Page 23
Take note: Imagine this story before clap era
*****************
"Josh hyung rumah sape kau rembat ni? Besar beno" Mingyu bertanya sambil dirinya memandang ruang tamu yang bersaiz cukup besar itu. Rumah yang bagaikan istana itu mempunyai dua tingkat sahaja tetapi keluasannya sangat mustahil untuk dipanggil 'rumah'.
"Of course la rumah aku" dengan santainya Joshua menjawab. Dia menghempaskan diri keatas sofa yang disediakan di ruang tamu. Menyilang kedua belah tangannya keatas untuk dijadikan alas kepalanya.
"Biar betul kau ni josh" Jeonghan yang berpakain hoodie kelabu menatap Joshua dengan muka terkejut. Mana tak nya. Rakan yang dikenali dalam tempoh lama tiba-tiba mempunyai rumah yang sangat besar di bandar Seoul?
"Biasa Ah~ tengok kaki lah weh"
"Ermm ikan josh ada kaki ke?"
"HAHAHAHAHAHAHAHA"
Dino tersenyum-senyum. Dia berusaha tidak memandang Joshua yang pastinya sedang membuat muka ikannya. Tubuhnya bergetar kerana menahan tawa.
Atleast ada otak :) -Joshua
Ikan Josh Versus Dinosaur
Sementara Joshua menahan amarahnya, yang lain sudah terlebih dahulu berpusing-pusing sekeliling rumah. Melihat setiap satu bilik yang dipenuhi perabut mahal dan serba-serbi lengkap.
Bermula dari tingkat bawah dimana terletaknya dapur, ruang tamu, stor dan beberapa buah bilik. Kemudian mereka beralih pula ke tingkat atas. Bahagian atas rumah itu pastinya lengkap dengan bilik. Tapi yang membuatkan mereka gembira adalah ruangan serba putih dengan cermin besar. Pastilah practice room yang sudah lama tidak dijejaki.
"HUWAAA MY SECOND WIFE AKHIRNYA AKU JUMPA KAU BALIK" Hoshi menjerit histeria seraya dirinya berlari memeluk cermin yang berkilat itu. Dia terus melekat di situ seperti cicak man sementara air matanya turun dengan deras.
Yang lain? Buat-buat tak tau dan meneruskan touring.
Seterusnya ada ruangan sederhana besar. Rak-rak dipenuhi buku dan dicat dengan warna ungu lembut. Ruangan yang disertakan dengan pendingin hawa itu mempunyai jendela besar di tengah-tengah yang memaparkan kawasan halaman rumah.
Dan dipintu paling hujung. Ruangan yang diduduki makhluk hampir 24 jam. Bertungkus-lumus menyiapkan berpuluh buah lagu. Apa lagi kalau bukan studio?
Joshua memang sengaja menyusun atur ruangan tersebut seperti studio lama Woozi. Dicat dengan warna hitam putih. Sofa hitam sederhana besar diletakkan seperti di studio lama.
"Apa macam hyung? Terharu ke tak?" Seungkwan yang berada disisi Woozi menepuk bahu hyungnya pelan. Dia tersengih-sengih sambil mengenyit mata kepada woozi.
Woozi hanya menjeling dan memasuki studio barunya. Membelek-belek apa-apa yang patut dengan muka datar.
Tak guna!! Jangan ignore BOO SEUNGKWAN!!!
Mujurlah mereka semua selamat 'menyeludup' keluar Jeonghan dan S.coups dari hospital sakit jiwa tanpa ada masalah. Jikalau tidak pastinya rancangan mereka untuk kembali teguh hancur begitu sahaja sebelum langkah pertama dimulai.
*********************
Ketiga belas mereka terbaring damai di halaman rumah dengan beralaskan rumput yang tumbuh menghijau. Sinaran mentari petang ini tidak lah terlalu membaham kerana awanan yang menutupi. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti menyuruh mereka cepat-cepat merehatkan diri.
"Macam mana kita nak bangunkan balik Seventeen?" The8 yang berada diantara Wonwoo dan Vernon bersuara. Hyung line yang mendengarkan itu berkerut lantas tanda soal muncul dalam fikiran mereka.
Selama ini mereka hanya mencipta lagu, membuat choreography, menulis rap dan beberapa pekerjaan lain. Bukannya mereka terlibat dalam penghasilan album di balik panggung. Mereka langsung tidak mengetahui cara untuk mengeluarkan sebuah album mahupun membuatnya.
"Ehem ermm ada idea?" S.coups selaku leader berdehem pelan sebelum bertanya. Pertanyaan itu tidak pernah difikirkannya sebelum ini. Yang dia tahu hanya mahu membangunkan Svt tanpa perlu bergantung kepada syarikat.
"Humm kbat sungguh soalan kau ni The8. Kau belajar sekolah mana ya?" Wonwoo membuat gaya berfikir. Dia menutup kedua belah matanya sambil mengerakkan bibir lembap dan kenyalnya ke sana ke mari kerana berfikir.
Biasalah haohao kan pandai :D
"Betul gak tu.. Soalan abad ke 21 ni amat mendalam. Membuatkan segala sel-sel otak kita bekerja sehingga membuatkan kepala kita berdenyut tak keruan.. Tapi jawapannya? Fuh~ bagai terjun dari tingkat 13 tak mati cuma meninggal je"
Serentak mereka semua berpaling kepada Dk yang berada paling hujung. Makhluk satu ini tiba-tiba bersyarah mengalahkan pendebat negara. Berbuih-buih mulut melontar bicara.
Yang ditatap? Buat muka poyo sambil berlagak macho. Siap kenyit mata dengan tatapan menggoda lagi.
"Ada gak yang nak tercekik rumput lepas ni :')" jangan ditanya milik siapa suara dengan kata-kata seram ini. Takut tuannya keluar bersama guitar pembunuh mematah sendi :))
Mentang-mentang aku makan rumput pendek ni :)) -Dk
Suara hati aku mengatakan malam ni kita boleh makan kuda panggang :') -Woozi
Jeonghan hyung.. Woozi hyung dengan Dk hyung gaduh guna telepati :(( -Dino
Shupp diam sayang -Jeonghan
Sayang kau jugak -s.coups
'..................'
Ting tong
Suara loceng (bell :D) memberhentikan aktiviti telepati sambil jeling-menjeling mereka. Joshua selaku tuan rumah lantas bangun dan berlari menuju pintu utama.
Sebaik sahaja tiba, sebuah kotak kayu berukuran besar menyapa pandangan Joshua. Dahinya berkerut pelik. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan mencari kalau-kalau ada sesiapa. Namun hampa. Tiada satu makhluk pun yang muncul.
Joshua mengambil sekeping kad merah yang diletakkan diatas kotak tersebut. Dia membaca tulisan tangan yang ditulis dengan bahasa ibundanya.
Congrat Seventeen..
Please accept my precious gift
From your beloved one
Dahi Joshua semakin berkerut. Seingatnya dia tidak pernah memberitahu alamat rumahnya kepada sesiapa termasuklah ibu bapanya. Jadi macam mana kotak ini boleh sampai di rumahnya dan Seventeen? Macam mana penghantar tahu mereka bersama?
Dengan seribu tanda tanya Joshua membuka penutup kotak berukuran panjang manusia itu dengan susah payah."ughhh" Penutupnya sahaja sudah berat apatah lagi isinya.
"H-hy-hyung?!" kedua kelopak mata Joshua terasa sungguh kaku sehingga dia memandang seseorang yang terbaring didalam sana dengan amat terkejut. Jantungnya berdebar-debar akibat hadiah yang amat istimewa ini.
Doongi Pd yang amat dekat dengan Seventeen kini terbaring bermandikan cairan pekat berbau karat. Tumbuhnya bengkak di sana-sini dan kelihatan sungguh lemah.
Tangan Joshua terhulur ke hidung Hyung itu untuk memeriksa nafasnya. Perlahan-lahan jantung Joshua terasa terhenti dan kewarasannya hampir-hampir hilang.
"HYUNG?!!!!"
******************
Apabila kau kena naik pentas esok and rasa jantung ni dah awal-awal nak tercabut.
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro