan Mingyu?? Aikk tak dapat adik.. abang pon jadi eh.. pelik kau ni" Jungkook tergelak. Pipi aku membahang.

"Jeon Jungkook?!! Jennie Kwon.. diri dekat depan kelas sekarang" aku menjeling Jungkoo. Tak gune.

"Kau lah nih.. tengok aku pon kena" Jungkook berbisik. Aku menyangkan penumbuk aku kepadanya. Dia yang salah gelak macam akak ponti cari anak.. aku yang kena.

Aku berdiri di hadapan kelas. Beberapa orang pelajar mula memandang ke arah kami. Serious kata malu tapi nak buat macam mana. Sendiri cari pasal. Sendiri tanggung. Kaki aku yang lenguh aku goyangkan. Junhkook pula tidak habis dengan telefonnya. Seronok sangat ke kena denda? Aku pon tak faham. Jungkook realiti.. dengan Jungkook dalam mimpi mereka berbeza.

Agak-agak Namjoon berbeza tak? Aku menguntum senyuman kelat. Aku rindukan semua perkara yang berlaku. Termasuk dengan anak aku dalam mimpi. Aku rindukan semua tu.

"Kook kalau aku cakap yang masa aku  koma aku ada mimpi kau.. kau percaya tak?" Jungkook memandang aku. Telefon dia simpan ke dalam poket seluar.

"Teruskan.. aku nak dengar" aku menyambung cerita aku. Jungkook masih fokus mendengar. Sesekali dia tergelak dan akhirnya dia nangis. Ada kala carutan tak habis keluar dari mulutnya.

"Kalau kau cari Joon yang serupa macam mimpi kau.. aku rasa baik kau lupakan.. maybe kau still tak faham.. tapi hakikatnya Jenn.. Joon real dengan Joon dalam mimpi kau tu.. macam langit dengan bumi.. sebab Joon yang ni.. nakal.. dan aku ada jugak dengar yang dia tu.. playboy" aku terpempan. Betul ke?

"Alah selagi tak cuba.. tak tau kan?" Jungkook mengeluh.

"Jenn.. aku tak nak kau terluka.. aku taknak kau terluka sama macam mimpi kau.. maybe mimpi tu cuma amaran Jenn.. macam mana kalau kau memang takkan bahagia dengan dia.. lupakan mimpi tu Jenn.. sebab mimpi takkan pernah jadi kenyataan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro