Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Can we?

Jennie pov..
Aku memerhati langit. Semuanya kelihatan sama. Ingatan tentang Jungkook dan Eunmi bermain dalam fikiran aku. Betul ke apa yang Taehyung katakan? Aku mengeluh. Tak semua tu mustahil. Aku tak percaya. Mana ada dunia mimpi dan juga realiti. Ini bukannya dram W two world.

Aku membaling batu yang berada di hadapan aku memasuki sungai Han. Semuanya begitu menyerabutkan kepala otak aku. Senyuman manis terukir di bibir sendiri. Wajah Namjoon bermain di fikiran. Angau agaknya aku ni.

Aku melemparkan lagi batu masuk ke dalam sungai Han. Aku perlu terima dunia realiti. Aku juga perlu cuba untuk mengingati semua perkata yang berlaku sebelum aku koma. Sekali lagi aku melepaskan keluhan. Seseorang melabuhkan punggung disebelah aku.

Terasa seakan diperhati aw cepat-cepat menoleh. Mata aku bertentang mata dengan mata bundar milik Namjoon. Kening aku terjungkit tanpa sengaja. Bukan ke mata dia hazel? Tapi kenapa yang depan aku sekarang ni mata dia bundar. Aku mengelipkan mata aku beberapa kali. Mana tahu aku silap tengok. Tapi tak. Aku tak silap tengok.

"Kenapa pandang aku macam tu? Gerun tau tak?!" Dahi aku ditonjolnya sehingga kepala aku sesikit ke belakang. aku menanyangkan muka tak puas hati. Ikutkan hati nak je aku tolak dia masuk Sungai Han. Biar mati lemas.

"Dia tergelak. Bahu aku ditarik masuk ke dalam pelukannya. Tawanya masih lagi tersisa. Rambut aku dikusutkan.

"Muka kau lawak duh" dia tergelak. Tanpa berkata-kata aku terus meninggalkan dia keseorangan. Aku bukannya tak nak borak dengan dia. Tak. Cuma aku rasa macam diri diperhati oleh seseorang.

"Kau marah ke?" Dia menyoal aku. Aku. Menggeleng. Tangan aku ditariknya. Serentak itu tubuh aku berpaling dan membuatkan bibir kami bercantuman. Mata aku membulat. Aku tergamam. Aku hilang kata. Jantung makin kuat mengepam darah. Makim laju degupannya. Pipi aku merona kemerahan.

"M-maaf aku tak sengaja" dia menggosok belakang lehernya. Keningnya yang tak gatal dia garu. Aku mengalihkan pandangan aku. Kepala aku tundukkan. Jari sibuk bermain dengan hujung lengan baju sendiri. Malu.

Dia mengangkat muka aku. Wajah kami bertenangan. Begitu juga dengan mata bundar milik aku bertentangan dengan mata bundar miliknya. Liur aku telan. Jantung mengepam laju.

"Kau.. kau demam ke?" Dia meneliti wajah aku. Tanpa berfikir panjang terus aku tolak tubuh dia. Tak aku tak boleh. Aku mengorak langkah aku menjauh daripadanya. Jika betul apa yang Taehyung katakan bermakna Namjoon yang aku lihat bukan Namjoon yang aku mahukan.

Kepala aku berdenyut. Sakit. Aku makin serabut dengan semua yang berlaku. Mungkin nanti Namjoon akan tahu tentang perasaan aku tapi bukan sekarang. Tak. Dia tak boleh tau. Macam mana kalau perasaan aku ditolak.

Aku mengeluh. Aku menuju ke kelas. Aku menghampiri kerusi dan segera aku melabuhkan punggung di situ. Nama Taehyung menititir di bibir. Ya. Aku macam pernah dengar nama dia. Aku tak ingat bila. Tapi aku cukup yakin. Kalau tak, macam mana dia tahu tentang Eunmi. Macam mana dia masih ingat Jungkook sedangkan semua orang tak kenal siapa Jungkook.

Aku memandang ke arah luar tingkap. Esok hari yang dinantikan. Aku tak berapa yakin. Tapi aku tahu esok hari apa.Aku menanam tekad di dalam hati. Aku perlu jumpa Taehyung. Aku perlu tau tentang semuanya termasuk dengan apa yang dia katakan dan apa yang Jungkook maksudkan.

Kaki segera aku orak menuju ke bilik rawatan. Pintu aku tolak kasar. Taehyung memandang aku keningnya dijungkitkan. Tangannya disilangkan ke dada.

"Kau nak ape?" Taehyung menyoal. Aku menghampirnya. Pintu bilik pesakit aku tutup kembali.

"Apa maksud kau dunia ni berhubung?" Aku menyoalnya dan dia tergelak. Riaknya kekal tenang. Kemudian bahu aku dipegangnya. Tubuh aku dipusingkan memandang ke hadapan sebuah cermin besar di dalam bilik rawatan.

"Cuba kau tengok dalam ni.. ape kau nampak?" Dahi aku berkerut. Mata aky memandang tepat pada cermin dihadapan aku. Sekadar pantulan imej aku dan dia sahaja kelihatan.

"Kau ada dua kan? Jadi tak mustahil juga dunia ni ada dua.. tak.. bukan. Ada dua.. cuma dipisahkan..kau dekat sana dah mati Jen.. kau dah tak jadi Seojung.." mata aku membulat. Macam mana? Aku memandang ke arah Taehyung. Aku tergamam. Wajah itu berubah. Ya berubah sepenuhnya. Mata hazelnya bertentangan dengan mata aku. Perasaan seakan sukar untuk ditafsirkan. Kaki aku orak beberapa langkah ke belakang.

"Namjoon" nama itu menutur laju di bibir aku. Tangan aku bergetar. Perasaan aku tak dapat dikawal. Aku rindukan dia. Ya. Aku terlalu rindukan dia. Keadaan sekeliling juga bukannya bilik rawatan lagi sebaliknya sebuah taman yang dihiasi bunga.

"Saya rindukan awak" aku memeluknya erat. Dia membalas pelukan aku.Dia mengukir senyuman. Jelas kelihatan lekuk lesung pipitnya terbentuk. Rambut aku diusapnya. Satu kucupan dihadiahkan pada dahi aku.

"Aku pon rindukan kau" dia memandang aku. Namun pandangannya sayu. Dia seakan menyimpan sesuatu dalam hatinya. Senyuman manisnya bertukar kelat. Pelukan dilepaskan.

"Kau patut pergi.. masa kita dah tamat.. kau akan kembali ke sini jika aku yang menjadi pilihan kau" dia terus melangkah pergi. Aku mengejar langkahnya. Namun tanpa disedari aku terjatuh.

Mata aku buka. Aku menarik nafas dalam. Peluh di dahi aku lap. Rambut aku kuak ke belakang. Aku mimpi. Keadaan di sekeliling aku pandang. Bilik aku. Sejak bila aku dekat sini sedangkan aku tadi dekat bilik rawatan sekolah. Dahi aku berkerut. Jam di sebelah katil aku pandang lama.

Tubuh aku terasa hangat. Seakan baru dipeluk seseorang. Aku bangun daripada katil. Dengan lambat aku berjalan menuju ke bilik air. Sesudah membersihkan diri, baju gaun berwarna peach aku padankan ke tubuh. Rambut aku sisir rapi.

Aku memandang ke luar tingkap. Salji mula turun.

"Kau akan kembali ke sini jika aku yang menjadi pilihan kau" kata-kata itu bermain kembali di fikiran aku. Aku keliru. Namun perbezaan di antara mereka jelas kelihatan. Namjoon dalam mimpi aku bermata hazel dan Namjoon yang berada di sisi aku sekarang bermata bundar.

Aku mengorak langkah menuju ke dapur. Pandangan aku bertentangan dengan mata abang aku.

"Kau dah kenapa? Gila dah?" Aku mencarut perlahan. Kerusi di hadapannya aku tarik. Pipi aku kembungkan.

"Oppa.. yah.. oppa.. adikmu ini jatuh cinta.. huwaaa.. tapi tak tau patut diluah atau tidak" aku membuat wajah comel. Suara ku juga aku comelkan. Abang aku memandang aku pelik. Keningnya dijungkitkan.

"Jennie ku sayang.. lain kali.. dah tau jatuh cinta.. jatuh cinta.. pergi lah luah.. luah.. takkan tu pon nak diajar" abang aku juga membuat mimik comelnya. Aku tergelak.

"Jiyoung kamu nampak ibu pegang ape?? Eii.. tak paham ibu lah" aku tergelak. Haa tulah. Aku tau lah muka kau macam g dragon bigbang. Tapi itulah. Sebaik pisau ibu tak terbang. Aku mengucup pipi abang aku kemudian terus aku berlari keluar.

"Thanks abangku sayang.. aku sayang kau sampai mati" aku tergelak. Dia menjeling aku.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro