Date? Maybe
"Seolmi!!tak.. tak Seolmi tak" mata aku tidak henti memerhati figura yang memeluk tubuh tidak bernyawa kakak aku. Air mata yang kian mengalir dipipi aku biarkan kering.
"Kau bunuh dia" lelaki itu menjerit kepada aku. Tubuh kakak aku dicempungnya. Aku menahan. Tak. Dia tak boleh bawak akak pergi. Kak Seolmi hanya untuk aku. Untuk aku walaupun aku yang menjadi punca kematian dia.
Tubuh aku ditolaknya kasar. Aku menangis. Aku merayu. Tak boleh. Aku nak kak Seolmi berada dengan aku sekarang. Akak hanya untuk Jung. Aku bangun daripada tempat aku jatuh.
Tangan lelaki itu aku raih. Tolonglah jangan pisahkan aku dengan kak Seolmi.
"Jangan sentuh aku dengan tangan kau.. pembunuh" aku terpempan. Tangan aku laju menutup kedua belah telinga aku. Tak. Tak aku bukan pembunuh. Air mata makin bercucuran membasahi pipi.
Tubuh aku ditarik oleh beberapa anggota polis yang berada di sekeliling. Aku meronta untuk dilepaskan. Akak jangan tinggal kan Jung.
"Kau okey tak?" Suara garau yang menyapa pendengaran aku membuatkan aku terus terjaga daripada tidur. Rambut aku raup ke belakang. Kenapa peristiwa beberapa tahun lepas makin menghantui setiap mimpi aku.
Aku menggelengkan kepala aku. Tubuh Namjoon aku peluk dengan erat. Aku takut. Takut sangat. Takut sampai air mata aku mengalir.
"Hey.. kau kenapa ni?" Esakan tangisan aku makin kuat. Namjoon menepuk belakang aku lembut. Dia cuba untuk tenangkan aku.
"Saya mimpi" aku berkata dengan nada yang agak perlahan, tapi aku yakin dia dapat dengar apa yang aku katakan. Dia masih lagi dengan posisi seperti tadi. Untuk seketika dia mendiamkan diri.
"Mimpi tu hanya mainan tidur.. semuanya akan baik.. jangalah risau" aku mengangguk. Kata-kata Namjoon sedekit menyenangkan aku. Walaupun aku tahu mimpi tadi bukannya mainan tidur. Mimpi tadi kisah silam aku.
"Nak ikut aku tak?" Namjoon menyoal aku. Terus aku memandang wajahnya. Kening aku angkat. Pelik mengapa tiba-tiba dia ajak aku untuk ikut dia.
"Pergi mana?" Aku menyoalnya. Tiada sebarang jawapan melainkan satu senyuman manis dia hadiahkan sebelum dia bangun daripada katil dan terus keluar. Berkerut dahi aku dibuatnya.
"Siap kalau kau nak ikut.. kalau tak tinggal" dia menjuihkan sedikit kepalanya daripada pintu sebelum dia menutup pintu bilik aku dengan rapat. Pelik. Tak kerja ke. Siap ajak aku keluar.
Tanpa berfikir panjang terus aku membersihkan diri dan gaun bewarna kuning lembut menjadi pilihan aku untuk dipakai. Rambut aku dandan rapi dan makeup aku calitkan di muka. Macam nak pergi date pulak.
Aku tersengeh sambil melihat diri sendiri di hadapan cermin. Pintu bilik aku buka dan terus aku orak langkah turun ke ruang tamu. Kelibat Namjoon aku cari. Kemana pula dia pergi. Takkan lah dia tinggalkan aku.
Satu keluhan aku lepaskan. Takkan lah dia betul-betul tinggalkan aku. Buat penat je siap. Seseorang menarik tubuh aku sehingga aku betul-betul berada di dalam pelukannya.
Wajah aku membahang. Serious aku kata aku malu. Namjoon letakkan kepala dia dekat bahu aku.
"Risau aku tinggalkan kau eh?" Dia tergelak kecil dan itu membuatkan jantung aku berdegup semakin kencang. Aku tergoda. Entahlah cuma aku memang tergoda setiap kali aku pandang dia.
Dengan rambut warna kelabu yang di dandan rapi serta lesung pipit yang sentiasa menghiasi wajahnya. Aku terpana.
"Dah jom.. jangan nak termenung sangat" aku mengikut langkahnya menghampiri kereta. Untuk beberapa minit kereta di pandu akhirnya kereta diparkirkan di hadapan sebuah taman tema.
Aku memandang Namjoon dan dia kelihatan tenang. Kenapa taman tema? Tanpa menghiraukan persoalan yang bermain di fikiran aku terus aku turun daripada kereta. Begitu juga dengan Namjoon.
"Aku harap kau suka taman tema" dia berkata dengan perlahan. Senyuman kelat di hadiahkan kepada aku. Aku tahu dia terpaksa. Seakan ada sesuatu yang menganggu perasaan dia tapi dia tak tunjuk.
"Saya suka" aku membalas. Tangan aku dipegangnya erat san terus aku dengannya melangkah masuk ke dalam taman tema. Mata aku bersinar. Permainan rollercoaster yang daripada tadi tidak henti daripada berlegar di taman tema menarik minat aku. Tak sabar nak main.
"Joon" aku memanggilnya dan itu membuatkan dia memandang aku. Keningnya dia jungkitkan.
"Saya.. urhmm.. saya nak main rollercoaster" aku menunjuk ke arah permainan rollercoaster yang betul-betul berada di hadapan kami dan itu membuatkan Namjoon memandangnya.
"Kaki kau.. okey kan?" Aku mengangguk. Serious aku kata lepas kaki ni kena urut dengan puan Yeong hilang sikit rasa sakit. Namjoon terus menarik tangan aku ke kaunter permainan rollercoaster. Aku tersenyum keriangan. Yeayy dapat naik.
Turun sahaja daripada rollercoaster terus aku cari tempat untuk aku muntah. Serious kata pening. Kepala aku rasa berpinar.
"Kau okey? Itulah nak sangat naik" Namjoon menyindir aku. Dia tergelak. Tak guna punya suami.
"Sukahati sayalah" aku mendengus geram. Bibir aku juihkan.
"Alah.. itupun nak merajuk..meh sini abang Joon pujuk.. haha" tangannya di daratkan pada bahu aku dan tubuh aku ditariknya masuk ke dalam dakapannya.
"Meh sini aku letak minyak angin.. sebaik aku bawak" tangan Namjoon laju sahaja menyapu minyak angin pada dahi aku dan dia picit lembut. Ya tuhan Namjoon awak ni memang speasis suami mithali kan. Tau je apa yang patut awak bawak. Aku tersenyum tanpa aku sedar.
"Lepasni kita masuk rumah hantu nak?" Aku memberikan cadangan lagi. Namjoon memandang aku. Matanya membulat dan mukanya mula kelihatan pucat. Eh takut ke.
"Awak takut eh?" Aku menyoalnya dan dia menggelengkan kepala. Alah takut tapi tak nak ngaku.
"Saya cuma risaukan awak.. takut kalau awak pengsan dalam tu karang" aku terpana. Apa dia kata tadi.Aku tak salah dengar kan? Telinga aku berfungsi dengan betul kan? Kan?
"Apa awak cakap?" Aku menyoalnya. Cuma nak pastikan yang aku betul-betul tak salah dengar.
"Tak de pape.. dah jom" dia memandang ke tempat lain dan terus dia bangun. Langkahnya makin laju diorak menghampiri rumah hantu yang berada tidak jauh daripada tempat aku dengannya tadi. Dengan tergesa-gesa aku mengejarnya. Hai Namjoon kaki saya baru nak elok awak dah dera saya untuk kejar awak.
Aku berjalan disebelahnya. Menyaingi setiap langkah yang dia orakkan. Tangannya aku gemggam erat. Aku gementar. Entahlah. Aku bukannya rasa takut. Aku cuma gementar.
Namjoon memandang aku. Terus langkahnya dia berhentikan.
"Kalau kau tak nak masuk kita main permainan lain" dia menyarankan. Aku menggeleng. Liur aku telan dan bersama kami orak langkah memasuku rumah hantu.
Mata aku meliar memandang sekeliling.Keadaan dalam rumah hsntu ni masih sama. Sama macam waktu aku datang dengan si dia dulu. Aku memerhati Namjoon di sebelah. Dia tak nampak takut langsung. Mungkin sebab dia memang berani.
'BArghhhhhh'
"Omma!!! Tolong Joonn... omma!!! Joon nak balik.. huwaaaaa... eh pergi sana lah" aku tergelak. Tergelak bila tengok Namjoon duduk bertelaku sambil pejam mata dan telinga dia tutup. Penakut rupanya. Baru kena sergah sekali dah macamtu. Kepala aku gelengkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro